Kini Trending menyorot cerita-cerita menarik di laman sosial hari ini antaranya:-

321

#5 RAMADAN TRENDING LAGI & APLIKASI RAMADAN

Dengan ketibaan Ramadhan lebih kurang empat hari lagi, terdapat pelbagai aplikasi yang dibangunkan oleh pembangun aplikasi dari seluruh dunia.

Satu daripada aplikasi baru yang dilancarkan untuk pengguna IOS adalah aplikasi ramadhan, ‘Diabetes and Me’.

Aplikasi ini dibangunkan bagi memfokuskan kepada mereka yang menghidapi penyakit diabetes type2, dimana melaluinya ia menawarkan pelbagai informasi berguna untuk mereka yang menghadapinya.


#4 'WHITE HOUSE DOWN' KEKAL BOX OFFICE

Menduduki tangga tertinggi di semua carta panggung di Malaysia adalah filem White House Down.

Jamie Foxx melakonkan watak Presiden Amerika, James Sawyer yang di ancam bunuh oleh pengganas yang telah menakluki perumahan rasmi Presiden, The White House.

Kebetulan, watak John Cole yang dilakonkan oleh Channing Tatum berada di White House untuk satu sesi lawatan.

Bagaimana kesudahannya ? apa kata anda ke panggung untuk menonton filem ini.

321

#3 AMARAN SEBASTIAN VETTEL!

Pelumba Red Bulls, Sebastian Vettel melaung amaran awal dengan merekodkan masa terpantas pada sesi ujian bebas Grand Prix Jerman.

Berada di kedudukan kedua adalah pelumba Mercedes, Nico Rosberg diikuti rakan sepasukan Vettel iaitu Mark Webber.

Tumpuan kemudian menjurus kepada pelumba Ferrari Fernando Alonso dimana dia merekodkan 01:05:06 saat untuk kedudukan keenam.


#2 DIGI WOW INTERNET FOR ALL AWARDS 2013

Digi WWWOW Internet For All Awards 2013 sekali lagi menganjurkan anugerah untuk menghargai pencapaian rakyat Malaysia di platform internet.

Lebih menarik anugerah tersebut disiarkan secara online di portal wwwow awards yang merangkumi lima lokasi berlainan.

Anugerah tersebut telah dihoskan oleh Sazzy Falak dan Nabil Raja Lawak selain dimeriahkan dengan persembahan hebat dari kumpulan Hujan, Johan Raja Lawak, Wakaka Krew serta Oo Gerila.

321

#1 HOSPITAL GLENEAGLES AMPANG PALSU!

Sedang tersebar di media sosial hari ini adalah maklumat berantai yang membabitkan Hospital Gleneagles Ampang.

Memetik sebahagian daripada isi maklumat berantai itu yang kononnya terdapat beberapa pesakit yang masuk ke hospital berkenaan akibat terhidu wangian beracun.

Bagaimanapun, pihak hospital mengakui tidak pernah sekalipun dalam masa terdekat ini merawat pesakit seperti yang diperhebahkan selain menyifatkan insiden sedemikian tidak pernah berlaku.