PILIH vitamin C kanak-kanak kena betul caranya. Terdapat pelbagai jenis vitamin C di pasaran khas untuk kanak-kanak.

Dalam kehidupan zaman COVID-19, tentu ramai ibu bapa berusaha untuk memberikan suplemen vitamin C sebagai salah satu usaha menguatkan imun badan anak daripada mudah dijangkiti virus.

Kanak-kanak juga merupakan golongan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti COVID-19.

Jadi selain usaha memberikan mereka suntikan vaksin, pengambilan suplemen Vitamin C juga sangat disarankan.

Bagaimanapun tahukah anda sebenarnya ada cara dan tip betul untuk memilih vitamin C yang sesuai untuk si kecil.

Perkongsian Dr Wan Asmara di laman Tiktok memberitahu cara betul pilih vitamin C untuk kanak-kanak.



Pastikan 'No Sugar'

Menurutnya jika mahu membeli Vitamin C, paling penting sekali pastikan "no sugar" atau tiada kandungan gula dalam suplemen tersebut. Maksudnya kena betul-betul sugar-free.

Oleh itu penting bagi ibu bapa untuk membaca label produk sebelum membelinya.

Jangan tertipu dengan lain-lain terma bagi gula yang digunakan oleh pengilang. Antara terma yang membawa maksud kandungan gula iaitu Sucrose, Multodextrin, Aspartame dan macam-macam lagi.

Jadi, harap ibu bapa alert dengan terma tersebut!

Kandungan gula sangat tidak bagus diambil berlebihan oleh kanak-kanak kerana ia akan menyebabkan mereka menjadi lebih hiper dan berkelakuan ‘nakal’.


Elakkan ada pewarna tiruan

Selain dari itu jangan ambil vitamin C yang mengandungi pewarna tiruan.

Walaupun ditulis mengandungi oren, tetapi ia bukanlah sebenarnya buah oren, sebaliknya menggunakan pewarna tiruan Tartrazine atau ditulis dalam bentuk kod tertentu.

Jika suplemen vitamin C tersebut menggunakan pewarna tiruan tersebut, ia sangat tidak bagus kerana kanak-kanak berusia bawah 12 tahun yang memakannya akan menjadi lebih hyper dan nakal.

Selain daripada dua faktor tersebut, jika boleh pastikan juga vitamin C yang dibeli tidak mengandungi gluten.

*Artikel asal di Keluarga


Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, permotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !