awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peguam ditahan disyaki subahat seludup dadah ke penjara
Penduduk Kuching diminta siap siaga hadapi banjir ketika air pasang besar pada 2 dan 4 Jan
Senarai calon Exco baharu dipersembah kepada Raja Perlis minggu depan - MB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khasiat herba bawa rezeki kepada pembekal herba tradisional

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
04/07/2017
03:27 MYT
Khasiat herba bawa rezeki kepada pembekal herba tradisional
Kayu kemuning tumbuh meliar di puncak bukit berbatu di Gua Musang, Kelantan.
Sejak sekian lama, herba yang tumbuh meliar di hutan telah digunakan secara meluas dalam rawatan tradisional.
Menyedari khasiat dan kebaikan tumbuhan, harga pasaran kayu juga meningkat tinggi kerana khasiatnya dapat menyembuh sesuatu penyakit.
Bagi seorang peneroka Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Sungai Asap B di Gua Musang, Kelantan, Md Hapipi Mohamad, 70 tahun, pekerjaan menjual kayu kemuning mendatangkan rezeki kepada beliau.
Sejak 20 tahun lalu, beliau telah menjual kayu herba itu dan sambutannya amat menggalakkan.
Selain kemuning hitam dan kemuning emas, Md Hapipi turut menjual tongkat ali, kayu gaharu, sulur bertam dan raja satong.
"Kayu-kayan ini kebanyakannya didapati di atas bukit dan pokok. Raja satong berharga RM130 sekilogram dan mungkin akan mencecah RM150.
"Raja satong dapat menyembuhkan penyakit hati bengkak, jantung, usus, kanser payudara, kudis dan buasir, lantas dicari orang di sini," ujar beliau.
Menurut beliau lagi, kebanyakan tumbuhan herba dan kayu kemuning yang dijual diperoleh daripada penduduk kampung yang mencarinya di puncak bukit berbatu kerana ianya hidup di celah batu.
Kata beliau, selain memasarkan kayu herba itu di kawasan Rehat dan Rawat Rantau Manis, beliau juga pernah menjualnya di sekitar Kota Bharu, Pahang, Perak dan Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
#Gua Musang
#herba tradisional
#kayu
#Kelantan
#khasiat
#penyakit
#rawatan
#tumbuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan