KUALA LUMPUR: Syarikat pengeluar perkakasan elektronik terkemuka di Malaysia, LG Electronics Malaysia (LG) melancarkan produk terbaharunya Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare bagi memantapkan barisan produk jenama LG PuriCare di pasaran.

Berkonsepkan servis layan diri secara menyeluruh, Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare dilengkapi fungsi sterilisasi automatik, pengganti penapis mudah, langganan penapis dan Sistem Penapis Puri 4 Peringkat.

Menurut Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia, Justin Choi, produk terbaharu dengan inovasi moden ini menawarkan penyelesaian buat pengguna terutama dari sudut keselamatan minuman seharian serta penyelenggaran yang rumit.

"Produk terbaharu ini dilengkapi dengan ciri-ciri unik iaitu sterilisasi secara automatik, pengganti penapis mudah serta langganan penapis.

"Pertama, sterilisasi automatik ini akan dapat memsterilisasikan paip keluli tanpa karat dan saluran air pada masa ditetapkan, ia juga mampu membunuh 99.99 peratus kuman.

"Sudah tentu ini memudahkan kepada pengguna dengan kualiti hidup lebih baik," jelasnya.

Selain itu jelasnya, produk penulen air terbaharu itu turut dilengkapi ciri-ciri memudahkan pengguna menggantikan penapis air setiap enam bulan.

Pengguna jelasnya hanya perlu menarik dan pusing penapis untuk digantikan dengan penapis yang baharu.

"Kami akan menghantar penapis baharu sehingga ke depan pintu pengguna, sangat mudah untuk menggantikan penapis, hanya mengambil masa beberapa minit sahaja, sudah tentu ini amat menyenangkan para pengguna.

"Penghantaran penapis akan dibuat setiap enam bulan seperti dijadualkan, jadi pengguna tidak perlu menunggu untuk membuat temujanji bagi penyelenggaraan, sebaliknya boleh dilakukan sendiri dan lebih jimat," katanya lagi.

Selain itu, kata Justin, produk terbaharu itu turut dilengkapi dengan Sistem Penapis Puri 4 Peringkat.

Ia mampu menyingkirkan sembilan jenis logam berat, 99.99% Norovirus, pelbagai kuman, zarah halus dan bahan cemar berbahaya.

Malah Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare tambahnya, turut dilengkapi cirian sterilisasi ultraungu (UV) bagi mensterilkan dalaman paip keluar air setiap jam mengikut kehendak pengguna.

Produk terbabit boleh dihubungkan dengan aplikasi LG ThinQ, dimana pengguna boleh memeriksa status mesin penulen air mereka dan menjadualkan proses sterilisasi melalui telefon pintar.

Turut dilengkapi, panduan suara bagi memudahkan para pengguna mendapat arahan langkah bagi proses sterliasasi bersuhu tinggi serta tetapan fungsi.

Dari sudut harga pula jelas Justin, LG sentiasa menawarkan produk premium dengan harga berpatutan buat pengguna.

"LG amat mementingkan pengguna, jadi kita tawarkan produk berkualiti premium dengan harga berpatutan iaitu sewaan bulanan serendah RM60 atau pembelian harga langsung RM3,200.

"Untuk pengguna yang berminat boleh mendapatkan produk ini di pusat jualan LG yang sah berhampiran rumah anda, atau dalam talian menerusi laman rasmi kami di platform e-dagang Lazada dan Shopee," katanya lagi.

Didatangkan dengan tiga varian warna iaitu biru kelasi, perak dan putih, pengguna yang berminat mendapatkan Penulen Air Tanpa Tangki layan Diri LG PuriCare boleh melayari laman sesawang rasmi LG untuk maklumat lanjut.

*Artikel ini adalah kandungan berbayar.