awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Lelaki berpakaian wanita itu dilaknat Nabi, walaupun untuk parodi'

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
17/12/2017
10:58 MYT
'Lelaki berpakaian wanita itu dilaknat Nabi, walaupun untuk parodi'
Wan Dazrin berkata, walau atas tujuan untuk bergurau, lelaki berpakaian atau meniru perilaku wanita adalah dilarang dalam agama Islam.
SEJAK kebelakangan ini, satu trend di mana lelaki menggayakan pakaian wanita dan merakamnya dalam bentuk video untuk tujuan parodi, dilihat semakin menjadi-jadi.
Bukan setakat berpakaian wanita, malah ada lelaki yang sanggup mengenakan solekan semata-mata atas tujuan yang sama, iaitu parodi.
Situasi itu membuatkan seorang personaliti dan penceramah agama, Wan Dazrin Wan Din, merasakan sudah tiba masanya masyarakat mengambil berat perkara ini.
Melalui kemas kini status di akaun Twitter, Wan Dazrin berkata, walau atas tujuan untuk bergurau, lelaki berpakaian atau meniru perilaku wanita adalah dilarang dalam agama Islam.
Maaf. Sy perasan semenjak 2 menjak ni bnyk video parodi lelaki jdi prmpuan Kalian, Nabi laknat. Bkn dlm umat Nabi. Tiru gaya perempuan. Pakai mcm perempuan dgn sengaja. Dlm kitab Fathul Bari: At Tobari kata laknat tu means aram& Syeikh Abu Muhammad bgthu ia osa besartau https://t.co/iR6rC5D6fp
— Da'i Wan (Official) (@wandazrin) December 16, 2017
"Kalian, Nabi laknat (perbuatan itu). Bukan dalam umat Nabi. Tiru gaya perempuan. Pakai macam perempuan dengan sengaja.
"Dalam kitab Fathul Bari: At Tobari, laknat didefinisi sebagai haram dan Syeikh Abu Muhammad beritahu ia dosa besar," tulisnya.
Peringatan oleh Wan Azrin itu disokong oleh netizen yang menganggap sudah tiba masanya perbuatan itu ditegur.
Kata mereka, agak pelik apabila golongan transgender dikritik hebat oleh netizen namun perbuatan melakukan parodi dibiarkan sahaja atas tiket 'melawak'.
Bagus Da Wan. Berani bersuara kerana benar. Kadang nyampah gak ngn orang zaman skrg. Nasihat sikit cakap cepat trigger . Kalau xleh tegur sampai bila islam(melayu) nak maju Keep it up bos @wandazrin https://t.co/5Ed27bHtBU
— Foo-ad (@FuadIqBalAlbkHr) December 16, 2017
Lawak pun ada batas. Terima kasih atas perkongsian ilmu Da'i Wan. P/S : Bilangan wanita/perempuan dah lebih ramai dari lelaki.Tak perlu lah kaum lelaki menambah-nambah. https://t.co/8TcAQOBEor
— Irfan Haiqal (@EfanHaiqal) December 16, 2017
Yang peliknya ada yang cakap untuk hiburan tidak mengapa. Adik, pi perbetulkan bacaan al-Fatihah tu dulu! Terima kasih Da'i Wan! https://t.co/LD0rXDL85p
— LELAKI MANIS(@haniffyusoff) December 17, 2017
Finally ada juga ustaz yang bersuara. Terima kasih, ustaz @wandazrin https://t.co/O6GXgIkPP1
— S.I (@fiqisz) December 17, 2017
Sejak dimuat naik semalam, status itu telah menerima lebih 36,000 retweet dan 14,000 likes.
Topic Berkaitan
#Islam
#lelaki
#parodi
#Wan Dazrin Wan Din
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan