GEORGE TOWN: Peniaga di kawasan Jeti Chew di Pengkalan Weld di sini, yang merupakan antara tempat pelancongan di Pulau Pinang kini dapat menarik nafas lega apabila ia kembali meriah dengan kehadiran pengunjung yang mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Kawasan perkampungan nelayan atas laut itu sebelum ini sering menjadi tumpuan pengunjung termasuk dari luar negara terutama China dan Singapura namun, sejak dua tahun lepas berikutan pandemik COVID-19 kawasan itu bertukar sunyi.
Seorang peniaga aksesori dan juga penduduk di situ, Chew San Guan, 65, berkata ketika ini keadaan di Jeti Chew itu meriah walaupun hanya dikunjungi pelancong tempatan selepas rentas negeri dibenarkan awal Oktober lepas.
"Sekarang, hanya pelancong tempatan yang datang dan jumlah mereka ramai juga terutama hujung minggu, peniaga di sini gembira kerana selepas dua tahun kami dapat kembali berniaga untuk menampung belanja harian.
"Kalau dulu (sebelum pandemik COVID-19) di jeti ini seawal pukul 6 pagi kami sudah sibuk bersiap sedia untuk mengemas barangan jualan dan seterusnya membuka gerai jualan kepada pelancong asing, tapi sekarang mereka (pelancong asing) masih belum dapat masuk ke sini kerana pintu sempadan negara masih ditutup," katanya ketika ditemui di jeti itu, di sini hari ini.
Selain Jeti Chew, terdapat lima lagi jeti membabitkan perkampungan terapung terdiri daripada keluarga berketurunan Lim, Tan, Lee, Yeoh dan satu lagi keturunan campuran dipanggil 'Mixed Clan Jetty' dan semuanya kini menjadi lokasi pelancongan di Pulau Pinang.
Chew berkata walaupun peniaga di situ rindukan suasana jeti itu yang meriah dan dihidupkan dengan kedatangan pelancong asing serta pelbagai aktiviti masyarakat di situ, mereka bersyukur kerana pihak kerajaan telah membenarkan rentas negeri yang dapat membantu merancakkan ekonomi.
Katanya, penduduk di kawasan itu amat berjaga-jaga dan sentiasa mematuhi SOP bagi mencegah penularan wabak COVID-19 bagi memastikan pelancong dapat berkunjung ke situ bagi menikmati pemandangan laut dan dalam masa sama membantu menjana ekonomi dengan membeli di gerai-gerai di situ.
"Kami sentiasa mengingatkan ahli keluarga agar berwaspada dengan mengamalkan pemakaian pelitup muka serta cecair pembasmi kuman ketika berada di luar malah pengunjung yang datang juga perlu mematuhi SOP," katanya.
Seorang lagi peniaga, Chew Suan Sap, 60, berkata jualan aiskrimnya masih mendapat sambutan daripada pelancong tempatan yang berkunjung ke kawasan itu dan ia cukup menggembirakannya kerana kawasan tersebut kembali dikunjungi pelancong selepas sepi dua tahun lepas.
Katanya, beliau berharap sempadan negara dapat dibuka dalam masa terdekat supaya pelancong luar dapat kembali mengunjungi Jeti Chew.
"Betul, memang keadaan tidak sama seperti sebelum ini, pelancong ada namun tidak seramai dahulu seperti ketika pelancong asing boleh melawat negara ini tapi sekurang-kurangnya mereka yang datang sekarang ini (pelancong tempatan) dapat membantu kami golongan peniaga di sini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 09 2021
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain (kanan) beramah mesra dengan penduduk Ooi lye Inn, 53 ketika melakukan lawatan di Jeti Chew hari ini. - Bernama
Pemeriksaan imigresen di terminal feri Labuan mungkin dikaji semula susulan kebimbangan ekonomi
Ia berikutan kebimbangan mengenai kesannya terhadap ekonomi pulau bebas cukai itu, khususnya sektor pelancongan.
MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Rumah pusaka di Jeti Chew lokasi keluarga berkumpul untuk makan besar
Sudah menjadi kelaziman menjelang malam Tahun Baharu Cina apabila semua anggota keluarga masyarakat Tionghua berkumpul bagi upacara makan besar.