ISU kesihatan diri antara perkara yang menjadi kerisauan setiap individu apabila ia boleh meragut nyawa sekiranya tidak diendahkan dan tidak mendapatkan rawatan awal.
Ia juga salah satu komponen utama dalam kehidupan yang perlu sentiasa dijaga lantaran kos rawatan perubatan kadang kala agak tinggi untuk ditampung.
Bersempena Hari Kesihatan Sedunia yang disambut setiap 7 April, Astro AWANI senaraikan lima jenis penyakit yang paling tinggi mengakibatkan angka korban dalam kalangan rakyat Malaysia.
Senarai ini mungkin sedikit sebanyak membantu anda untuk mengenalpasti samada anda dan ahli keluarga terhindar daripada sebarang simptom atau punca bahaya kepada penyakit ini.
SAKIT JANTUNG
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), penyakit jantung atau kardiovaskular adalah penyebab kematian paling tinggi dilaporkan di hospital-hospital di bawah kementerian itu.
Misalnya, perangkaan pada tahun 2010 sahaja, kematian paling tinggi melibatkan penyakit itu iaitu seramai 11,812 kematian dicatatkan.
Penyakit jantung boleh berlaku apabila saluran darah menjadi sempit akibat pengumpulan plak kolesterol yang mengakibatkan bekalan darah ke jantung tidak mencukupi.
Pegawai perubatan, Dr Munirah Hishamshah berkata, sekiranya ia tidak dirawat dalam kadar yang segera, jantung tidak dapat menjalankan fungsi mengepam darah ke seluruh badan terutamanya organ kritikal seperti otak di mana akhirnya akan menyebabkan kematian.
Beliau berkata, penyakit ini tidak mengenal usia lantaran melihatkan kebanyakan kes kematian akibat sakit jantung juga menyerang golongan muda.
“Kebelakangan ini, faktor stres juga dilihat sebagai punca serangan jantung dan kebarangkalian pesakit untuk tidak mendapatkan rawatan segera adalah tinggi,” jelasnya kepada ketika dihubungi Astro AWANI.
Selain itu, katanya, ada beberapa faktor yang menyumbang kepada penyakit jantung iaitu amalan cara hidup tidak sihat, faktor pemakanan serta faktor genetik atau keturunan.
BACA: Stres punca orang muda maut diserang sakit jantung - Pakar
BACA: Serangan jantung: Golongan muda perlu segera ubah gaya hidup - Pakar
Dalam pada itu, KKM turut mengariskan beberapa faktor risiko penyakit kardiovaskular yang didapati daripada 90 peratus pesakit jantung di Malaysia.
Antaranya, tabiat merokok, menghidap hipertensi, berlebihan berat badan atau obes, mempunyai tahap kolesterol dalam badan yang tinggi, gaya hidup yang tidak aktif serta menghidap diabetes.
Berikut antara langkah awal yang boleh dipraktikkan seluruh ahli keluarga bagi menjamin jantung yang sihat berdasarkan saranan KKM.
* Jadikan rumah anda kawasan larangan merokok. Ini bukan sahaja memanfaatkan anda, tetapi yang lebih penting melindungi kesihatan anak-anak anda. Jika anda berhenti merokok sekarang, anda akan berjaya mengurangkan risiko mendapat penyakit kardiovaskular sebanyak 50 peratus dalam tempoh satu tahun sahaja.
* Aktifkan hidup anda dengan merancang aktiviti fizikal atau senaman di luar rumah, sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
* Ketahui keperluan kalori harian anda yang sesuai dengan gaya hidup yang anda amalkan. Anda perlu bijak membuat pilihan makanan dan minuman yang lebih sihat, dan imbangi pengambilan makanan (kalori) dengan tahap aktiviti fizikal anda. Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi lemak dan gula.
* Ketahui tahap kesihatan anda dengan menjalani ujian saringan faktor risiko penyakit tidak berjangkit (non- communicable diseases) setiap tahun, merangkumi pemeriksaan tekanan darah, aras gula dan kolesterol dalam darah, pemeriksaan BMI dan ukur lilit pinggang. Minta doktor terangkan tahap risiko anda.
* Tangani stres dengan bijak. Individu yang mengalami stres yang keterlaluan lazimnya mempunyai tabiat yang tidak sihat seperti merokok, makan secara berlebihan dan meminum alkohol secara tidak terkawal.
STROK
Selain jantung, strok juga dilaporkan punca kematian tertinggi di Malaysia.
Menurut satu laporan Jurnal Strok Antarabangsa yang dikeluarkan oleh Pusat Pengajian Perubatan Universiti Sains Malaysia (USM), kira-kira enam kes baharu melibatkan strok dilaporkan setiap satu jam di Malaysia.
Selain dikategorikan sebagai penyebab kedua paling biasa bagi kematian di dunia, penyakit dikenali serangan angin ahmar ini juga penyebab utama bagi kehilangan upaya golongan orang dewasa.
Strok adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Mengikut ilmu kajian kepada penyakit ini, strok terbahagi kepada dua iaitu ischemic atau hemorrhagic.
Bagi strok ischemic, saluran darah di otak tersumbat akibat plak atau gumpalan yang menyebabkan bekalan darah yang membawa oksigen ke otak terjejas dan mengakibatkan sel-sel otak mati. Difahamkan, 80 peratus daripada seluruh kejadian strok adalah jenis ini.
Strok hemorrhagic pula melibatkan saluran darah di otak bocor atau pecah menyebabkan darah mengalir ke bahagian sel-sel otak dan mengakibatkan kerosakan yang berpunca daripada tekanan darah tinggi.
Kementerian Kesihatan Malaysia ada menggariskan beberapa langkah pengendalian pesakit strok.
Antaranya, mengambil sejarah penyakit termasuk aktiviti kehidupan harian, membuat penilaian klinikal, menyambung ubat-ubatan bagi pesakit yang telah stabil serta menggalakkan pesakit untuk melakukan senaman bagi mengekalkan pengaliran darah, pergerakan sendi dan kekuatan otot.
* PNEUMONIA (JANGKITAN KUMAN PARU-PARU)
Pneumonia adalah keradangan ruang udara di paru-paru yang paling biasa disebabkan oleh jangkitan.
Bakteria, virus, atau kulat (jarang berlaku) boleh menyebabkan jangkitan dan menghasilkan gejala seperti batuk, demam, dan mengalami pernafasan yang sukar.
Mengulas contoh diberikan seperti virus COVID-19, Dr. Munirah berkata, penyakit ini disebabkan oleh kuman-kuman berlainan yang menyebabkan kerosakan pada paru-paru yang sedikit berlainan antara satu sama lain.
“Jangkitan kuman-kuman pelbagai jenis ini pada akhirnya akan menyebabkan kerosakan yang berbeza pada anggota tubuh badan. Tahap serius jangkitan kuman juga berbeza-beza mengikut pesakit,” katanya.
Virus pandemik yang menyerang sistem pernafasan manusia ketika ini telah meragut lebih satu juta populasi dunia iaitu 1.33 juta.
BACA: COVID-19: 1.33 juta positif, lebih 50,000 pertambahan kes dalam sehari
Amalan seperti kerap membasuh tangan, penjagaan kebersihan diri dan penjarakan sosial antara langkah pencegahan yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) ekoran vaksin untuk membunuh kuman ini masih dalam kajian.
ASMA
Umum mengetahui, pesakit asma sering dikaitkan dengan alat sedutan pelega.
Namun, tahukah anda, asma adalah sejenis penyakit yang tidak boleh diubati serta menjejaskan sesiapa sahaja dalam lingkungan umur seawal enam tahun.
Ia merupakan penyakit kronik saluran udara dalam sistem pernafasan yang disebabkan oleh beberapa faktor seperti reaksi alahan atau alergi kepada bulu, pendedahan kepada asap rokok, senaman, jangkitan pernafasan dan pencemaran udara.
Dr Munirah berkata, tahap serangan asma terbahagi kepada dua iaitu asma yang boleh dikawal dan tidak boleh dikawal mengikut tahap rawatan dan pemantauan yang berbeza.
Katanya, antara langkah utama bagi mengelakkan daripada serangan asma adalah dengan mengetahui punca serangan.
“Mereka perlu tahu apakah punca mereka mendapat serangan asma seperti udara yang tidak bersih, habuk, hama dan sebagainya.
“Bila mereka tahu punca, maka mereka sepatutnya dapat mengelakkan daripada terkena serangan ini serta boleh mengurangkan lagi risiko,” katanya kepada Astro AWANI.
Beliau berkata, pesakit juga perlu mengambil tahu tentang cara-cara penggunaan alat sedutan pelega yang betul.
Orang ramai boleh melayari laman web Asma Malaysia (http://www.asthmamalaysia.org/my) bagi mendapatkan maklumat serta meningkatkan kesedaran mengenai kawalan penyakit ini.
KANSER
Selain itu, barah atau kanser juga antara penyakit menggerunkan orang ramai yang tidak mengenal usia dan jantina.
Lebih membimbangkan apabila kanser juga merupakan penyakit yang tiada amaran awal.
Statistik Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati, jenis kanser yang paling banyak menyerang rakyat Malaysia ialah kanser payudara, kanser usus besar, kanser paru-paru, kanser darah (limfoma) dan kanser bahagian hidung dan tekak (nasofarinks).
Secara umumnya, ia adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan ketidakseimbangan replikasi dan tindak balas sel dalam badan.
Biasanya, sel ini akan bertambah (replikasi) mengikut aturannya bagi membolehkan tumbesaran badan dan pemulihan selepas berlakunya kecederaan.
Bagi rawatannya pula, ia bergantung kepada jenis barah, bahagian anggota tubuh yang dihidapi barah dan juga sekiranya barah telah merebak. Malah faktor jenis rawatan barah ini juga dipengaruhi oleh umur pesakit.
Kebanyakkan kanser dirawat secara pembedahan, radioterapi (terapi sinar-X) atau kemoterapi.
Mengulas isu kesedaran dalam kalangan masyarakat, Dr Munirah berkata kesedaran tentang tanda-tanda awal penyakit kanser masih belum menyeluruh.
“Terutamanya kita melihat golongan-golongan yang kurang berpendidikan dan mereka yang berada di sosioekonomi yang rendah kerana mereka tidak tahu simptom-simptom yang mereka hadapi itu sebenarnya tanda-tanda awal kanser.
“Mereka lambat mendapatkan rawatan kerana menganggap simptom dialami itu cuma perkara biasa,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata masyarakat perlu lebih memperkasakan diri dengan mendidik diri sendiri dengan pengetahuan mengenai info kesihatan.
Perkara itu, katanya, amat penting bagi memastikan bahawa mereka sentiasa berjaga-berjaga dalam usaha mengurangkan risiko penyakit berbahaya kepada diri dan ahli keluarga.
TRIVIA:
* Hari Kesihatan Sedunia disambut pada 7 April setiap tahun, selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengadakan Perhimpunan Kebangsaan Sedunia pertamanya pada 1948.
* Hari Kesihatan Sedunia disambut bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu-isu kesihatan global semasa.
Najmi Syahiran Mamat
Tue Apr 07 2020

Hari Kesihatan Sedunia disambut pada 7 April setiap tahun - Gambar Astro AWANI/ Syazwani Rashid
AWANI Ringkas: Kekejaman Zionis: Enam petugas bantuan maut
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Adam Adli saran perwakilan Kongres AMK ketengah usul beri manfaat kepada parti, kerajaan
Adam Adli mengingatkan perwakilan Kongres Nasional AMK supaya mengetengahkan usul yang boleh memberi manfaat kepada parti dan kerajaan.

Komen lucah terhadap anak Dr Amalina, pemungut sawit didenda RM3,000
Ahmad Nasir Kadiri didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah membuat komen lucah terhadap bayi Dr Amalina Che Bakri melalui Facebook pada Disember 2022.
Dua maut, lapan cedera pesawat kecil terhempas di San Diego
Pasukan kecemasan tiba di lokasi kejadian kira-kira 4 pagi sejurus menerima panggilan kecemasan.
Banjir Australia ragut 4 nyawa
Banjir besar akibat hujan lebat selama tiga hari di tenggara Australia mengorbankan empat nyawa, memutuskan hubungan beberapa bandar dan memerangkap puluhan ribu penduduk.
5 pemain negara lawan Man Utd di Bukit Jalil
Lima pemain kebangsaan dipilih wakili ASEAN All-Stars menentang Manchester United pada Maybank Challenge Cup di Bukit Jalil, dalam aksi epik bola sepak serantau 28 Mei ini.

Mengaku gugur kandungan, barista dipenjara sembilan bulan
Seorang barista dipenjara sembilan bulan atas kesalahan menghalang kandungannya yang berusia lima bulan dilahirkan dengan menggugurkannya.
Pejabat Rafizi tak pernah kosong
Najib Bakar menafikan dakwaan Rafizi Ramli mahu meletak jawatan, menjelaskan pejabat hanya dikemaskan untuk sambutan Aidilfitri dan tidak pernah dikosongkan sepanjang cuti menteri itu.
Najib failkan permohonan dakwa Terrirudin hina mahkamah
Najib Razak memfailkan permohonan untuk memulakan prosiding hina mahkamah terhadap bekas Peguam Negara, Ahmad Terrirudin, berkaitan isu pelaksanaan Titah Adendum oleh Agong ke-16.
Malaysia sasar 10,000 stesen pengecas kenderaan elektrik menjelang 2025
Malaysia komited jadi hab EV serantau dengan sasaran 10,000 stesen pengecas menjelang 2025,

WHO sokong Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia - Dzulkefly
Komitmen itu disampaikan ketika kunjungan hormat Dr Dzulkefly ke atas Ketua Pengarah WHO di WHA78 yang sedang berlangsung di Geneva.

Menteri Kesihatan antara tiga rakyat Malaysia terima anugerah WHO
Tiga rakyat Malaysia dianugerahkan World No Tobacco Day Award oleh Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Jerman umum tambahan EUR10 juta untuk WHO susulan pengunduran AS
Sebelum ini, Jerman menyumbang tambahan EUR2 juta pada awal April lalu.

Perhimpunan tahunan WHO bermula, perjanjian pandemik jadi tumpuan
Perjanjian itu dirangka dalam tempoh singkat susulan pengajaran yang diperoleh daripada pandemik COVID-19.

Ketidakadilan sosial tentukan lebih 50 peratus tahap kesihatan - WHO
Faktor sosial serta keadaan kurang bernasib baik dan diskriminasi menentukan lebih 50 peratus tahap kesihatan.

Ketua WHO beri amaran situasi malapetaka di Gaza, 2 juta penduduk hadapi kebuluran
Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, menyatakan bahawa keadaan di Gaza adalah malapetaka, dengan dua juta penduduk sedang berdepan kebuluran, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).

WHO sokong penggunaan ubat bantu turunkan berat badan, timbulkan isu kos
Langkah ini menandakan perubahan dalam pendekatan WHO terhadap masalah kesihatan global yang semakin meningkat.

Kerjasama awam-swasta penting untuk menjamin penjagaan mata berkualiti dan mudah diakses - Wan Azizah
Tanggungjawab menjaga kesihatan mata rakyat Malaysia merupakan usaha bersama yang perlu digalas oleh semua pihak, kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

COVID-19: Trump lancar laman web, tuduh China, kecam WHO, Biden, Fauci
Laman web itu mendakwa wabak itu berpunca daripada kebocoran makmal di China.

Malaysia, China tingkat kerjasama di bawah kerangka PBB, WTO dan WHO
Kedua-dua negara akan mempromosikan globalisasi ekonomi yang inklusif dan menolak sekatan perdagangan unilateral.