HANYA untuk mendapatkan nombor giliran untuk membeli tudung, ratusan pelanggan sanggup bersesak bahkan berhimpit dan tolak-menolak sambil menjerit antara satu sama lain.

Begitulah situasi yang dipapar dalam video Facebook yang dimuat naik oleh pelakon Fizo Omar yang juga merupakan suami kepada Mawar Fareeda, pengusaha tudung jenama Fareeda.

Video berdurasi 16 saat itu memaparkan pelanggan yang bersesak untuk mendapatkan nombor giliran bagi pembelian koleksi baharu tudung Fareeda, Sweet Love.

Ambil no giliran utk dapatkan koleksi terbaru dari @fareedascarf sweet love

Posted by Fizo Omar on

Kebanyakan netizen mempertikaikan teknik promosi ini kerana menyebabkan pelanggan bersesak merebut nombor giliran.

Beberapa netizen turut berhujah bahawa situasi begini begitu ironik memandangkan Fareeda menjual tudung yang menjadi unsur pematuhan agama namun para pelanggan berhimpit tanpa mengenal jantina untuk mendapatkannya.

Komen netizen mengenai insiden pelanggan berhimpit ambil nombor giliran Fareeda - Foto Facebook/Fizo Omar