KUALA LUMPUR: Ingin sentiasa kelihatan cantik dan tampil kurus membuatkan Aisha Amaya Ihsan, 42, mencuba pelbagai jenis suplemen atau makanan tambahan, terutama yang didakwa berkesan oleh pengguna lain.
Mengakui dirinya "kaki suplemen", wanita itu percaya pengambilan suplemen terbabit sangat penting dalam memastikan dirinya kekal menarik serta sihat, lebih-lebih lagi pada usia dia sekarang, selain masih bujang.
"Saya bukan ambil suplemen 'timbang kati'. Semuanya berdaftar dengan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan FDA (Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat)," katanya kepada Bernama.
Dia yang mula mengambil suplemen pada usia 30 tahun, berkata pada peringkat awal, dia hanya mengambil vitamin C, namun keadaan itu berubah sejak dua tahun lepas apabila turut memakan pelbagai suplemen lain disebabkan oleh faktor umur, tekanan kerja dan ketidakseimbangan hormon.
Selain untuk jaga kulit wajah, ada juga suplemen bagi mudah tidur, menyeimbangkan hormon, mengurangkan tekanan dan menghilangkan kelesuan tubuh, katanya sambil menunjukkan beberapa jenis makanan tambahan yang diambilnya kepada Bernama.
Menurut pekerja swasta itu, dia menghabiskan kira-kira RM700 setahun untuk membeli makanan tambahan terbabit, dan tidak kisah membayar harga yang tinggi untuk satu-satu produk asalkan "khasiatnya terbukti".
"Saya (beli) tidak rujuk doktor tetapi berdasarkan pembacaan di Internet, sama ada daripada testimoni dan juga saranan doktor di Internet. Bagi saya, itu sudah cukup dan tidak perlu jumpa doktor kerana ini hanya makanan tambahan.
"Saya akui memang sangat bergantung pada makanan tambahan. Kalau tidak ambil, saya rasa tidak bermaya, kurang fokus, susah hendak tidur. Lagipun bila umur 40-an ini badan kita dah kehilangan beberapa mineral, dan pengambilan suplemen ini untuk 'top-up' mana yang patut," katanya.
KEBERGANTUNGAN SUPLEMEN
Kes Aisha Amaya bukanlah unik kerana dewasa ini semakin ramai dalam masyarakat yang sanggup berhabis beribu-ribu ringgit membeli pelbagai jenis suplemen demi mendapatkan wajah dan tubuh, yang bagi mereka, lebih cantik dan sihat.
Apatah lagi produk sedemikian amat mudah didapati, khususnya di platform pasaran dalam talian dan media sosial, selain kemudahan 'Beli Sekarang Bayar Kemudian' atau BNPL yang ditawarkan oleh pengendali pasaran dalam talian.
Rata-rata pengguna juga berbuat demikian tanpa mendapatkan nasihat doktor ataupun mengetahui keadaan sebenar dalaman tubuh masing-masing, atas alasan produk berkenaan sudah mendapat kelulusan pihak berwajib, justeru tidak membahayakan kesihatan mereka.
Benarkah begitu?
Mengulas tentang hal itu, pensyarah kanan Program Psikologi Klinikal dan Kesihatan Tingkah Laku, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia Dr Shazli Ezzat Ghazali berkata tidak semua orang harus mengambil suplemen kerana keadaan tersebut bergantung pada keperluan tubuh seseorang.
"Semua ini kerana mereka terpengaruh, sedangkan tidak perlupun ambil suplemen. Disebabkan oleh kelemahan (ingin kekalkan kesihatan serta kelihatan lebih cantik) ini, ramai (peniaga) yang ambil kesempatan memanipulasi situasi dengan memperkenalkan pelbagai produk makanan kesihatan.
"Masyarakat pun mudah terpedaya apabila penjual menggunakan pelbagai cara termasuklah bekerjasama dengan figura terkenal, sama ada artis ataupun pakar motivasi, untuk meyakinkan orang ramai bahawa produk mereka selamat dan berkesan sehingga mereka (boleh) untung berjuta-juta," katanya.
Menurut beliau, peningkatan pengambilan suplemen dalam kalangan ahli masyarakat turut mewujudkan keadaan masyarakat terlalu bergantung pada makanan tambahan atau "kebergantungan suplemen".
Mereka yakin amat penting bagi mereka mengambil pelbagai jenis vitamin untuk meningkatkan imun badan selain produk-produk lain yang dikatakan bagus untuk kesihatan dan kecantikan, ujar beliau.
Menurut Dr Shazli Ezzat lagi, fenomena itu bertambah meluas selepas pandemik COVID-19 kerana semakin ramai ahli masyarakat yang mula mengambil serius akan penjagaan kesihatan diri dan keluarga.
Berdasarkan laporan Vodus Market Research, sebuah firma penyelidikan dan analisis data pasaran dalam talian, kira-kira 71 peratus penduduk di negara ini mengambil suplemen pada 2021.
Nilai pasaran suplemen negara juga menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh 2014 hingga 2019, iaitu daripada RM2.07 bilion kepada RM3.1 bilion. Angka itu dijangka terus meningkat pada masa akan datang.
"Sebenarnya, ini berbalik kepada tahap keyakinan diri seseorang itu. Kalau kita mempunyai keyakinan diri yang tinggi, segala yang diiklankan tersebut, tidak kiralah produk berdaftar atau tidak, seseorang akan dapat mengawal diri untuk tidak membelinya.
"(Lebih-lebih lagi) tidak semestinya apa yang ditawarkan itu berkesan. Tahap kesihatan seseorang adalah berbeza dengan (pemberi) testimoni, dan kitapun tidak tahu sama ada bahan tersebut sesuai dengan kesihatan diri biarpun produk berdaftar, kerana mungkin bahannya boleh membahayakan seseorang itu yang (mungkin) ada penyakit lain, dan kerana itu penting rujuk doktor," tambah Dr Shazli Ezzat.
KEROSAKAN BUAH PINGGANG
Pakar Perunding Nefrologi dan Perubatan Dalaman Prof Madya Dr Nor Fadhlina Zakaria, ketika diminta mengulas tentang amalan pengambilan suplemen tanpa nasihat doktor perubatan, berkata perkara itu tidak boleh dipandang ringan kerana pengambilan suplemen yang berlebihan boleh mendedahkan seseorang kepada risiko kerosakan buah pinggang.
"Keadaan ini berlaku apabila pengguna yang tubuhnya sudah cukup vitamin dan mineral, mengambil suplemen untuk vitamin dan mineral yang sama, sekali gus membebankan buah pinggang dan berpotensi merosakkan organ itu dalam jangka panjang," katanya yang juga Timbalan Pengarah Klinikal, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM).
"Semakin teruk buah pinggang itu bekerja, semakin tinggi risiko untuk mendapat masalah buah pinggang dan mengakibatkan keupayaan badan menyingkirkan vitamin dan mineral menjadi terhad apabila fungsi ini merosot.
"Ini akan memburukkan lagi keadaan kerana lebihan zat vitamin dan mineral yang terkumpul di dalam badan boleh menjadi racun dan berinteraksi dengan ubatan lain yang diambil untuk penyakit lain. Atas sebab itulah orang yang sihat tidak perlu ambil suplemen kerana tiada bukti kebaikan, malah berisiko mendapat penyakit buah pinggang," tambah beliau.
Menurut Dr Nor Fadhlina Zakaria yang juga pensyarah kanan di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM, suplemen hanya boleh diberikan kepada pesakit atas arahan doktor.
Justeru, tindakan kebanyakan pengguna hari ini yang mendapatkan suplemen tanpa nasihat doktor agak membimbangkan, ujar beliau.
Vitamin dan mineral merupakan bahan yang diperlukan oleh badan dalam kuantiti sedikit bagi menjalankan fungsi asas badan seperti mengekalkan ketahanan tubuh, membantu membaiki tisu atau membantu badan menggunakan tenaga yang diperoleh daripada makanan.
"Zat ini boleh didapati daripada makanan dan amalan cara hidup sihat tanpa pengambilan suplemen, kecuali golongan yang memerlukannya dengan nasihat doktor kerana keperluan zat ini berbeza setiap individu dan fungsi buah pinggang juga bergantung pada seseorang itu," katanya.
Pegawai dietitik Jazeera Julalili pula berkata lazimnya, suplemen diperlukan oleh warga emas, ibu mengandung serta kanak-kanak yang mengalami masalah kekurangan zat.
"Mereka ini lazimnya perlu mengambil makanan tambahan atas beberapa faktor termasuk imuniti badan melemah. Justeru, orang yang tidak ada masalah kesihatan tidak perlu ambil makanan tambahan," katanya yang bertugas di Klinik Kesihatan Putatan, Sabah.
Tambah beliau, pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan juga sudah memadai bagi individu sihat meraih khasiat makanan tambahan. - BERNAMA / Abd Hamid Milok
Bernama
Mon Jul 24 2023
Pengambilan suplemen yang berlebihan boleh mendedahkan seseorang kepada risiko kerosakan buah pinggang. - Gambar hiasan
GRS Kekal Teruskan Kerjasama Dengan PH Sabah Hadapi PRN Ke-17 - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi bayangan untuk kekal terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
Gabungan dalam kerajaan kana hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Operasi khalwat: Tidak wajar rakam guna kamera telefon peribadi - Peguam
Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang pegawai penguat kuasa agama hanya boleh membuat rakaman untuk tujuan siasatan atau prosedur mahkamah.
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Kongres Khas PKR lulus pindaan perlembagaan parti dengan sokongan lebih dua pertiga perwakilan
Kongres Nasional Khas PKR 2024 hari ini meluluskan kesemua pindaan perlembagaan berkaitan proses pemilihan parti.
SAPP keluar, PN Sabah lemah
Pada PRN Sabah 2018, PN memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggunakan logo sendiri.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Kebergantungan masyarakat pada suplemen meningkat pasca-COVID
Pengambilan suplemen yang berlebihan boleh mendedahkan seseorang kepada risiko kerosakan buah pinggang.
Hapuskan mitos ubat hospital punca kerosakan buah pinggang
Masih ada masyarakat berpegang kepada kepercayaan mengambil ubat-ubatan yang diberi oleh hospital akan menyebabkan kerosakan buah pinggang.
Jangan ambil suplemen diabetes sembarangan - Pakar
Tidak ada sebarang kajian saintifik yang mem buktikan suplemen yang terdapat di pasaran Malaysia mampu mengawal bahkan mengubati penyakit itu.
Atlet masih lalai penggunaan bahan terlarang dalam suplemen - ADAMAS
Atlet yang disabit kesalahan biasanya tidak tahu makanan tambahan yang diambil mengandungi bahan terlarang.
Suplemen baik untuk kesihatan?
Di manakah kesedaran rakyat dalam memilih produk berkualiti? Bukankah itu tanggungjawab kita untuk mengenal pasti kandungan suplemen dahulu sebelum membelinya?
Pengaruh produk kecantikan: Saya sedia berdebat - Dr Amalina
Dr Amalina mencabar mereka yang mendakwa cukup arif dalam bidang perubatan berkaitan suplemen dan ubat berunsur kecantikan, untuk berdebat
Makanan tambahan: Dapatkan pandangan pakar sebelum berikan kepada bayi
Orang ramai perlu mendapatkan pandangan pakar terlebih dahulu sebelum memberikan makanan tambahan kepada bayi bagi mengelakkan risiko kepada anak mereka.
Promosi melampau suplemen bayi, Neelofa terkena tempias
Apa yang menarik perhatian adalah, Neelofa turut memuat naik saranan pengambilan yang melibatkan bayi dan kanak-kanak.
Hati-hati dengan suplemen kononnya kurangkan risiko kanser - Subramaniam
Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dalam membeli produk suplimen yang mendakwa kononnya mampu mengurangkan risiko kanser walaupun tiada bukti secara saintifik yang menges