awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kewujudan AI, bukan halangan kepada prospek kerja belia - Kajian

Irdina Ishak
Irdina Ishak
25/08/2023
03:40 MYT
Kewujudan AI, bukan halangan kepada prospek kerja belia - Kajian
Biarpun kewujudan kecerdasan buatan (AI) sering kali dilihat sebagai ancaman terhadap manusia dalam pekerjaan, golongan belia tetap optimis terhadap masa depan pekerjaan mereka. - Foto PwC
BIARPUN pelbagai krisis melanda dunia seperti pandemik COVID-19, perubahan iklim, ketidaksamaan termasuk kewujudan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) - yang sering kali dilihat sebagai ancaman terhadap manusia dalam pekerjaan, golongan belia tetap optimis terhadap masa depan pekerjaan mereka.
‘Global Workforce Hopes and Fears Survey’ yang diterbitkan oleh firma multinasional, PwC menyatakan bahawa hampir 54,000 golongan muda bekerjaya di 46 negara dan wilayah mempunyai persepsi positif, terutama berkaitan kemahiran dan peluang mempelajari ilmu baharu.
Antara dapatan kajian itu adalah seperti berikut:
1. Lebih tiga daripada lima pekerja Generasi Z (mereka yang berusia 18 sehingga 26 tahun), mempercayai bahawa mereka akan dibantu majikan dalam memperoleh kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi masa hadapan.
2. 17 peratus pekerja Generasi Z risau pekerjaan mereka akan diambil alih oleh AI. Namun, 29 peratus menganggap kemajuan AI dapat mewujudkan peluang pekerjaan serta membantu mengasah kemahiran baharu.
3. Terdapat jurang besar di antara pekerja yang memiliki kemahiran atau kepakaran dengan golongan yang tidak mempunyai kemahiran. 71 peratus golongan berkemahiran sentiasa mencari peluang untuk meningkatkan kemahiran baharu.
4. 52 peratus golongan berkemahiran percaya bahawa kemahiran yang dimiliki mereka akan berubah dalam tempoh lima tahun akan datang.
5. Hal ini menunjukkan risiko jurang yang semakin melebar antara prospek pekerja yang mempunyai kemahiran pakar dan mereka yang tidak.
Selain itu, menurut kajian Forum Ekonomi Dunia (WEF), mereka yang berusia 27 sehingga 42 tahun lebih beranggapan bahawa majikan terlalu memberi tumpuan kepada pengalaman bekerja dan bukannya kepada kemahiran yang mereka miliki.
Justeru, laporan tersebut merumuskan bahawa mengutamakan kemahiran (skills-first) akan membantu kumpulan ini, di samping membuka peluang kepada bakat baharu dalam kalangan masyarakat.
Topic Berkaitan
#pekerjaan
#teknologi AI
#kemahiran
#Generasi Z
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan