awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelancong pengsan selepas terpatahkan gelang jed bernilai hampir RM200,000

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
29/06/2017
03:00 MYT
Pelancong pengsan selepas terpatahkan gelang jed bernilai hampir RM200,000
Nilai dan harga gelang itu disahkan melalui satu sijil yang dikeluarkan oleh Ruili Gem and Jade Association, dan disokong oleh Pentadbiran Industri dan Perdagangan Ruili.
RAMAI daripada kita yang gemar mencuba barangan yang dijual di kedai, walaupun tidak berniat untuk membelinya.
Namun, insiden yang satu ini mungkin membuatkan anda berfikir berkali-kali untuk berbuat demikian lagi, apa lagi jika harga barangan yang mudah pecah atau rosak itu mencecah angka ribuan ringgit.
Seorang pelancong wanita di China, jatuh pengsan selepas secara tidak sengaja mematahkan sebentuk gelang jed, selepas mencubanya.
Wanita yang identitinya tidak didedahkan itu, pengsan apabila menyedari gelang tersebut berharga 300,000 yuan (RM190,000)!
Menurut laporan portal CGTN, kejadian berlaku ketika wanita itu mengunjungi pasar Jed Ruili Jiegao di wilayah Yunnan, pada Selasa.
Seorang pelancong wanita di China, pengsan selepas secara tidak sengaja mematahkan gelang jed, selepas mencubanya.
Seorang pelancong wanita di China, pengsan selepas secara tidak sengaja mematahkan gelang jed, selepas mencubanya.
Dia kemudiannya mencuba gelang jed berkenaan dan ketika gelang itu ditanggalkan, ia terlepas dari genggaman dan jatuh ke lantai.
Akibatnya, gelang itu patah dua.
"Dia pengsan sekejap apabila diberitahu harga gelang itu, tetapi tidak mengalami masalah kesihatan yang lain yang lebih serius," kata anak pemilik kedai itu kepada media tempatan.
Panicked tourist faints in jewelry shop after accidentally breaking a US$44,117 jade bracelet https://t.co/9HoLpsJSS7 pic.twitter.com/DIVyGftvJV
— People's Daily,China (@PDChina) June 28, 2017
Nilai dan harga gelang itu disahkan melalui satu sijil yang dikeluarkan oleh Ruili Gem and Jade Association, dan disokong oleh Pentadbiran Industri dan Perdagangan Ruili.
Insiden itu mendapat perhatian meluas di laman sosial China khususnya Weibo, dan netizen mempersoalkan mengapa barangan semewah itu dijual dalam pasaran terbuka seperti itu.
Pihak kedai itu kini dilaporkan sedang membincangkan cara terbaik untuk wanita itu membayar ganti rugi gelang tersebut.
Topic Berkaitan
#China
#gelang jed
#patah
#pelancong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan