BUKIT GORAM: Tuai rumah dan penduduk Rumah Panjang William Unchat di Ulu Yong, Bukit Goram mahu keunikan rumah tradisional itu terus dipelihara dan dikekalkan.
Ini kerana rumah panjang yang dibina pada 1940-an itu merupakan antara rumah panjang asli yang terus megah berdiri di sana.
Malah disebabkan lokasinya yang dikelilingi keindahan alam semula jadi yang unik, ia sering menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.
Bagaimanapun setelah sekian lama, mereka berpandangan beberapa bahagian dan struktur di rumah tradisional itu perlu dibaik pulih bagi memelihara identitinya sekali gus mampu menarik lebih ramai pelancong ke sana.
Astro AWANI berkesempatan melakukan kunjungan ke Rumah Panjang William Unchat dan bertemu tuai rumahnya.
“Jadi rumah panjang ini adalah rumah panjang yang selalu dilawati pelancong dan kami menyediakan perkhidmatan inap desa keunikkannya.
“Jadi kami meminta atau mengharapkan bantuan untuk membaik pulih rumah panjang ini supaya keunikan dan industri inap desa di sini dapat dikekalkan dan membantu menjana ekonomi masyarakat di sini,” katanya.
Katanya mereka tidak lagi menetap di sana kerana ada ada penempatan baharu disediakan atas keprihatinan Kerajaan Negeri Sarawak.
Namun disebabkan sering mendapat kunjungan, mereka akan berulang-alik ke rumah tersebut bagi menyambut tetamu yang hadir bagi melakukan kunjungan.
Selain itu, William memohon agar capaian internet di kawasan tersebut dipertingkatkan bagi membolehkan mereka terus mempromosi rumah panjang tradisi itu.
Malah dengan adanya capaian yang baik, mereka juga boleh mempromosi hasil pertanian dan produk-produk lain seperti pua kumbu yang dihasilkan penduduk di sana.
“Saya juga mengharapkan kerajaan akan datang menggesa syarikat-syarikat telco untuk meluaskan dan menguatkan rangkaian internet di kawasan ini.
“Dengan adanya capaian yang baik, kami boleh mempromosi rumah panjang ini ke seluruh dunia pada masa sama mampu meningkatkan pendapatan penduduk,” katanya lagi.
Antara lain, walaupun pembangunan jalan raya sudah dibangunkan sebagai akses ke pekan Kapit, mereka juga mengharapkan agar Majlis Daerah Kapit dapat menyediakan perkhidmatan mengangkut sampah di kawasan tersebut.
Ini kerana ketika ini mereka terpaksa menanam sampah-sampah dihasilkan daripada dibakar yang akan lebih menyebabkan pencemaran.
“Kami memohon juga Majlis Daerah Kapit secara khasnya untuk membekalkan perkhidmatan mengutip sampah di kawasan ini.
“Ini kerana kami mengalami kesukaran membuang sampah dan terpaksa menanam sampah dalam tanah jadi ini juga boleh menyebabkan pencemaran kepada air sungai, jadi kami mohonlah agar dapat disediakan.
“Jadi perkara ini perlu disediakan bagi membolehkan keunikkan kawasan oni terus terpelihara,” tambahnya.
Rumah panjang ini terletak 24 kilometer dari pekan Kapit dan boleh diakses menggunakan jalan darat.
Syafik Shukri Jalil
Mon Dec 13 2021
Rumah panjang ini terletak 24 kilometer dari pekan Kapit dan boleh diakses menggunakan jalan darat. - Astro AWANI
MAHA 2024: Dari akuakultur ke megafauna, Laman Agrofood Perikanan janjikan tarikan hebat buat anda
Laman Agrofood Perikanan, yang merupakan sebahagian daripada Pameran Pertanian, Hortikultur, dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024, menjadi antara tarikan utama buat pengunjung.
Pokok tumbang hempap rumah, tujuh sekeluarga terselamat
Dalam kejadian malam itu, kesemua penghuni sempat melarikan diri keluar ke rumah jiran berhampiran sebaik pokok besar itu tumbang.
34 cedera, bas dua tingkat rempuh pembahagi jalan di Lebuhraya Utara Selatan
Tiga mangsa yang duduk di tingkat bawah bas tersepit, manakala 30 mangsa di tingkat atas cedera ringan dan berjaya keluar dengan sendiri.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Malaysia
Seri Paduka Baginda mendoakan Malaysia terus dilindungi, diberkati dan dikurniakan kemakmuran yang berkekalan.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis sambutan Maulidur Rasul
Pada majlis itu, Seri Paduka Baginda dijadual mengurniakan Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan.
Kehadiran paus petunjuk ekosistem marin Malaysia sihat - Penyelidik
Paus itu berdepan beberapa risiko ancaman dari aspek persekitaran lautan Malaysia iaitu berkemungkinan 'tersangkut' di kawasan cetek.
Tuanku Muhriz kesal, dukacita kes eksploitasi kanak-kanak di rumah kebajikan
Baginda bertitah perbuatan ini adalah contoh perbuatan yang tidak seharusnya timbul dan ditonjolkan oleh umat Islam.
Usah pertikai dokumen Perlembagaan berkaitan penubuhan Malaysia - Wan Junaidi
Wan Junaidi berkata, dokumen-dokumen Perlembagaan tersebut adalah roh dan semangat kepada Perjanjian Malaysia 1963.
Malaysia cemerlang raih satu gangsa, empat 'Medallion for Excellence' di WorldSkills Lyon
Wong Hsun Wei meraih pingat gangsa dan dinobatkan Best Of Nation pada acara penutup WSC 2024 dan penyampaian pingat pada Ahad.
Perpaduan teguh, setia kawan tinggi harapan Abang Johari di Hari Malaysia ke-61
Katanya, semangat ini dapat terus memajukan negara dan melahirkan generasi yang memiliki jati diri tinggi serta setia kepada ibu pertiwi.
Kanak-kanak 5 tahun rentung, ibu dan bayi melecur hampir 50 peratus dalam kebakaran rumah panjang
Mangsa yang rentung dikenal pasti sebagai Rezdesson Carlos Robson, 5, manakala adiknya Elsa Amanda,2, dan ibunya Ency Shaylla, 25 tahun melecur teruk.
Tuai rumah berdepan kompaun jika gagal kuat kuasa SOP di rumah panjang
Pemimpin masyarakat yang gagal untuk memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 di kawasan rumah panjang bakal berdepan risiko dikenakan kompaun.
PKPD di Sungai Duan diperluas, Empangan Baleh juga terlibat
Ini adalah susulan 17 kes positif baharu telah direkodkan di rumah panjang lain yang terletak berhampiran.
21 penduduk rumah panjang di Bario terselamat kebakaran
Tindakan pantas penduduk kampung berjaya menyelamatkan kebakaran rumah rumah panjang dari terus merebak.
Kempen Pembudayaan Norma Baharu KKMM bermula di Rumah Panjang Akat
Rumah Panjang Akat terpilih sebagai destinasi pertama Kempen Pembudayaan Norma Baharu.