Kini Trending terus berkongsi 5 cerita paling menarik di media sosial.


#5 PERJUANGAN MALALA DIINGATI

Muzik video berjudul ‘I Am Malala’ dihasilkan bagi mengenang jasa blogger dan aktivis pendidikan pakistan Malala Yousafzai yang ditembak pejuang taliban tahun lalu.

Selain menyambut hari kelahiran Malala pada 21 Julai, tarikh yang sama dipilih Pertubuhan Bangsa Bersatu sebagai hari Malala iaitu satu matlamat untuk memberi pendidikan kepada kanak-kanak.

Saksikan video klip berkenaan.


#4 ANGRY BIRDS TERBARU

Syarikat Rovio akan mendedahkan permainan angry birds baru seperti yang diumumkan menerusi blog rasmi.

Angry Birds baru juga akan menampilkan kumpulan watak yang baru serta kuasa yang lebih menarik.

Secara keseluruhan, lebih 1.7 bilion muat turun permainan Angry Birds dicatat merentasi semua platform mudah alih sejak dikeluarkan pada 2009.


#3 BINTANG BARU MUDA MENYERLAH

Tiga pemain muda, Iago Aspas, Raheem Sterling dan John Ibe berjaya mencuri perhatian peminat Liverpool sejak semalam.

Ini kerana kesemua kereka berjaya menjaringkan gol untuk Liverpool dalam perlawanan pertama pra musim.

Dalam perlawanan itu, Liverpool menewaskan Preston North End 4-0.

123

#2 BINTANG GLEE MENINGGAL DUNIA

Cory Monteith yang terkenal untuk wataknya sebagai Finn Hudson dalam siri muzikal televisyen Glee telah meninggal dunia.

Menurut The Hollywood Reporter, pelakon berusia 31 tahun itu ditemui mati di hotel Fairmont Pacific Rim di Vancouver pada hari Sabtu.

Ramai peminatnya meluahkan rasa terkejut seta mengucapkan takziah selepas mendapat tahu berita sedih itu.

Monteith juga pernah membintangi beberapa rancangan bersiri lain termasuk ‘Supernatural’, Stargate dan filem Final Destination.

Pasangan hina Ramadan


#1 BERI KETERANGAN

Gara-gara mempersendakan Ramadan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan memanggil pasangan yang menyentuh sensitiviti umat Islam di Malaysia menerusi Facebook mereka.

Pasangan yang dikenali sebagai Tan Jye dan Vivian Lee akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes yang mendapat bantahan ramai pihak ini.

SKMM menasihatkan pengguna Facebook terutamanya umat Islam supaya membuat laporan terus kepada pentadbiran laman sosial itu atau kepada pihak SKMM jika mendapati ada perbuatan yang menghina kesucian Islam menerusi laman sosial.

Semuanya di Kini Trending setiap hari 8:15 malam di Astro Awani.