awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Janji Kita Tahu Kita Siapa' perkukuh semangat perpaduan

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
27/08/2015
10:05 MYT
'Janji Kita Tahu Kita Siapa' perkukuh semangat perpaduan
Video 'Janji Kita Tahu' sempena Merdeka kukuhkan semangat persaudaraan
Sebuah video ‘Janji Kita Tahu (As Long As We Know)’ yang dikeluarkan oleh kumpulan The Ming Thing sempena Hari Kebangsaan mendapat perhatian hebat di media sosial.
Video tersebut yang dimuat naik di laman YouTube pada 26 Ogos telah menerima lebih dari 24 ribu tontonan.
Dalam video berdurasi 4 minit itu, sekumpulan sahabat yang terdiri dari Melayu, Cina dan India dilihat berkongsi isu-isu berkenaan perkauman yang berlaku di Malaysia.
Antara perkara yang dikongsikan ialah sikap segelintir pihak yang suka menyebarkan berita palsu di media sosial untuk menghasut rakyat bagi tujuan negatif.
Malah, menurut mereka, media sosial kini menjadi medium untuk menghasut sehingga mengugat keharmonian antara kaum dan masyarakat Malaysia.
The Ming Thing melalui laman Facebooknya berkata, sejak kebelakangan ini, mereka sering membaca berita mengenai isu perkauman di media sosial walaupun secara umumya, setiap rakyat Malaysia mempunyai rakan-rakan yang berbilang kaum.
Jadi mereka mengingati orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan propaganda yang sering disebarkan oleh sesetengah pihak di media sosial hanya untuk menghasut orang lain.
“Hari Kemerdekaan tahun ini, kami mahu mengingatkan warga Malaysia untuk sentiasa mengenali diri, asal usul kita dan sentiasa berpegang rapat antara satu sama lain tanpa mengira apa yang berlaku di sekeliling kita.”
"Janiji kita tahu siapa kita."
The Ming Thing merupakan sebuah kumpulan yang aktif menerbitkan video yang membicarakan isu semasa.
Topic Berkaitan
#Janji kita tahu
#Merdeka
#video
#viral
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan