Buat mereka yang ada cuti raya berlebihan tu dan tak tahu nak pergi mana, tahukah anda ada lima negara di Asia yang sudah membuka sempadan negara mereka untuk tujuan pelancongan.
Sudah dua tahun berada dalam fasa pandemik, seronok juga sekali-sekala keluar bercuti di luar negara ni, yang penting dekat dan tidak terlalu mahal.
Jom semak lima negara yang anda boleh kunjungi selepas lebaran ini:
1. Singapura
Jiran Malaysia ini sudah mengemaskini prosedur operasi standard (SOP) mereka dengan melonggar beberapa syarat untuk penduduk serta pelancong luar.
Mereka yang telah lengkap status vaksinasi tidak perlu lagi mengambil ujian COVID-19 untuk memasuki Singapura. Selain itu, pemakaian pelitup muka hanya wajib ketika berada di ruangan indoor.
Lebih menyenangkan, anda tidak perlu lagi menggunakan aplikasi TraceTogether untuk check-in (kecuali di acara besar yang lebih 500 orang). Menarik kan? Boleh la lajak ke Singapura kalau beraya di negeri Johor nanti.
2. Indonesia
Siapa sahaja yang tak merindui makanan Indonesia, masyarakatnya yang ramah dan seni budayanya yang sentiasa terpelihara.
Bagi pelancong luar, anda sudah tidak perlu menjalani tempoh kuarantin sebaik sahaja tiba di sana.
Tetapi, anda perlu menyediakan keputusan ujian COVID-19 dalam tempoh dua hari sebelum berangkat, insuran COVID-19, lengkapkan tempahan hotel minimum untuk 4 hari di mana-mana hotel yang diiktiraf CHSE.
Anda juga perlu muat turun aplikasi ‘PeduliLindungi’ dan ‘Karantina Presisi’ di telefon bimbit anda.
3. Thailand
Rindunya nak makan makanan Thai, main pantai, ‘masat kaki’ dan bergembira di Thailand! Jika anda merindui Phuket atau Krabi, lepas raya ni dah boleh plan trip anda.
Menjejakkan kaki di Thailand, anda tidak perlu menjalani tempoh kuarantin. Malah, mereka yang lengkap status vaksinasi tidak perlu lagi menjalani ujian COVID-19 ketika ketibaan.
Anda cuma perlu mendaftar diri untuk pas masuk melalui Thailand Pass dan sediakan sijil lengkap vaksinasi anda.
4. Korea Selatan
Anyeong! Peminat Kpop dah boleh siap packing beg untuk percutian epik ke Korea Selatan setelah sekian lama.
Berita baiknya, anda tidak perlu lagi menjalani tempoh kuarantin tetapi dengan beberapa syarat.
Anda perlu mematuhi beberapa prosedur antaranya membuat ujian PCR COVID-19 dalam tempoh dua hari sebelum berangkat, satu ujian PCR sebaik tiba, menggunakan K-ETA (alat khas buat pelancong tanpa visa) dan juga dapatkan Q-Code setelah anda dapat ujian keputusan PCR sebelum berangkat.
Dengan patuhi semua arahan ini, anda akan dikecualikan dari kuarantin!
Selain itu anda perlu lakukan ujian rapid COVID-19 pada hari keenam anda berada di sana. Jadi, boleh bawa test kit sendiri dari Malaysia.
5. Maldives
Antara lokasi yang menjadi idaman ramai pengantin baru untuk berbulan madu!
Terkenal dengan air laut yang jernih, putihnya pasir pantai dan resort yang mewah, anda dah boleh pertimbangkan keputusan untuk berkunjung ke negara cantik ini!
Anda tidak perlu lagi kuarantin jika keputusan ujian COVID-19 anda negatif. Anda cuma perlu mengisi borang deklarasi kesihatan setibanya di sana. Selamat melancong!
*Artikel asal di Gempak
Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, permotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Gempak
Sun May 01 2022
Maldives terkenal dengan air laut yang jernih, putihnya pasir pantai dan resort yang mewah. -Freeimages
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Serangan dron Iran tidak akan berlaku sekiranya Israel berhenti seksa rakyat Palestin - Pakar
Serangan dron oleh Iran ke atas Israel tidak akan berlaku sekiranya rejim Zionis itu menghentikan kedegilan dan kerakusan membunuh dan menyerang rakyat Palestin.
MITEC dinobat sebagai Pusat Konvensyen Terbaik Asia, Malaysia 2023 oleh World MICE Awards
Venue pertama dibina khas di Malaysia untuk mesyuarat, persidangan, pameran dan acara gaya hidup yang merangkul anugerah berprestij itu.
Bursa Malaysia lepasi paras 1,500 selepas setahun
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) telah melepasi paras 1,500 mata.
Lebih 1,700 individu ditahan dalam operasi senjata Interpol di Asia
Lebih 1,700 suspek ditahan di 10 negara Asia dalam operasi besar-besaran terhadap penyeludupan senjata api haram, kata Interpol.
Pasaran saham global dijangka melonjak tahun depan - Goldman Sachs
Unjuran itu termasuk jangkaan pulangan harga lapan peratus dan jumlah pulangan kepada 10 peratus untuk saham global pada tahun depan.
Australia mahu layak awal ke Piala Dunia 2026
Australia terpaksa memenangi playoff menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk ke Qatar tahun lalu selepas terlepas kelayakan langsung.
Sukan skuasy dipertandingkan di Olimpik 2028
Skuasy bakal dipertandingkan di pentas Sukan Olimpik 2028 (LA28) selepas mendapat kelulusan Lembaga Eksekutif Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dalam satu mesyuarat yang berlangsung di Mumbai.
Peruntukan RM30 juta bukti kerajaan mahu Malaysia jadi hab e-sukan diiktiraf
Ketua Yoodo Chow Tuck Mun berkata e-sukan dilihat semakin berkembang, malah terdapat banyak bakat tempatan dan pemain yang berjaya mencipta nama dalam sukan itu.
Malaysia antara peminum kopi terbanyak di Asia Pasifik
Rakyat Malaysia secara purata meminum 107 cawan kopi pada tahun 2021 berbanding hanya 52 cawan pada empat tahun sebelumnya.
Keberkesanan servis boleh jadi kunci rampas emas Thailand
Senjata yang diperlukan skuad negara untuk mengatasi Thailand adalah menerusi servis konsisten yang menghasilkan mata atau sekurang-kurangnya menyukarkan pemain lawan.