Kini Trending menyorot cerita-cerita menarik di laman sosial hari ini antaranya:-
#5 LAMAN WEB *.com.my DISERANG PENGGODAM
Beberapa laman web .com.my hari ini dikesan menerima serangan penggodam yang menggelar diri mereka sebagai Tiger Mate.
Hash Tag Bangladeshi hacker turut meninggalkan pesanan dan amaran supaya menghormati pekerja Bangladesh yang datang ke negara ini untuk bekerja.
Amaran itu sengaja diletakkan bagi menunjukkan keangkuhan mereka kononnya kemampuan teknologi pengguna komputer di Bangladesh adalah lebih hebat berbanding Malaysia.
#4 PERATURAN BISNES ONLINE BERKUAT KUASA HARI INI
Bermula 1 Julai, salah satu undang-undang dan peraturan baru akan dikuatkuasakan sebagai perlindungan pengguna urus niaga perdagangan elektronik 2012.
Ia sekaligus membolehkan para pengguna yang membuat pembelian secara online lebih terlindung berbanding sebelum ini.
Sebagai peniaga, anda perlu memastikan pelbagai informasi berkaitan syarikat dipaparkan pada laman jualan, membolehkan pembeli mengetahuinya dengan mudah.
#3 RIP GOOGLE?
Masalah berpunca daripada serangan (DNS) hijacking, dimana pengguna dibawa ke hos lain berbanding yang sepatutnya.
Sementara menunggu masalah ini di selenggarakan, pengguna yang ingin mengakses laman portal Google, boleh menggunakan laman Google dot com untuk akses ke video-video Youtube.
Bagaimanapun, masalah itu telah diselesaikan pada jam 3.05 petang tadi.
#2 KJ BILANG JANGAN BIMBANG
Hari ini, Khairy Jamaluddin mengeluarkan kenyataan menerusi akaun Facebook miliknya bagi mengurangkan kebimbangan masyarakat prihatin terhadap situasinya.
Kelmarin, empat lelaki menceroboh kediaman Khairy di Jalan Setia Bestari serta melarikan beberapa unit komputer riba dan jam tangan.
Bagaimanapun, Menteri Belia Dan Sukan itu tiada di rumah semasa kejadian kerana menyaksikan final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil.
#1 BRAZIL BELASAH SEPANYOL!
Brazil muncul juara selepas menewaskan Sepanyol 3-0 pada perlawanan akhir di Rio De Janeiro.
Pertembungan antara tuan rumah Piala Dunia 2014, Brazil dengan juara dunia dan eropah, Sepanyol sememangnya dinantikan peminat bola sepak seluruh dunia.
Dua jaringan Fred memastikan skuad samba meraih gelaran buat kali ke -empat.
Untuk mengetahui lebih banyak tumpuan menarik di laman media sosial, jangan lupa saksikan Kini Trending, setiap hari jam 8.15 malam dan ulangan pada 11.45 malam di Astro Awani.
Astro Awani
Mon Jul 01 2013
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
Hajiji Noor Ketua Menteri Sabah baharu
Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman itu mengesahkan akan mengangkat sumpah sebagai KM esok pada pukul 10.30 pagi.
PRN Sabah: Tanggungjawab besar menanti bakal Ketua Menteri
Keputusan Pilihanraya Negeri Sabah pada Sabtu membuktikan terdapat peralihan undi dalam kalangan pengundi Kadazan, Dusun dan Murut.
PRN Sabah: PKR hormat pilihan rakyat - Anwar Ibrahim
Presiden PKR Anwar Ibrahim harap proses pembentukan kerajaan negeri dapat dikemudi dengan aman, bijaksana dan penuh hikmah.
PRN Sabah: Bung Moktar, Hajiji menghadap Tun Juhar
Tun Juhar akan umum siapa calon yang akan menjadi Ketua Menteri Sabah.
PRN Sabah: Ketua parti GRS menghadap TYT Sabah hari ini - Annuar Musa
Perkara itu disahkan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa menerusi satu ciapan di akaun Twitternya.
PRN Sabah: Kerajaan baharu GRS komited bangunkan Sabah - Muhyiddin
PM beri jaminan tersebut sejurus selepas GRS berjaya meraih majoriti bagi membentuk kerajaan negeri pasca Pilihan Raya Negeri.
PRN Sabah: Warisan Plus tunggu keputusan rasmi
Pemimpin dan penyokong Warisan Plus berhimpun di kediaman Shafie Apdal bagi menunggu keputusan rasmi PRN Sabah.
Huawei lancar Mate Xs bagi pasaran Malaysia dengan perkhidmatan penghantaran VIP
Firma pengeluar telefon pintar terkemuka China, Huawei kini melancarkan penjualan model terbaharunya telefon lipat Mate Xs bagi pasaran Malaysia.
Sertai kerancakan BPL bersama Astro Awani
Sertai perbincangan liga perdana Inggeris Barclays (BPL) bersama rancangan terbaharu Astro Awani.
Gaji rendah faktor utama segolongan rakyat pertimbang tinggalkan Malaysia
Menerusi satu kajian yang dikendalikan laman web Astro AWANI, majoriti pekerja rakyat Malaysia pernah mempertimbangkan untuk meninggalkan Malaysia.