KUALA LUMPUR: Berdakwah bukan semestinya menerusi ceramah semata-mata dan ini yang dilakukan oleh Asni Abu Mansor yang menggunakan seni kemahiran melukisnya untuk menyampaikan ilmu dakwahnya.
Asni yang juga seorang 'hafizah', mula menggunakan lukisan sebagai wadah untuknya menyampaikan dakwah ketika mengembara di sesuatu tempat bersejarah.
Sehingga kini, pendakwah tersohor Malaysia berusia 46 tahun ini sudah menghasilkan hampir 300 lukisan sejak mula aktif melukis sejak tahun 2013.
"Saya sebenarnya gemar melukis sejak kecil lagi dan bakat melukis ini adalah semula jadi, tiada pendidikan khusus. Anak-anak dan ibu saya, Rokiah Suhada, 84, banyak memberi sokongan padu untuk saya giat melukis, " Asni yang sudah berkecimpung hampir 20 tahun dalam bidang dakwah, berkongsi perjalanan dakwah dan kisah hidupnya dengan Bernama baru-baru ini.
Beliau yang mempunyai Diploma Tahfiz Al-Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan mendapat sanad ijazah Al-Quran dari Masjidil Aqso Palestin mempunyai empat orang cahaya mata iaitu Yasmin Sofea Mohd Nasir, 23, Muhammad Adam Shauqi Mohd Nasir, 22, Maryam Hani Mohd Nasir,20 dan Muhammad Naufal Kholili Mohd Nasir,16.
KEPUASAN SEBENAR
Sehingga kini, antara lukisan yang dihasilkan oleh Asni ialah potret Masjid Nabawi ketika mengunjungi Madinah dan Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis sewaktu menziarahi Palestin. Dalam kunjungan ke bandar Sarajevo ketika menjalankan misi bantuan di Bosnia-Herzegovina, Asni menghasilkan lukisan memaparkan keindahan bunga-bungaan yang dilihat di bandar berkenaan.
"Bagi saya, melukis juga satu wadah dakwah dalam bentuk visual, yang mampu menyentuh hati orang-orang yang memiliki jiwa seni. Kadang kala melalui seni lebih mudah sampai apa yang ingin disampaikan, biarpun tanpa seribu bicara atau seribu bahasa tetapi ia mudah disampaikan," katanya.
Menurut Asni yang berasal dari Gemas, Negeri Sembilan, menjadi kelaziman untuknya membawa alat melukis walau di mana sahaja beliau berada dan akan singgah di sesuatu tempat untuk mengabadikan tempat itu dalam bentuk lakaran.
"Ini cara saya untuk menyampaikan sesuatu kepada masyarakat menerusi lukisan. Sebenarnya setiap tempat yang saya pergi, saya akan abadikan satu lukisan sebagai satu kenangan dan dari situ sebenarnya saya menyimpan maklumat tentang tempat-tempat yang saya lukiskan itu," katanya, sambil menambah, berkarya melalui lukisam satu nikmat kepuasan dan terapi diri.
Selain sebagai koleksi simpanan, terdapat juga lukisan yang dihasilkannya dijual dengan harga antara RM300 hingga RM10,000. Harga lukisan bergantung kepada nilai sesebuah lukisan terbabit. Antara yang menempah lukisan pendakwah itu termasuk golongan selebriti, peminat serta ahli perniagaan.
Ada juga lukisan yang dijual kemudian didermakan kepada kepada golongan tidak bernasib baik dan juga ketika menjalankan misi bantuan di beberapa negara.
Selain itu karya seni Asni turut dipamerkan dalam beberapa program islamik di stesen televisyen antaranya dalam program "Ku Seru NamaMu" yang berteraskan 99 nama Allah (terbitan TV Alhijrah). Program berkenaan menampilkan Asni berdakwah sambil menghasilkan lukisan.
IKTIBAR KISAH ELEPHANT ROCK
Pada 12 Nov 2021, Asni berkesempatan melawat sebuah tempat yang bersejarah serta melukis sebuah potret iaitu satu kawasan peninggalan kaum di zaman Nabi Saleh iaitu di Al-Ula, Arab Saudi.
Al-Ula terletak di sebelah utara Arab Saudi yang merupakan satu wilayah menarik dan menjadi destinasi pelancongan popular di negara itu.
Di Al-Ula terdapat sebuah batu yang digelar Elephant Rock atau disebut Batu Gajah manakala penduduk tempatan menggelarkan tempat itu sebagai Jabal AlFil.
Dengan ketinggian 52 meter, Elephant Rock membentuk seperti gajah dan belalainya menyentuh tanah.
Sewaktu mengunjungi tempat berkenaan, Asni turut mengambil peluang ketika waktu senja untuk melukis gambar Elephant Rock dan baginya, ia menyimpan kisah tersendiri yang perlu dijadikan iktibar buat umat Islam pada masa kini.
"Apa yang ingin saya sampaikan menerusi lakaran karya di Elephant Rock, Al-Ula adalah bahawa betapa beruntungnya kita menjadi umat Nabi Muhammad SAW yang mana azab kita tertangguh dan kita diberi peluang untuk memohon ampun kepada Allah SWT, sedangkan umat lain (umat kaum nabi lain) mereka terus diberikan azab secara segera.
"Tempat ini (Elephant Rock) merupakan tempat bersejarah di mana di situlah kesan laknat Allah untuk kaum Tsamud yang mengingkari perintah Allah. Batu-batu yang terdapat di sini adalah kesan yang ditinggalkan Allah ketika Allah menghancurkan kaum Tsamud yang merupakan kaum Nabi Saleh yang ingkar dengan perintah Allah dengan menurunkan ribut petir kuat sehingga hancur dan pecah batu-batu di situ. Ia menjadi saksi kepada kita bahawa azab Allah itu benar," jelasnya.
Justeru Asni turut menggalakkan masyarakat untuk mengembara dan melihat sendiri bagaimana kesan yang telah Allah tinggalkan untuk kaum yang mendustakan perintah Allah.
PENDUDUK TEMPATAN KAGUM
Ketika Asni melakarkan lukisan berkenaan, ia turut menarik perhatian penduduk Arab Saudi yang tidak melepaskan peluang untuk sama-sama melihat dan menanti hasil lukisan pendakwah Malaysia itu.
Rakan karib Asni, Nordiana Arshad, 36, yang sudah enam tahun menetap di Madinah al-Munawwarah berkata sejak mula Asni melukis, seorang demi seorang wanita Arab datang mendekati Asni yang sedang asyik melukis.
"Semasa Ustazah Asni melukis, datang seorang demi seorang wanita Arab untuk melihat dengan lebih dekat potret yang sedang dilakarkan. Mereka nampak kagum dan ada yang memberitahu saya bahawa ini kali pertama mereka lihat ada wanita yang melukis di sini," katanya.
Nordiana yang berasal dari Klang, Selangor turut menemani Asni melawat tempat berkenaan dan bersama dengan beliau ketika melukis. Penduduk tempatan, katanya, tidak melepaskan peluang mengambil gambar serta merakam video ketika Asni melukis untuk dijadikan kenangan.
"Selesai menghasilkan karya, ustazah Asni turut membacakan beberapa surah yang berkaitan dengan kaum Tsamud dan Nabi Saleh antaranya Surah Al-Fil membuatkan ramai yang terpegun, termasuk pelancong asing dan penduduk tempatan.
"Mereka kelihatan sangat terpesona mendengar kemerduan suara ustazah mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran," kata Nordiana yang bertugas sebagai jururawat di Unit Hemodialisis di Hospital Madinah.
Dalam pada itu, Nordiana berkata Al-Ula merupakan peninggalan sejarah Islam dan ia termaktub dalam Al-Quran mengenai kisah kaum nabi Saleh yang ingkar atas perintah agama.
"Melawat di sini memberikan ibrah atau peringatan kepada kita tambahan pula sekarang kerajaan Arab Saudi sudah membuka tempat ini menjadi tempat pelancongan utama untuk seluruh dunia datang melawat sejarah yang terdapat di sini dengan terdapat pelbagai aktiviti disediakan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 03 2022
Salah satu hasil lukisan Asni yang memaparkan doa Nabi Aiyub di dalam Surah Al-Aanbiya'. - Instagram asnimansor
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
Keutamaan negara Asia Barat untuk penuhi hasrat rakyat Palestin
Sekiranya Palestin diberikan negara dan kebebasan, mana-mana pihak tidak perlu lagi campur tangan dan tidak ada lagi konflik di Timur Tengah.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia dalam tiga hasrat
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjadi platform untuk Malaysia menggemakan keterbukaan jalinan kerjasama untuk melonjakkan ekonomi negara.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
Melakar potret sambil berdakwah
Asni mula menggunakan lukisan sebagai wadah untuknya menyampaikan dakwah ketika mengembara di sesuatu tempat bersejarah.