321

#5 MURRAY TAMATKAN PENANTIAN BRITAIN

Pemain Britain, Andy Murray menamatkan penantian 77 tahun negara itu dengan merangkul juara selepas menewaskan Novac Djokovic di pentas akhir.

Perlawanan berlansung sengit memandangkan ia adalah pertemua dua pilihan pemain utama kejohanan kali ini.

Aksi kemas yang dipamer Murray menyebabkannya menang straight set 6-4, 7-5 dan 6-4.


#4 PEMAIN ARSENAL MAIN GAMELAN

Arsenal menggunakan kreativiti tersendiri dalam mempromosikan jelajah Asia tahun ini dengan merakamkan video beberapa pemain mengalunkan irama dengan menggunakan alat muzik gamelan.

Antara pemain Arsenal yang dipaparkan dalam video ini ialah Per Mertesacker, Laurent Koscienlny, Bacary Sagna, Gervinho dan Nacho Monreal yang bermain gamelan di padang latihan mereka bersama jurulatih Gamelan John Pawson dan Manuel Jimenez dari Gamelan Southbank.

Ini merupakan sebahagian promosi untuk melawat Indonesia pada bulan ini dimana Arsenal akan bertemu pasukan Indonesia pada 14 Julai depan di Stadium Gelora Bung Karno.

22

#3 AYAM NAIK HARGA?

Perbualan hangat di semua platform hari ini adalah mengenai kenaikan harga ayam, gula, santan dan beberapa bahan mentah lain.

Sebelum ini harga siling ayam ditetapkan oleh Kementeriana adalah pada kadar RM6.80 sen sekilogram.

Pemantauan harga ayam yang dilakukan oleh wartawan Astro Awani di beberapa buah pasar di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor boleh dikatakan berada pada tahap yang membimbangkan.

321

#2 APLIKASI RAMADAN UNTUK ANDROID

Terdapat ratusan aplikasi menarik bagi pengguna android untuk digunakan sepanjang bulan Ramadan yang menjelang tiba.

Amanz.my telah menyenaraikan beberapa aplikasi menarik bagi sepanjang ramadan ini bagi pengguna Android.

Aplikasi tersebut adalah tertumpu kepada pengumuman waktu berbuka, imsak dan senarai amalan ibadat harian.

Terdapat juga aplikasi berbentuk soal jawab yang membolehkan para pengguna memahami pengertian amalan di bulan Ramadan.



321

#1 YOUTUBE LANCAR SALURAN RAMADAN

Menjelang ramadan ini, buat pertama kalinya, Youtube bekerjasama dengan pengeluar kandungan di Malaysia melancarkan saluran Ramadan di laman perkongsian video popular itu.

Pengeluar dan pembekal kandungan tempatan seperti Animonsta Studios, Homegrown Productions, TryMasak, Suria Records dan Astro telah menyediakan pelbagai kandungan tempatan mereka yang pastinya bermanfaat dan menghiburkan untuk seluruh rakyat Malaysia di musim perayaan ini.

Lebih 280 video unik telah tersedia dengan keseluruhannya menampilkan lebih 130 jam kandungan untuk seluruh rakyat Malaysia.

Untuk mengetahui lebih banyak tumpuan menarik di laman media sosial, jangan lupa saksikan Kini Trending, setiap hari jam 8.15 malam dan ulangan pada 11.45 malam di Astro Awani.