Kini Trending terus berkongsi 5 cerita paling menarik di media sosial.


#5 LAGI INSIDEN AKIBAT IBU BAPA CUAI

Terbaru, satu insiden kanak-kanak perempuan tersangkut pada jeriji besi penghalang rumah dipaparkan melalui media sosial.

Kepala kanak-kanak berusi 5 tahun ini tersangkut pada jeriji di ketinggian 70 meter dari tanah atau bersamaan 24 tingkat dari bangunan apartmennya.

Kanak-kanak itu dikatakan cuba memanjat keluar dari bilik selepas dia dikurung oleh kedua ibu bapanya.


#4 PEMINAT RAI ULANGAN TAHUN ONE DIRECTION KE-3

Menggunakan #ThreeYearsOfOneDirection, hampir setiap saat ada saja peminat yang memberikan kata-kata semangat selain mengucapkan tahniah terhadap segala pencapaian kumpulan itu.

Dalam pada itu, semalam kumpulan itu turut melancarkan sebuah muzik video klip baru bagi lagu yang berjudul ‘Best Song Ever’.

Kumpulan ini dianggotai oleh Nial Horan, Zayn Malik, Liam Payne, Harry Styles dan Louis Tomlinson yang disatukan setelah menyertai rancangan realiti ‘The X Factor’.

123

#3 WAKTU REHAT SEKOLAH DI BILIK PERSALINAN

Sebuah sekolah di Sungai Buloh yang didakwa mengarahkan semua pelajar yang bukan Islam makan dan minum di bilik persalinan pada waktu rehat menjadi trending di laman sosial dan portal berita.

Dakwaan itu timbul setelah gambar insiden tersebut disebarkan menerusi Facebook oleh seorang daripada ibu bapa pelajar sekolah berkenaan.

Susulan insiden yang berlaku, pihak Kementerian akan mengarahkan Jabatan Pelajaran Negeri untuk menyiasat kejadian secara menyeluruh.


#2 'TOWN CRIER' KINI SELEBRITI YOUTUBE

Turut trending di Youtube selepas berita ‘The Royal Baby’ itu adalah video pengumuman kelahiran diraja yang dilakukan oleh seorang ‘town crier’ atau the ‘bellman’.

Tony Appleton, yang kini berusia 76 tahun adalah pegawai 'town crier' profesional di sana, namun kini dia telah pun menjadi selebriti sensasi di Youtube.

Saksikan paparannya menerusi klip video disediakan.


#1 KATE MIDDLETON #ROYALBABY TRENDING!

Sudah tentunya ia mengenai Duchess Of Cambridge, Kate Middleton yang telah selamat melahirkan anak lelaki seberat 3.6 kilogram di Hospital St. Mary.

Pengumuman kelahiran bayi diraja itu dibuat Istana Buckingham selepas dimaklumkan Kate selamat bersalin pada jam 4.24 petang waktu tempatan atau kira-kira tengah malam waktu Malaysia.

Semasa proses kelahiran itu, William berada di sisi isterinya yang mengakui gembira dengan kelahiran anak pertamanya itu.

Saksikan Kini Trending setiap hari 8:15 malam dan ulangannya 11:45 malam.