KUALA LUMPUR: Dengan kemunculan banyak restoran yang menyajikan masakan tradisi Sarawak di Semenanjung, tidak hairanlah persaingan untuk mendapat tempat semakin hebat.
Bagi pemilik restoran Kedey Kamek, fokus diberikan terhadap sajian hidangan dengan resepi tradisi Sarawak bagi memberi rasa asli, seolah merasa air tangan ibu di kampung.
Idea membuka Kedey Kamek diperoleh ketika pemiliknya, Amin Aznizan masih belajar di luar negara.
Kesukaran mendapatkan makanan Malaysia terutama Sarawak, membuatkan dia terpaksa memasak sendiri dan turut menghidangkannya kepada rakan-rakan.
Bermaksud 'kedai saya' dalam bahasa Melayu Sarawak, Kedey Kamek mengutamakan teknik dan ramuan masakan tradisi Sarawak, dalam masa yang sama menterjemahkan asal usulnya dalam budaya dan kehidupan masyarakat tempatan.
"Kedey Kamek berbeza dari kedai makanan Sarawak lain di Lembah Klang sebab kita kekalkan keaslian makanan Sarawak, kita tak cuba mengubah rasa atau resepi.
"Kedua, kualiti makanan kami adalah yang terbaik, kalau daging kami pastikan ambil daging terbaik malah bahan-bahan seperti macam belacan juga diterbangkan dari Sarawak sebab belacan Sarawak berbeza dengan belacan di sini," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran semula (relaunching) Kedey Kamek di Sunway Putra Mall, pada Selasa.
Memulakan perniagaan pada 2016, Kedey Kamek yang kini memiliki tiga cawangan boleh berbangga apabila mampu berkembang maju biarpun berdepan cabaran semasa tempoh pandemik.
Amin melihat kerjasama yang dijalin dengan pelbagai pihak sebagai salah satu faktor utama yang membolehkan Kedey Kamek berjaya melalui tempoh getir itu.
"Di peringkat awal memang mengambil masa panjang untuk aktifkan platform penghantaran, masa PKP semua platform penghantaran kami tidak aktif lagi, kita cuma ada kedai.
"Nak buat penghantaran memang payah sebab saya sendiri yang kena hantar, jadi permulaan sangat susah tapi apabila kami sudah dapat aktifkan platform penghantaran, kami giatkan social media presence dan kami bekerjasama dengan rakan niaga.
"Rakan niaga seperti Sunway Putra Mall dan Lalaport, mereka sangat membantu dari segi memahami situasi sukar ketika itu, jadi mereka membantu dari segi sewa, sokongan pemasaran dan lain-lain yang kami perlukan.
"Kerjasama mereka sangat membantu kami berkembang pada masa sukar itu," ujar graduan lulusan Pemasaran Antarabangsa itu.
Melangkah ke hadapan, visi Amin ialah mahu melihat Kedey Kamek terus maju dalam membawakan sajian Sarawak dan Malaysia, bukan sahaja untuk penduduk di Semenanjung tetapi juga masyarakat luar.
"Hari ini kami buat relaunching untuk memperkenalkan kepada orang ramai, inilah Kedey Kamek dan kita ambil kesempatan juga untuk promosikan juga laksa kami.
"Di Malaysia ada kalanya timbul perang laksa, ada kata laksa negeri ini terbaik, yang itu terbaik, tapi bagi kami inilah laksa kami, tak ada niat membandingkan antara laksa tetapi Laksa Sarawak inilah yang kami makan, kami banggakan dan kami sayangi," katanya sambil memaklumkan Laksa Sarawak adalah best-seller di restoran tersebut.
Jadi kepada penggemar masakan tradisi Sarawak, jangan lupa kunjungi Kedey Kamek di tiga cawangan mereka iaitu Sunway Putra Mall, Lalaport dan Taman Tun Dr Ismail.
Pelbagai sajian enak menanti anda, termasuk Laksa Sarawak, Mi Kolok, Mi Jawa versi Sarawak, Mi Kari Sarawak serta sajian pembuka selera seperti Umai dan Linut.
Madiha Abdullah
Wed Sep 27 2023
Kedey Kamek fokus sajian hidangan dengan resepi tradisi Sarawak bagi memberi rasa asli, seolah merasa air tangan ibu di kampung.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Khidmat 'rider makanan' galakkan orang ramai terus kekal di rumah
Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, semestinya servis penghantaran makanan ke rumah ditagih oleh masyarakat.