Kini Trending menyorot cerita-cerita menarik di laman sosial hari ini antaranya:-

311

#5 TRIBUTE KEPADA P.RAMLEE #UnitenGua

Uniten Gua merujuk kepada satu kempen tribute kepada Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee yang dianjurkan oleh majlis perwakilan pelajar Uniten di Kampus Putrajaya.

Ia menjadi perkara paling trending di Twitter setelah ratusan orang membanjiri tweet dengan ucapan dan juga foto sekitar acara berkenaan.

Kempen hash tag Uniten Gua bermula hari ini di Dewan Seri Sarjana, Uniten Bangi dari jam 3 petang hingga 11 malam.

321

#4 MEGA VERSI APLIKASI ANDROID

Aplikasi Mega kini ditawarkan melalui google play store membolehkan pengguna membuat salinan pendua fail media mereka dari peranti android terus ke Mega dengan mudah.

Bagi pengguna yang sudah menggunakan dropbox, Google Drive dan sebagainya, aplikasi Mega membawakan sokongan yang serupa.

Versi aplikasi I-O-S dikatakan akan hadir selepas ini, namun masih belum ada sebarang tarikh diumumkan.


#3 TINY THIEF FENOMENA SELEPAS ANGRY BIRDS?

Rovio entertainment yang terkenal dengan Angry Birds sekali lagi memulakan fenomena permainan video terbaru.

Melalui permainan Tiny Thief, pengguna akan menjadi pencuri yang mana pemain akan mengawal watak berkenaan dalam mengumpulkan dan menyelesaikan sesuatu misi.

Hampir 45 ribu tontonan di kumpulkan melalui video trailer ini menandakan peminat Rovio tidak sabar untuk mencubanya.

321

#2 FACEBOOK BUKA CAWANGAN DI INDONESIA?

Dengan angka 34 juta pengguna aktif di Indonesia, timbul khabar angin yang Facebook mungkin akan membuka pejabatnya di Indonesia tahun ini.

Menurut Ketua Komunikasi Facebook Asia Pasifik, Charlene Chian, Facebook kini bekerjasama dengan agensi media digital negara itu untuk menganjurkan bengkel kreatif.

Secara keseluruhan, Facebook mempunyai 112 juta pengguna di Asia membuka pejabatnya sendiri di Singapura sejak 2010.


#1 'DESPICABLE ME 2' PECAH PANGGUNG

Menduduki tangga teratas sebagai senarai paling trending di Twitter Worldwide hari ini adalah sebuah filem animasi, Despicable me 2.

Jalan ceritanya yang unik serta konsep yang menarik dikatakan penyebab utama filem ini sudah dinantikan ramai sebelum keluarannya lagi.

Filem pertamanya yang ditayangkan pada tahun 2010 berjaya meraih lebih USD 540 juta sekaligus menjadikan filem animasi ke-10 terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat.

Untuk mengetahui lebih banyak tumpuan menarik di laman media sosial, jangan lupa saksikan Kini Trending, setiap hari jam 8.15 malam dan ulangan pada 11.45 malam di Astro Awani.