Putrajaya sebagai pusat pentadbiran kerajaan persekutuan memang sibuk suasananya pada siang hari, dikunjungi pelbagai golongan masyarakat yang mempunyai urusan di pejabat agensi dan kementerian di sini.
Namun kerancakan suasana di sini akan menjadi sepi pada malamnya, kerana majoriti penduduk yang tinggal di sini ialah penjawat awam dan pekerja pejabat.
Putrajaya sebenarnya bukan sekadar pusat pentadbiran kerana bandar ini menawarkan pelbagai kemudahan riadah dan kawasan istirehat hujung minggu yang terdiri daripada kombinasi kehijauan taman, ketenangan tasik yang luas dan kemegahan seni bina bangunan serta jambatan dengan reka bentuk moden.
DESTINASI HARUS DILAWATI
Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Aseh Che Mat berkata menyedari hakikat itu, PPj mewujudkan Program Alami 1Putrajaya (AL1P) yang bertujuan membawa orang ramai melawat Putrajaya dan menanam semangat sayangkan Putrajaya.
Kumpulan pertama AL1P diadakan bulan lepas yang disertai penduduk dari kawasan Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
PPj juga menyediakan video dan laman web yang mengenengahkan aspek pelancongan di Putrajaya.
Beliau berkata penggunaan Bas Nadi Putra juga akan dimaksimumkan untuk membawa pelawat dari Kuala Lumpur ke Putrajaya pada hujung minggu.
"Kami juga bekerjasama dengan Putrajaya Holdings untuk menggalakkan lebih banyak pembangunan komersial di Putrajaya," jelas Aseh.
PROGRAM MENARIK
Menepati hasrat sebagai bandar yang harus dilawati, PPj juga merangka beberapa acara utama dalam kalendar acara Putrajaya bagi tahun 2013 termasuk mengadakan enam kali pertandingan memancing bagi mempromosi Tasik Putrajaya iaitu sempena Hari Wilayah Persekutuan, Hari Belia, Hari Kemerdekaan, Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Piala Presiden dan Piala CEO Putrajaya Holdings.
"PPj juga akan menganjurkan acara sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan termasuk Karnival 'WOW! PUTRAJAYA' pada Februari 2013," katanya.
Jadual padat PPj tahun depan termasuk penganjuran sambutan Hari Belia pada bulan Mei, dan Festival Bunga dan Taman (FLORA), pada Jun.
Selain itu, bagi memastikan suasana malam meriah di Putrajaya, beberapa inisiatif dilaksanakan PPj antaranya, membangunkan info kiosk, kiosk F&B, kiosk menjual cedera mata dan barang serbaneka di Dataran Putra serta sepanjang Persiaran Perdana.
"Sisiran tasik Putrajaya, jambatan dan bangunan-bangunan tertentu akan dihias dengan pemasangan lampu LED pelbagai warna untuk menyuntik keceriaan di malam hari.
"Kami juga bekerjasama dengan pihak kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi menganjurkan acara pada sebelah malam seperti Putrajaya Night Marathon, 12-hour Walk Championship, Triathlon dan sebagainya," ujar beliau.
PELAN INDUK
Aseh berkata pada tahun 2011, PPj merekodkan kedatangan pelancong seramai 4.7 juta berbanding 3.0 juta pengunjung pada tahun 2010 dan daripada jumlah itu, 2.8 juta adalah pengunjung acara, manakala bakinya adalah pelancong.
Beliau berkata pelan induk Putrajaya menetapkan bahawa kawasan pembangunan Putrajaya secara keseluruhannya meliputi antara 38 peratus hingga 40 peratus kawasan lapang, landskap, tasik dan tumbuhan semula jadi.
"Di Putrajaya pembangunan dan pengekalan alam semula jadi adalah seimbang, malah dalam beberapa keadaan kami memperbaiki atau membawa kembali alam semula jadi dalam persekitaran bandar," katanya.
Aseh turut menambah, tasik dan Wetland Putrajaya telah terbukti sebagai sistem pengurusan air terbaik yang diberi pengiktirafan dunia oleh UNESCO-IHP-Ecohydrology.
PUTRAJAYA DI MATA DUNIA
PPj banyak terlibat dalam persidangan antarabangsa terutama berkaitan perancangan bandar, alam sekitar dan kesejahteraan komuniti.
Jaringan di peringkat antarabangsa adalah penting bagi PPj mempromosi Putrajaya kerana Putrajaya adalah sebuah bandar yang dibina pada alaf 2000.
Terbaharu ialah penyenaraian Putrajaya di peringkat akhir untuk anugerah The International Awards For Livable Communitie 2012 di Al-Ain City UAE pada penghujung November.
Malah, tasik dan Wetland Putrajaya juga tersenarai sebagai satu daripada enam lokasi di dunia sebagai tapak projek eco-hydrological di bawah UNESCO-IHP pada 2011.
Bernama
Thu Nov 29 2012
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Penyatuan, keamanan misi mencabar untuk Syria
Ketegasan pemimpin Syria yang tidak mahu adanya campur tangan kuasa besar, dianggap tindakan bijak bagi mengelakkan Syria kembali berpecah.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
Menghidupkan Putrajaya buat semua
Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Aseh Che Mat berkata menyedari hakikat itu, PPj mewujudkan Program Alami 1Putrajaya (AL1P) yang bertujuan membawa orang ramai melawat Putrajaya.