awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Will Smith dituduh lakukan amang seksual terhadap pemain biola lelaki
Lelaki patah tangan, kaki kereta hilang kawalan rempuh bas
Lelaki dikhuatiri lemas selepas jatuh dari perahu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lambakan sampah plastik ini di Tioman! Lihat apa yang mereka lakukan...

Agensi
Agensi
18/09/2020
10:43 MYT
Lambakan sampah plastik ini di Tioman! Lihat apa yang mereka lakukan...
Seorang wanita mengasingkan sampah plastik yang ditemui di tepi pantai. - Foto/The Monkey Project via REUTERS
Setiap hujung minggu, sepasukan sukarelawan menyelusuri hamparan pantai di Pulau Tioman untuk mengumpulkan sampah plastik yang merosakkan pandangan pantai berpasir putih di pulau itu.
Berbeza dengan cara biasa, sampah yang dikutip ini dikitar semula menjadi palet plastik yang boleh digunakan untuk membuat pelbagai produk, seperti alat ganti atau peralatan rumah dan perabot.
"Plastik banyak digunakan sekarang, jadi tugas kami sangat sukar," kata Sydney Steenland, pengasas Sea Monkey Project, sebuah organisasi bukan kerajaan yang aktif mengitar semula bahan buangan di laut.
Steenland mengakui pencemaran akan berterusan selagi orang ramai terus menggunakan bahan plastik.
Petugas mengutip sampah yang ditemui. - The Monkey Project via REUTERS
Petugas mengutip sampah yang ditemui. - The Monkey Project via REUTERS
Heng Hiap, yang berpusat di negeri Johor, adalah salah sebuah dari syarikat yang bekerjasama dengan aktivis alam sekitar seperti kumpulan Sea Monkey Project, untuk mengumpul dan membuang sampah plastik dari perairan negara.
"Pencemaran laut merupakan masalah besar dan kami memutuskan untuk memberi perhatian kepada plastik yang dibuang di laut," kata pengasas syarikat itu, Seah Kian Hoe.
Sementara itu, kumpulan pemuliharaan Tabung Alam Sedunia (WWF) mengeluarkan laporan pada awal tahun ini yang menyatakan bahawa dari enam negara Asia, Malaysia adalah salah satu pengguna utama pembungkusan plastik, dengan berat sekitar 16kg (35 lb) bagi setiap individu, setiap tahun.
Laporan itu meninjau gaya hidup pengguna China, Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand dan Vietnam, yang dianggarkan menyumbang 60 peratus daripada kira-kira 8 juta tan plastik yang mencemari lautan setiap tahun.
Palet yang diproses oleh Heng Hiap itu dijual pula kepada syarikat lain seperti Kian, iaitu sebuah syarikat pembuat perabot.
"Setiap kerusi yang dihasilkan adalah berasal daripada sampah yang kita semua buang," kata Irene Lim, pengurus jenama perabot Kian.
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Pantai
#pencemaran
#plastik
#sampah
#sea monkey project
#Tioman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan