awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Manfaat digitalisasi perlu inklusif, dirasai semua - Gobind
Lelaki disyaki bakar rumah abang ipar ditahan
Agong berkenan terima menghadap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jalan alternatif kurangkan kesesakan di Lebuhraya PLUS bakal dibina - Aminuddin

Bernama
Bernama
05/11/2025
13:15 MYT
Jalan alternatif kurangkan kesesakan di Lebuhraya PLUS bakal dibina - Aminuddin
Jalan alternatif bagi mengurangkan kesesakan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) terutama dari Senawang menuju utara akan dibina pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun. - Gambar fail/BERNAMA
SEREMBAN: Jalan alternatif bagi mengurangkan kesesakan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) terutama dari Senawang menuju utara akan dibina pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun.
Tanpa memperincikan lanjut, beliau berkata Kerajaan Persekutuan telah meluluskan pembinaan jalan baharu menghubungkan lebuh raya itu dengan laluan Nilai-Labu-Enstek (NLE) yang sedang dibina sejauh 18 kilometer dan dijangka siap pada Julai 2026.
"Kita dimaklumkan akan ada jalan dan Plaza Tol PLUS baharu dengan pembinaannya pada tahun depan. Projek berkenaan akan ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan tetapi pengurusan lanjut masih dalam perbincangan.
"Kita harap laluan baharu ini dapat mengurangkan kesesakan trafik dari Senawang ke Kuala Lumpur atau arah utara dengan laluan alternatif ini sebahagian daripada penyuraian segera," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini hari ini.
Sementara itu, Aminuddin yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata kerajaan negeri sentiasa bersiap siaga bagi menghadapi musim tengkujuh dengan pelbagai persediaan dilakukan bagi memastikan segala keperluan mencukupi sekiranya berlaku banjir.
Beliau berkata pihaknya turut mengadakan kerjasama dengan beberapa syarikat tempatan bagi memastikan bekalan makanan mencukupi sepanjang tempoh berkenaan.
"Beberapa kawasan berisiko telah dikenal pasti dan kita mengambil langkah berjaga-jaga dengan musim hujan juga tak menentu," katanya.
Dalam perkembangan berasingan Aminuddin berkata kes influenza di Negeri Sembilan dilaporkan menurun dengan tiada kes direkodkan pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-44 berbanding 27 kes pada minggu lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lebuhraya PLUS
#kurangkan kesesakan
#Lebuhraya Utara-Selatan
#Aminuddin Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan