PASIR PUTEH: Masjid Mukim Permatang Sungkai, di sini, mengambil inisiatif menanam nanas MD2 secara komersial menerusi koperasinya untuk menjana pendapatan kariah, selain menampung perbelanjaan pembangunan masjid.
Pengerusi Koperasi Masjid Mukim Permatang Sungkai Berhad Azmi Husin berkata tanaman itu diusahakan di kawasan seluas 4.4 hektar melibatkan 13 peserta pada 2022 dan hasilnya mula dituai bulan ini.
Beliau berkata untuk projek sulung berkenaan, pihaknya menanam sebanyak 138,000 pokok nanas di beberapa tanah terbiar sekitar Kampung Permatang Sungkai.
"Kita sudah menjual kira-kira enam tan metrik nanas untuk tuaian pertama dan menjangkakan dapat mengutip hasil kira-kira 280 tan metrik musim ini dengan anggaran nilai jualan melebihi RM1.6 juta," katanya kepada pemberita di Ladang MD2 di kampung berkenaan di sini hari ini.
Menurut Azmi usaha berkenaaan akan diperluas ke kawasan tanah terbiar lain dengan penglibatan lebih ramai peserta dalam kalangan kariah.
Azmi berkata setakat ini, beliau telah mengenal pasti 20 hektar kawasan tanah terbiar baharu untuk mengembangkan projek tanaman itu pada musim seterusnya.
"Projek tanaman ini bukan hanya mampu menjana pendapatan kepada kariah, tetapi juga memanfaatkan perbelanjaan masjid yang ketika ini dalam proses penambahbaikan," katanya.
Sementara itu, Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Wilayah Timur Mohd Zamani Abdul Ghani berkata terdapat kira-kira 160 hektar tanaman nanas di Kelantan ketika ini dengan penglibatan 200 peserta.
Beliau berkata daripada keluasan itu, hanya 9,600 tan metrik nanas dapat dihasilkan di Kelantan semusim dan jumlah itu tidak dapat menampung permintaan pembeli tempatan.
"Tanaman nanas berpotensi besar untuk diusahakan memandangkan mendapat permintaan tinggi di negeri ini terutama pada musim cuti sekolah, perayaan dan bulan puasa sehingga tanaman ini banyak diimport dari negeri lain," katanya.
Mohd Zamani berkata harga pasaran nanas juga agak tinggi iaitu sekitar RM6 hingga RM8 sekilogram, malah peserta juga berpeluang menjana pendapatan melalui jualan anak benih.
Sehubungan itu, orang ramai yang berminat dan mempunyai tanah digalak menceburi tanaman berkenaan melalui bimbingan pihaknya selain berpeluang mendapatkan bantuan anak benih, baja dan peralatan tanaman.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 02 2024
Masjid Mukim Permatang Sungkai mengambil inisiatif menanam Nanas MD2 secara komersial menerusi koperasinya untuk menjana pendapatan kariah selain menampung perbelanjaan pembangunan masjid. - Bernama
Thailand: Enam muka baharu sertai Kabinet Srettha
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin melantik enam menteri kabinet baharu.
Anwar bertemu PM Jordan, tekan kepentingan sokong pengiktirafan negara Palestin di PBB
Pada pertemuan itu, Perdana Menteri turut menekankan kepentingan memastikan Israel dipertanggungjawabkan terhadap kekejamannya di Palestin.
Lebih ramai atlet dijangka layak ke Paris 2024
Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 terus diperkuat dengan empat lagi atlet berjaya mengesahkan slot ke temasya terbesar dunia itu minggu ini, menjadikan sejumlah 10 atlet layak setakat ini
AWANI Ringkas: Polis sahkan Chegu Bard direman dua hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pegawai kastam maut dalam kemalangan babit tiga kenderaan
Seorang pegawai kastam maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 18.2 Lebuh Raya Utara Selatan arah Utara, semalam.
AWANI 7:45 [28/04/2024] – Malaysia tumpu pelaburan baharu | Pertumbuhan saksama dan inklusif | Kajian pertubuhan buruh antarabangsa | Tabung Haji teruskan bantuan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Dzulfitri Yusof
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Malaysia hadapi cabaran baharu dari negara maju, bidang teknologi, tegas PM
- Ekonomi dunia kian tidak seimbang, Tengku Zafrul di pentas forum desak negara maju lebih adil dan saksama
- 70 peratus pekerja dunia terdedah kepada penyakit akibat perubahan iklim
- Tabung Haji tanggung kos lebih RM350 juta tahun ini
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Malaysia hadapi cabaran baharu dari negara maju, bidang teknologi, tegas PM
- Ekonomi dunia kian tidak seimbang, Tengku Zafrul di pentas forum desak negara maju lebih adil dan saksama
- 70 peratus pekerja dunia terdedah kepada penyakit akibat perubahan iklim
- Tabung Haji tanggung kos lebih RM350 juta tahun ini
Liek Hou rangkul dua lagi emas di Sepanyol
Jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou terus cemerlang apabila menggondol dua pingat emas pada Kejohanan Badminton Para Sepanyol Antarabangsa II 2024 pada Sabtu.
Negara maju harus tundukkan 'ego' dan bekerjasama dengan ASEAN - Penganalisis
Menurut Faisal, ini kerana negara membangun di ASEAN sedang mencorak ekonomi ke arah lebih mampan yang perlu dimanfaatkan negara maju
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara - Ewon
Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai "duta" untuk mempromosikan produk PMKS dan koperasi negara.
Fokus Minggu Depan: Solidariti Gaza Merentasi Bangsa dan Agama
Break The Siege: Fokus Minggu Depan membincangkan topik Solidariti Gaza Merentasi Bangsa dan Agama susulan penangguhan misi penghantaran bantuan ke Gaza anjuran Freedom Flotilla Coalition (FFC).
Kariah tanam 4.4 hektar nanas MD2, jana pendapatan masjid
Tanaman itu diusahakan di kawasan seluas 4.4 hektar melibatkan 13 peserta pada 2022 dan hasilnya mula dituai bulan ini.