awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Negara harus diselamatkan daripada ancaman fahaman perpecahan - PM Anwar
PLUS–RELA ganding bahu lancarkan trafik musim perayaan
AI.com milik rakyat Malaysia dijual AS$70 juta: Ini 5 perkara menarik!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar diterima Stanford selepas tulis #BlackLivesMatter 100 kali sewaktu memohon

Syafique Shuib
Syafique Shuib
05/04/2017
05:31 MYT
Pelajar diterima Stanford selepas tulis #BlackLivesMatter 100 kali sewaktu memohon
Ziad Ahmed terkejut diterima masuk ke Stanford dengan hanya menulis #BlackLivesMatter 100 kali dalam borang permohonan. -Gambar: Twitter/Ziad Ahmed
SEORANG pelajar berbangsa Bangladesh-Amerika menerima tawaran ke Universiti Stanford, Amerika Syarikat dengan hanya menulis #BlackLivesMatter 100 kali dalam borang permohonan.
Ziad Ahmed, 18, yang merupakan seorang aktivis belia ternyata terkejut dengan keputusan ini kerana universiti berprestij ini hanya menerima jumlah pelajar yang terhad pada setiap penggal.
Memetik laporan The Telegraph, Ziad ditanya soalan “Apa yang penting untuk anda dan kenapa” dalam bahagian esei permohonan.
Beliau menulis #BlackLivesMatter 100 kali sebagai satu langkah kreatif untuk menjawab soalan itu.
I submitted this answer in my @Stanford application, & yesterday, I was admitted...#BlackLivesMatter pic.twitter.com/R5YxM77bWL
— Ziad Ahmed (@ziadtheactivist) April 1, 2017
“Saya tidak sangka diterima masuk ke Stanford dan apa yang saya lakukan dianggap sebagai aset dan bukan liabiliti,” kata Ahmed kepada portal Mic.com.
Ahmed merupakan seorang aktivis belia dan pengasas Redefy, sebuah komuniti yang mengalakkan toleransi dan penerimaan diantara kaum.
Beliau juga pernah memberi ucapan di White House dan persidangan TEDx.
Topic Berkaitan
#Stanford
#Tedx
#White House
#Ziad Ahmed
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan