MASIH ingatkah anda pada kisah seekor ular sawa yang dikerumuni ratusan kutu babi sehingga memerlukan ia menjalani rawatan selepas diselamatkan?
Sengkenit atau kutu babi adalah bintang parasit yang biasa ditemui di persekitaran kita.
Malah bagi sesetangah orang, pastinya pernah atau biasa terkena gigitan sengkenit atau ada sesetengahnya memanggilnya kutu babi.
Sebenarnya sengkenit adalah arakanid kecil dalam keluarga Ixodoidea dalam kelompok hama.
Ia merupakan ektoparasit (parasit luaran) yang hidup dengan menghisap darah pada mamalia burung dan kadang-kadang reptilia dan amfibia.
Namun tahukah anda bahaya sebenar binatang ini? Apakah virus sebenar yang dibawanya? Apa kesannya jika ia menggigit manusia?
BACA: Penangkap ular di Australia selamatkan ular sawa yang 'rimas' digigit lebih 500 kutu
Sebenarnya sengkenit atau kubu babi juga membawa virus yang tidak kurang bahaya kepada manusia.
Cuma ancamannya mungkin jarang didengari dan tiada laporan mengenainya direkodkan di Malaysia.
Ia sebenarnya membawa virus Congo atau CCHF yang boleh menyebabkan demam berdarah.
Virus ini boleh menyebabkan seseorang demam, sakit otot, pening, sakit kepala, sakit mata.
Malah pesakit juga boleh diancam berlakunya pembesaran limfa (lymphadenophaty) dan bintik-bintik merah yang menyebabkan pendarahan pada permukaan mukosa dalaman seperti mulut, tekak dan kulit.
Jika pesakit tidak mendapatkan rawatan dengan segera ia mampu menyebabkan masalah kesihatan yang lebih serius.
Ia termasuklah kerosakkan buah pinggang, kegagalan hati dan seterusnya boleh menyebabkan maut.
Bagaimanapun di Malaysia kita belum lagi mendengar mana-mana individu yang terkena jangkitan ini sehingga membawa maut.
Namun jika anda terkena gigitan sengkenit ini, segeralah mencabutnya dan mendpatkan rawatan yang sepatutnya.
Raja Hisyam Raja Zaid
Sun Jan 13 2019
Sengkenit atau kutu babi adalah bintang parasit yang biasa ditemui di persekitaran kita. -WikiWand.com
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
'Kutu babi' boleh membawa maut?
Sebenarnya sengkenit adalah arakanid kecil dalam keluarga Ixodoidea dalam kelompok hama.