awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakar cadang wujudkan Akta TVET bagi tingkat pelaksanaan NIMP 2030
Polis tahan tiga lelaki miliki pelbagai spesies kura-kura
Belia terperangkap dalam ‘survival mode’, kurang impak kepada ekonomi digital – Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerana tampil cantik, pelajar cemerlang SPM teruk dikritik di media sosial

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
20/03/2017
12:36 MYT
Kerana tampil cantik, pelajar cemerlang SPM teruk dikritik di media sosial
Pelajar dengan nama pengguna Twitter @natasyaqisty ini terpaksa menutup akaun media sosial selepas dikritik hebat netizen.Foto Facebook Haiqa Mokhtar
HANYA kerana tampil kemas dan cantik ketika mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia dikritik hebat pengguna laman sosial.
Itu nasib yang diterima seorang gadis dengan nama pengguna Twitter @natasyaqisty.
Cemerlang dalam SPM sehingga ditemu bual portal BERNAMA News Channel, namun yang menjadi sebutan adalah penampilannya.
Entah kenapa, netizen memilih untuk mempersoalkan penampilan Natasya yang berhias cantik untuk hadir ke sekolah dan mengambil keputusan SPM, sehingga menenggelamkan kisah kejayaannya.
Akibatnya, gadis berusia 18 tahun itu terpaksa menutup semua akaun media sosialnya kerana tertekan dengan kritikan tidak munasabah yang dilemparkan kepadanya.
Hal itu dimaklumkan sepupunya, yang menggunakan nama pengguna @unarodzi di Twitter.
Una dalam statusnya memberitahu, dia tidak faham mengapa masyarakat melemparkan kritikan kepada Natasya sedangkan sepupunya itu tidak melakukan kesalahan.
My cousin (natasya qisty) has deleted all her socmed account. So if you found any please report because it's fake. Thanks.
— Skye (@unarodzi) March 18, 2017
She's my cousin and we're close. Seeing all the comments hurt me. She doesn't do anything wrong but why people are being so bashful.
— Skye (@unarodzi) March 18, 2017
Natasya, kata Una, menjadi mangsa buli siber walaupun tidak memuat naik apa-apa status atau gambar yang mengganggu orang lain.
Sebelum ini, gambar Natasya ketika ditemu bual BNC, dimuat naik sebuah portal hiburan dengan kapsyen bernada sinis terhadap penampilan Natasya, dan pantas menarik perhatian netizen.
Topic Berkaitan
#cantik
#Natasyaqisty
#pelajar
#SPM
#Unarodzi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan