KUALA LUMPUR : Berbaki masa kurang tiga minggu sebelum pertandingan akhir Miss Universe ke-69 yang akan dilangsungkan di Seminole Hard Rock Hotel Hollywood, Florida di Amerika Syarikat, perkara yang paling dinanti oleh peminat pertandingan ratu cantik itu pastinya persiapan wakil negara mereka.
Buat Francisca Luhong James yang bakal mewakili Malaysia ke pentas berprestij itu, persiapan semestinya sudah diteliti sejak dia bergelar juara Miss Universe Malaysia 2020 pada September tahun lalu.
Jika sebelum ini, Miss Universe Malaysia 2019, Shweta Sekhon menggayakan kostum bertema 'A Peranakan Indulgence' yang diinspirasikan daripada elemen Baba dan Nyonya, kali ini Francisca bakal mempersembahkan tema unik iaitu representasi suasana kampung yang ada di negara ini.
Kostum kebangsaan itu adalah merupakan cetusan idea pereka tempatan, Carven Ong dengan kerjasama Wesley Hilton of Borneo Doll dan mengangkat elemen dari empat budaya berbeza iaitu masyarakat Orang Asli, Melayu, Dayak dan Orang Ulu.
"Kostum ini menggambarkan elemen sebenar yang terdapat pada kampung di Malaysia dan menimbulkan perasaan nostalgia apabila melihatnya.
“Lebih istimewa, ia dibina tanpa menggunakan sebarang paku," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI.
Jelas Carven lagi, kostum seberat 45 kilogram ini disiapkan dalam tempoh tiga bulan bagi memastikan Francisca dapat melakukan latihan serta mempersembahkannya dengan lancar pada acara itu kelak.
Antara elemen yang terdapat pada kostum kebangsaan berkenaan, ayam serama, songket, batik serta tikar mengkuang yang dianyam seperti bentuk bunga raya.
Lebih mengujakan, terdapat elemen pertukaran ketika Francisca mempersembahkan kostum itu.
Menerusi satu majlis yang diadakan di ibu kota pada Selasa, pihak pengurusan organisasi Miss Universe Malaysia (MUMO) turut mendedahkan gaun malam yang akan digunakan oleh Francisca pada pertandingan akhir tersebut.
Menurut pengarah kebangsaan organisasi ratu cantik tersebut, Datin Elaine Daly, kali ini pihaknya berkolaborasi dengan pereka Rizman Ruzaini bagi menghasilkan gaun malam yang diinspirasikan oleh lagenda Puteri Sejinjang.
"Ini bukan kali pertama Rizman Ruzaini bekerjasama dengan pihak kita. Saya berharap untuk Francisca sendiri, dengan segala persiapan yang dilakukan dia dapat melakukan yang terbaik untuk negara," kongsinya.
Bukan itu sahaja, kata beliau, secara tradisinya wakil Malaysia akan dipersiapkan dengan satu lagi persalinan gaun malam rahsia.
Buat pereka Rizman Ruzaini, adalah penting untuk menonjolkan elemen peribadi seperti personaliti dalam rekaannya itu bagi menyerlahkan lagi keyakinan serta keberanian pemakai.
"Konsepnya berkaitan Puteri Sejinjang, menggambarkan kecantikan alam, flora dan fauna. Warna gaun malam ini pula representasi kepada laut dalam lagenda Puteri Sejinjang di Sarawak yang juga merupakan tempat kelahiran Francisca," ujarnya dalam majlis sama.
Manakala, bagi Francisca sendiri, dia berbangga kerana dapat mewakili negara dalam pertandingan berprestij itu.
Katanya, ini adalah peluang sekali seumur hidup buatnya untuk mempamerkan keistimewaan Malaysia terutamanya budaya etnik minoriti di negara ini.
"Ini kali pertama Malaysia diwakili oleh seorang Bumiputera Sarawak iaitu saya sendiri. Jadi saya berharap saya dapat melakar sejarah untuk negara kita," katanya.
Francisca turut menyeru rakyat Malaysia untuk terus menyokongnya sepanjang pertandingan itu berlangsung.
Pertandingan Miss Universe kali ini menampilkan sistem undian bagi melayakkan seorang peserta dipilih ke Top 21 (tangga 21 teratas).
Undian boleh dilakukan menerusi Aplikasi Miss Universe di Google Play dan Apps Store untuk memilih peserta kegemaran masuk ke jajaran semi final.
Tahun lalu Zozibini Tunzi dari Afrika Selatan dinobat sebagai Miss Universe 2019 menyaksikan negara itu merangkul kejuaraan kedua sejak Miss Universe Organization diambil alih oleh WWE/IMG Talent Agency.
Nickyson Nyambar
Tue Apr 27 2021
Francisca bakal membuat kejutan dengan membawa 'sekampung' ke pentas ratu cantik Miss Universe di Amerika Syarikat. - Instagram @missuniversemalaysia
Tren alternatif diaktifkan susulan air bertakung - Rapid KL
Perkhidmatan tren alternatif diaktifkan berikutan daripada air bertakung di landasan stesen Sri Rampai ke Wangsa Maju.
Al Sultan Abdullah gesa projek tebatan dipercepatkan
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menggesa projek tebatan banjir di Pahang dipercepatkan demi keselamatan dan keselesaan rakyat negeri itu.
[TERKINI] Sidang media tanah runtuh Taman Melawati
ACP Mohd Azam Ismail, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya
ICRC seru salur bantuan kemanusiaan ke Gaza
Lebih 400,000 orang masih terperangkap di utara Gaza untuk hari ke-10 ketika tentera Israel meneruskan pencerobohan darat ke atas kem Jabalia dan Beit Lahia.
"Anak-anak ini dipisahkan daripada keluarganya" - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Saifuddin memaklumkan bahawa kanak-kanak yang berusia dua, tiga tahun rindu malah tidak mengenali ibubapa mereka sendiri.
Kerajaan komited bantu mudahkan usahawan dapat sijil halal - Zulkifli
Pensijilan itu akan memberikan nilai tambah kepada perniagaan mereka selain meningkatkan kualiti dan diberkati sekali gus memperkasakan industri halal negara.
Sekurang-kurangnya 42,344 rakyat Palestin terbunuh dalam perang Israel di Gaza
Angka sebenar kematian dianggarkan jauh lebih tinggi, dengan ribuan mayat tertimbus dalam kemusnahan besar akibat serangan Israel.
"Kes GISBH ini agak bercelaru, seolah-olah tangkap muat" - Ermieyati
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati mengatakan bahawa tangkapan kes GISBH ini dilihat bercelaru.
"Kami pihak pembangkang sekali-kali tidak bertoleransi..." -Takiyuddin
Ahli Parlimen Kota Bharu mengajukan soalan kepada Menteri Dalam Negeri tentang adakah kes-kes yang disebutkan oleh KPN semuanya telah terbukti mempunyai 'sufficient evidence'?
AWANI Ringkas: GISB: Siasatan dilakukan ikut undang-undang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nenek 80 tahun bersaing rebut mahkota Miss Universe Korea
Pada Isnin, dia dan 31 peserta lain akan bersaing bagi merebut mahkota, sekali gus mewakili Korea Selatan di final Miss Universe di Mexico.
Graduan pergigian diangkat sebagai Miss Universe Arab Saudi yang pertama
Model dan graduan pergigian, Rumy Alqahtani menjadi perwakilan sulung negara tanah arab itu di persada global.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tiada wakil Malaysia ke Miss Universe di Israel
Organisasi Miss Universe Malaysia memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mengambil kira situasi pandemik COVID-19 ketika ini.
Ratu cantik Mexico dimahkota sebagai Miss Universe 2020
Andrea muncul sebagai gadis ketiga dari Mexico yang dimahkotakan sebagai Miss Universe.
Miss Universe Malaysia terima vaksin COVID-19 sebelum ke Hollywood
Menurut Francisca, dia hanya mengalami kesan sampingan ringan seperti sakit lengan dan pening kepala tidak lama selepas menerima suntikan tersebut.
Peragawati Halima Aden dedah rancangan jadi peserta Miss Universe berhijab pertama
Penyertaan dalam Miss Universe, kata Aden, adalah titik permulaan untuk dia memperkenalkan semula siapa dirinya yang sebenar.
Francisca Luhong, jelitawan Sarawak dinobat Miss Universe Malaysia 2020
Menepati ramalan, Francisca Luhong James dimahkotakan sebagai Miss Universe Malaysia 2020 pada Sabtu.
Malaysia juara National Costume Miss Universe 2019
Buat pertama kali dalam sejarah penganjuran Miss Universe, tahun ini Malaysia yang diwakili Shweta Sekhon berjaya raih kemenangan menerusi segmen National Costume.
Aura terserlah! Gadis Punjabi Shweta Sekhon dimahkota Miss Universe Malaysia 2019
Menepati ramalan, itu kata-kata penonton yang hadir pada malam gala Miss Universe Malaysia 2019 apabila Shweta Sekhon diumumkan sebagai pemenang.