MERSING: Keropok lekor yang lazimnya diperbuat daripada isi ikan laut, campuran sagu dan sedikit garam, sememangnya sinonim sebagai makanan tradisi masyarakat Pantai Timur.
Bagaimanapun snek kegemaran ramai itu juga popular dan boleh didapati di sekitar perkampungan nelayan di daerah ini, yang turut menjadi antara lokasi tumpuan pelancong bagi mendapatkan oleh-oleh untuk dibawa pulang ke rumah.
Osman Puteh, 66, yang mengusahakan perniagaan warisan keluarganya di Kampung Mersing Kanan berkata kebiasaannya, premis itu sering dipenuhi orang ramai terutama pada hujung minggu, musim cuti sekolah atau pun cuti umum.
"Kalau hari biasa cuma boleh dapat kira-kira RM300 hingga RM500 sahaja, tetapi apabila musim cuti dianggarkan boleh mencecah sehingga RM3,000 bergantung kepada nasib juga.
"Kebanyakan yang singgah pelancong tempatan selepas berkelah dari pantai, kumpulan 'rider' dan mereka yang baru balik dari pulau, namun boleh katakan dalam 15 peratus tu ada pelancong dari Singapura, yang gemar akan produk-produk hasil laut ini, " katanya ketika ditemui Bernama, baru-baru ini.
Osman yang berasal dari Dungun, Terengganu itu berkata kebanyakan masyarakat kampung berkenaan terdiri daripada kalangan nelayan dan rata-rata mereka fasih bertutur dalam dialek Terengganu berikutan berhijrah dan berkahwin dengan penduduk setempat.
"Selain keropok lekor yang menggunakan resepi istimewa turun-temurun tiga generasi, saya juga ada menjual keropok keping, ikan kering, udang geragau, ikan pekasam, sos pencicah dan belacan, " tambahnya yang beroperasi setiap hari bermula 9 pagi hingga 8 malam.
Seorang pengunjung Norasikin Daud, 55, dari Alor Gajah, Melaka berkata dia tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan produk hasil laut seperti keropok lekor, ikan kering dan ikan pekasam sebagai buah tangan, apabila berkunjung ke daerah ini.
"Saya sering datang ke Mersing walaupun agak jauh sebab melawat anak tinggal di sini. Oleh itu, setiap kali sebelum balik Melaka, wajib singgah beli keropok lekor dulu.
"Selain itu, saya juga tak lepaskan peluang membawa pulang makanan laut segar seperti udang, ketam dan ikan parang dan meletakkanya dalam bekas berisi ais berikutan harganya yang jauh lebih murah," tambahnya.
Seorang lagi pengunjung Kartini Mohd Ali, 50, dari Wangsa Maju, Kuala Lumpur berkata kebiasaannya mereka sekeluarga akan singgah untuk membeli keropok lekor selepas pulang bercuti dari pulau.
"Lokasi wajib kami setiap kali sebelum balik KL mesti akan singgah dulu beli oleh-oleh seperti keropok lekor, ikan kering dan ikan pekasam, malah, keropok lekor dah siap goreng pun kami beli sebagai bekal dalam perjalanan.
"Boleh dikatakan kami kerap juga ke Mersing yang merupakan antara destinasi percutian pilihan sebab pulau-pulaunya yang indah dengan pemandangan mempesona walaupun terpaksa menempuh perjalanan macam naik 'roller coaster'," selorohnya.
Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Majlis Daerah Mersing iaitu My Mersing, keropok lekor merupakan salah satu makanan yang tersenarai dalam Teroka Mersing, yang perlu dicuba ketika berkunjung ke daerah ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 14 2022
Snek kegemaran ramai itu juga popular dan boleh didapati di sekitar perkampungan nelayan di daerah Mersing. - Bernama
Pemeriksaan imigresen di terminal feri Labuan mungkin dikaji semula susulan kebimbangan ekonomi
Ia berikutan kebimbangan mengenai kesannya terhadap ekonomi pulau bebas cukai itu, khususnya sektor pelancongan.
MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Lekoshow KEDA Pulau Tuba hasilkan keropok lekor ikan kebasi
Keropok lekor kebiasaannya dihasilkan menggunakan ikan tamban atau parang, namun bagi Rosnani Che Ghazali, beliau menjadikan ikan kebasi sebagai resepi utama penghasilan keropok lekor.
Keropok lekor, oleh-oleh wajib dari Mersing
Perniagaan di Kampung Mersing Kanan itu sering dipenuhi orang ramai terutama pada hujung minggu, musim cuti sekolah atau pun cuti umum.
Rasa keropok lekor di Pasar Payang 'lebih isi ikan' dari tempat lain - Pengunjung
Pelbagai jenis produk tempatan dijual di sini yang bagi pengunjung, ia lokasi wajib dilawati sebelum mereka pulang.
PRN Johor: Bantu usahawan IKS, perniagaan keropok lekor ada potensi berkembang
Kedudukan georgrafi Mersing yang berhampiran dengan laut menjadikan kawasan itu mewah ditaburi dengan hasil laut.
Banjir: Pengusaha keropok lekor Mersing mohon bantuan kerajaan
Pengusaha keropok lekor, Abdul Halim Othman, mengakui pendapatannya merosot hampir 80 peratus kerana tiada lagi pengunjung akibat bencana banjir ketika ini.
Manfaat bantuan peniaga kecil, cetus revolusi 'baby lekor' di Mersing
Seorang usahawan keropok lekor di Mersing, Johor cuba mempelbagaikan perusahaannya dengan menghasilkan makanan berunsurkan ikan iaitu bebola ikan.
Podcast Realiti Rakyat: Cabaran perusahaan keropok lekor di Pantai Timur
Paparan realiti kehidupan rakyat berdepan dengan norma baharu kehidupan ketika menghadapi Pandemik Covid-19.
PKP: Perusahaan keropok lekor Terengganu jalani 'normal baharu'
Cukup sebulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang kini dilanjutkan kepada fasa ketiga, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) secara jelas perlu menjalani normal baharu.
Tun M umum rancangan tingkat ekonomi wanita
Antara usaha yang akan dijalankan bagi meningkatkan lagi kebolehan golongan wanita termasuk penambahan latihan dan pelajaran.
Keropok lekor cheese Pozi jadi tarikan, rasa tersendiri
Keropok keju dan keropok keju mozarela yang dihasilkannya mendapat sambutan amat menggalakkan terutamanya golongan kanak-kanak dan remaja.