DALAM pangkalan data istilah bahasa Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), bahasa tubuh membawa maksud pergerakan fizikal atau postur tubuh yang menyampaikan makna, sikap, perasaan dan fikiran. Bahasa tubuh juga merupakan komunikasi bukan lisan.
Menurut Paul Ekman (1975), perilaku nonverbal boleh berlaku secara spontan atau sengaja, dengan atau tanpa kesedaran. Bahasa tubuh juga didefinisikan sebagai tingkah laku tanpa lisan yang berkaitan dengan emosi yang universal, khususnya tentang paparan dalam mengungkap memek muka dan pergerakan.
Bahasa tubuh mempunyai seni yang tersendiri dan merupakan sebahagian daripada kesantunan berbahasa dan cara kita berbudi bahasa. Bahasa tubuh adalah cerminan tingkah laku seseorang dalam pertuturan tanpa lisan. Budi mempunyai perkaitan yang sangat rapat dengan akal seseorang. Itulah yang sering digandingkan sebagai akal budi atau kebijaksanaan.
Peribahasa Melayu lama ada menyebut, sebab budi boleh kedapatan yang bermaksud tingkah laku juga boleh membuatkan seseorang itu ditimpa binasa. Oleh itu berhati-hatilah dengan lenggok bahasa tubuh yang kita paparkan kepada seseorang.
Manusia boleh menyampaikan emosi tanpa kata-kata. Pelbagai isyarat bukan lisan boleh digunakan untuk menyampaikan perasaan dan niat. Manusia juga menggunakan bahasa badan semasa berkomunikasi bersama-sama dengan bahasa lisan. Terdapat beberapa jenis komunikasi bukan lisan atau bahasa tubuh.
Antaranya ialah ekspresi wajah yang boleh diterjemahkan sebagai gembira, sedih, marah, terkejut, takut, benci, meluat. Secara umumnya hal ini meliputi seluruh bangsa dan budaya. Walau bagaimanapun sesetengah tempat tidak menerima bahasa tubuh yang bersifat universal disebabkan latar budaya masyarakatnya yang berbeza.
Jika seseorang mencebikkan mukanya itulah petanda tidak suka. Jika seseorang itu kerap menyentuh hidungnya ketika berbual, itu bermakna dia sedang berbohong (Redaksi, 22 Jun 2018). Jika wajahnya menompang dagu, itu bermaksud dia sedang bosan mendengar bual bicara orang di hadapannya (Mohamad B., 2021).
Ekspresi senyum juga membawa konotasi yang berbeza-beza. Kesediaan seseorang melemparkan senyuman walaupun dalam emosinya yang terganggu akan memberi kelegaan kepada individu yang menerima senyuman tersebut. Itulah yang dinamakan sebagai senyum tawar. Anda mesti bijak membezakan antara senyum tawar, senyum manis, senyum simpul dan senyum kambing.
Selain itu pergerakan dan postur badan juga sebahagian daripada bahasa tubuh. Apakah persepsi anda tentang cara duduk, berdiri, berjalan, berpeluk tubuh atau memegang kepala? Pergerakan ini semua mempunyai maksud tertentu. Jika anda bercakap dengan seseorang dan individu tersebut tidak memandang ke arah anda atau dia lebih tertumpu dengan gajetnya, itu bermaksud dia tidak berminat dengan perbualan yang sedang berlangsung.
Sungguhpun hal tersebut tidak sewajarnya berlaku kerana kelihatan biadap dan tidak sopan, namun itulah realitinya. Situasi tersebut perlu difahami supaya tidak berlaku ketegangan dalam komunikasi. Cara pergerakan dan perilaku adalah isyarat penyampaian maklumat tanpa lisan. Mengangguk tandanya bersetuju. Menggeleng tandanya membantah.
Pergerakan jari jemari juga sebahagian daripada bahasa tubuh. Menaikkan ibu jari adalah simbol setuju atau baik. Jika ibu jari diarah ke bawah, itu isyarat tidak bagus atau penghinaan, apatah lagi jika diiringi dengan cebikan. Menunjukkan jari hantu itu tandanya mencarut. Meletakkan jari tunjuk, jari hantu dan jari manis di tapak tangan bermaksud ‘sila hubungi’. Menunjukkan tanda ‘ok’ biasanya menyampaikan mesej positif. Walau bagaimanapun di Sepanyol dan Brazil hal tersebut ialah isyarat memanggil seseorang dengan kasar (Tere, 2022). Oleh yang demikian, berhati-hatilah dengan budaya dan fahaman masyarakat setempat dalam pertuturan tanpa lisan.
Jika seseorang menunjukkan kedudukan empat jarinya di atas ibu jari, fahamilah bahawa nyawanya sedang terancam dan dia sedang memerlukan pertolongan (Nuraiman, 2023). Itu sebenarnya isyarat yang perlu diketahui oleh semua orang. Isyarat jari berbentuk V adalah penyataan perdamaian atau kemenangan (Paul Ekman, 1975).
Renungan mata (eye contact) sangat dominan bagi kebanyakan orang. Cara memandang boleh diertikan dengan banyak perkara termasuk perlambangan kasih sayang, penyataan minat, daya tarikan dan permusuhan. Jelingan mata pula boleh ditafsirkan sebagai menyampah, merajuk dan membosankan bergantung pada situasi dan topik perbualan.
Namun begitu jelingan yang diiringi dengan senyuman boleh melambangkan kemanjaan dan kasih sayang. Pandangan atau hubungan mata juga penting dalam mengekalkan aliran perbualan dan untuk mengukur sejauh mana minat dan tindak balas orang lain.
Sesetengah orang pula gemar berkomunikasi dengan sentuhan seperti menghulurkan salam sebagai tanda hormat. Memeluk atau memaut lengan pula adalah isyarat perlindungan sama ada memberi atau menerima perlindungan. Menyilangkan tangan dengan menyentuh dada menunjukkan seseorang itu tidak selesa dengan persekitarannya. Menundukkan wajah dan sebelah tangan mengusap tengkuk menandakan seseorang itu sedang dalam kegusaran dan stres. Mengusap dagu dengan sebelah tangan pula menandakan seseorang itu sedang memikirkan sesuatu (Ehrman Susanto, 2018).
Cara menampilkan diri sangat penting. Mengekalkan bahasa badan yang positif sama ada dalam situasi rasmi atau santai memberi impak pada setiap tingkah dan sikap kita yang mudah didekati. Bahasa tubuh seseorang yang bersifat negatif membuatkan orang lain hilang minat dengan topik perbualan atau ucapan kita.
Oleh yang demikian, pandai-pandailah mengenal pasti bahasa tubuh seseorang yang menjadi lawan perbualan kita. Bacalah bahasa badan mereka dengan betul agar kita tidak tersalah anggap kerana kepelbagaian bahasa tubuh boleh menjadi sarkastik, melankolik, eudaimonik, hipokrit, antagonik dan protagonik.
* Azura Halid ialah seorang pencinta bahasa yang kini berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan.
* Artikel ini adalah pandangan peribadi berdasarkan bidang kerjaya penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Azura Halid
Tue Jan 30 2024
Bahasa tubuh mempunyai seni yang tersendiri dan merupakan sebahagian daripada kesantunan berbahasa dan cara kita berbudi bahasa. - Gambar hiasan/Unsplash
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud berkata dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu. Jelasnya, persaingan ini akan memberi manfaat dalam bentuk kos pengeluaran lebih rendah, perkembangan inovasi dan pelaburan lebih baik. #MesyuaratKhasWEF #WEF
[KOLUMNIS] Apa jadi kalau salah tingkah dan isyarat? Seni bahasa tubuh sendi budi bahasa
Bahasa tubuh adalah cerminan tingkah laku seseorang dalam pertuturan tanpa lisan.