LIFESTYLE

Kemeriahan ketibaan iPhone 7 di Malaysia

Madiha Abdullah 14/10/2016 | 04:34 MYT
Rakyat Malaysia teruja untuk miliki iPhone 7.
SELEPAS lebih sebulan dilancarkan di pasaran antarabangsa, hari ini berakhirlah penantian pengguna di Malaysia untuk memiliki iPhone 7.

Siri terbaharu jenama telefon pintar Apple itu secara rasminya mula dijual di kedai-kedai telefon serta rangkaian pusat telekomunikasi di seluruh negara.

Sejak lewat malam semalam, pengguna laman media sosial ada yang sudah melakukan countdown, malah ada yang tidak kisah untuk bermalam di hadapan kedai.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Antara yang menarik ialah promosi yang dilakukan pembekal sistem telekomunikasi Celcom di Sunway, apabila menawarkan iPhone 7 dengan harga RM7 untuk tujuh pelanggan pertama.

Rata-rata netizen memuji rekaan telefon pintar itu yang disifatkan cantik dan classy.

Namun ada juga yang merungut dan berpendapat harga yang diletakkan untuk model berkenaan terlalu tinggi.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Melalui tinjauan di media sosial, harga paling rendah yang ditawarkan untuk iPhone 7 adalah RM 3,199.

BACA: 5 perkara anda perlu tahu tentang iPhone 7, iPhone 7 Plus

iPhone 7 dilancarkan Apple 7 September lalu.
#iPhone 7 #Malaysia #telefon pintar