awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#MSMW2016: Media sosial kini platform pemasaran paling efektif

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
10/03/2016
00:08 MYT
#MSMW2016: Media sosial kini platform pemasaran paling efektif
Facebook dan Instagram contohnya, menjadi satu cara untuk ramai pengguna khususnya belia, untuk memperkenalkan produk dan memasarkan perniagaan.
PENGGUNAAN media sosial kini tidak terhad sebagai medium untuk mengeratkan hubungan sesama rakan dan keluarga, tetapi kini ia semakin meluas dengan menjadi sumber untuk menjana ekonomi.
Facebook dan Instagram contohnya, menjadi satu cara untuk ramai pengguna khususnya belia, untuk memperkenalkan produk dan memasarkan perniagaan.
Media sosial, jika digunakan semaksimum mungkin, tidak mustahil boleh menjadi medium pemasaran paling utama sesebuah perniagaan.
Bagi ahli perniagaan yang menggunakan media sosial sebagai medium pemasaran utama, peraturan pertama untuk berbuat demikian adalah memastikan akaun laman sosial sentiasa aktif dan kerap dikemas kini.
Penny Choo, pengasas dan Ketua Pegawai Operasi BloomThis, berpendapat, hubungan dengan pengikut akaun media sosial perlu diwujudkan terlebih dahulu. Perkara ini dapat dilakukan dengan cara meletakkan style atau gaya isi kandungan yang dekat dengan masyarakat.
Lebih mesra
Sebagai contoh, penggunaan gambar yang cantik dan bahasa yang lebih mesra, akan menarik orang ramai untuk membeli barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan.
Pakar media sosial, Kirsten Jassies pula menasihatkan agar mereka yang mahu menggunakan laman media sosial secara efektif dalam strategi pemasaran, agar memilih satu platform terlebih dahulu.
"Adalah lebih baik menggunakan dan menumpukan satu platform sahaja. Pilih satu yang paling dekat dengan pelanggan sasaran anda," kata Jassies.
Menggunakan lebih dari satu platform, kata Jassies, boleh membawa masalah dari segi pengurusan.
Jassies antara speaker yang membuat pembentangan di Minggu Media Sosial 2016 yang kini sedang berlangsung di kampus Universiti Lim Kok Wing, Cyberjaya.
Persidangan tahunan kali kelima itu bermula 7 Mac lalu dan akan berakhir 11 Mac ini.
Topic Berkaitan
#SMW2016
#Social Media Week 2016
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan