KUALA LUMPUR: Peredaran masa membawa bersama perubahan dalam kebanyakan aspek kehidupan termasuk pemakanan, dan sejak tahun-tahun kebelakangan ini kita dapat melihat "kegilaan", khususnya golongan muda, terhadap makanan dan minuman 'hipster' yang unik.
Antara yang popular ialah pisang goreng bersalut keju, teh ais boba dan 'Milo ais kepal' (ketulan ais dikisar dan dikepal sebelum disiram dengan cairan Milo pekat, susu krimer manis dan ditabur kacang hancur).
Kesemua makanan dan minuman ini mempunyai kandungan gula yang amat tinggi dan disifatkan oleh pakar kesihatan awam sebagai "keterlaluan".
Jika dilihat pada corak pemakanan sedemikian, tidak hairanlah apabila didapati berlaku peningkatan kes diabetes dalam kalangan orang muda berusia bawah 40 tahun di negara ini sejak 11 tahun yang lalu, dan ini bukanlah satu pencapaian yang boleh dibanggakan.
Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019, prevalens diabetes dalam kalangan orang dewasa Malaysia berumur 18 tahun ke atas menunjukkan trend peningkatan, bermula dengan 11.2 peratus pada 2011, meningkat kepada 13.4 peratus (2015) dan yang terkini, 18.3 peratus atau 3.9 juta orang daripada populasi negara (2019).
Statistik ini dijangka terus meningkat apabila survei NHMS dilaksanakan pada 2023 nanti.
Timbalan Pengarah Cawangan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD), Bahagian Kawalan NCD, Kementerian Kesihatan (KKM) Dr Feisul Idzwan Mustapha berkata pemakanan yang tidak sihat, termasuk makanan dan minuman hipster, merupakan antara faktor risiko utama peningkatan kes diabetes dalam kalangan warga muda saban tahun.
Menurutnya, pemakanan yang tidak sihat itu termasuklah pengambilan makanan secara berlebihan, makanan yang tinggi kandungan gula, lemak dan garam selain kurang makan sayur-sayuran, buah-buahan dan serat.
"Kita boleh lihat sendiri betapa hebatnya populariti pelbagai makanan dan minuman hipster dalam kalangan orang muda kita. Makanan ini pula amat mudah didapati walaupun di warung di tepi jalan, selain turut diiklankan secara meluas khususnya menerusi media sosial.
"Bagi mengira kandungan kalori, ini bergantung pada kuantiti makanan dan minuman yang diambil. Satu gelas teh boba (bersaiz 500 ml) misalnya, mempunyai kira-kira 300 hingga 500 kilokalori (kcal).
"Cuba bandingkannya dengan satu senduk nasi (75 kcal). Bermaksud, kilokalori satu gelas teh boba bersamaan lima senduk nasi. Sekeping pisang goreng berkeju bersaiz biasa pula mempunyai 190 kcal. Bayangkan betapa tingginya kandungan gula dalam makanan viral sebegini," katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.
Beliau berpandangan antara faktor produk sedemikian begitu popular dalam kalangan generasi muda ialah kerana sifat golongan itu yang mudah terpengaruh dengan hantaran media sosial dan strategi pemasaran peniaga serta pempengaruh media sosial dan rakan sebaya.
Menurut beliau, corak pemakanan tidak sihat itu juga lazimnya bermula sedari peringkat kanak-kanak.
Dr Feisul Idzwan yang juga pakar perubatan kesihatan awam, berkata masalah NCD seperti diabetes dalam kalangan orang muda turut diburukkan lagi oleh hakikat bahawa masih ramai rakyat Malaysia tidak menjadikan saringan kesihatan berkala, baik ujian gula dalam darah, kolesterol dan juga pemeriksaan tekanan darah, sebagai gaya hidup.
Padahal katanya saringan kesihatan boleh dilakukan di mana-mana klinik kesihatan kerajaan dan juga swasta, selain turut ditawarkan di bawah program Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) bagi mereka yang kurang berkemampuan.
Menurut beliau, antara punca masalah itu ialah kurang kesedaran akan kepentingan saringan kesihatan di samping pelbagai alasan lain, antaranya tiada kemudahan pengangkutan untuk ke fasiliti kesihatan, tiada masa akibat kerja, perlu menjaga ahli keluarga, malah ada juga yang takut tentang keputusan yang bakal diterima, lantas memutuskan tidak mahu ambil tahu.
"Saya ingin tekankan betapa pentingnya untuk kita mengesan penyakit NCD seperti diabetes pada peringkat awal. Jika dapat dikesan awal, penyakit diabetes lebih mudah untuk dikawal, dan risiko komplikasi juga dapat dikurangkan.
"Jika penyakit diabetes terkawal, seseorang pesakit boleh kekal dalam kesihatan yang baik hingga ke akhir hayat. Oleh itu, dicadangkan setiap rakyat Malaysia yang dewasa menjalani saringan kesihatan setiap tahun. Jenis saringan kesihatan bergantung pada jantina, umur dan tahap risiko kesihatan individu (termasuklah sejarah penyakit dalam keluarga)," katanya.
Jelas beliau, penyakit diabetes yang tidak dikesan dari awal dan tidak dirawat boleh menyebabkan kesan yang lebih teruk seperti kegagalan buah pinggang (nefropati diabetik), kerosakan pada retina (retinopati diabetik), penyakit jantung koronari dan mati pucuk.
Sementara itu, pakar perunding endokrinologi dan obesiti di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur Dr Saiful Kassim pula berpandangan trend membimbangkan tentang peningkatan kelaziman diabetes dalam kalangan generasi Y (lahir pertengahan 1980-an hingga 2000) berpunca daripada "keracunan makanan disebabkan pilihan sendiri" dan kurang pergerakan fizikal.
"Ini perlu diperbaiki melalui gaya hidup aktif dengan melakukan pergerakan fizikal setiap 30 hingga 60 minit setiap hari serta berjalan kaki 50 kali dari satu dinding ke satu dinding lain di rumah.
"Pergerakan fizikal juga adalah perkara paling penting berbanding senaman intensif, kerana senaman amat sukar dilakukan jika seseorang itu sudah tua atau mengalami osteoartritis (sakit sendi yang ketara). Namun jika ingin bersenam, anda digalakkan untuk melakukannya minimum 150 minit setiap minggu, selain melakukan aktiviti berjalan pantas selama 30 minit, lima hari seminggu," katanya.
Beliau turut menasihati ahli masyarakat agar mengamalkan pemakanan harian yang sederhana dan seimbang, iaitu makanan yang terdiri daripada makanan berserat tinggi yang berkhasiat serta makanan rendah karbohidrat dalam kuantiti yang sesuai.
Pensyarah kanan Jabatan Sains Bioperubatan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia Dr Sharifah Sakinah Syed Alwi pula berkata tabiat pemakanan yang sihat antara lain ialah mengambil buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh serta makanan kaya protein dalam nisbah yang berpatutan seperti makanan laut, daging tanpa lemak, kekacang dan produk soya.
"Selain itu, pengambilan makanan yang rendah lemak tepu atau trans, rendah kolesterol, sodium dan gula dapat membantu mengekalkan kesihatan badan yang baik. Senaman yang kerap juga dapat menambah baik kawalan gula dalam darah terutamanya untuk pesakit diabetes jenis 2, merendahkan risiko penyakit kardiovaskular dan mengurangkan berat badan," katanya.
Beliau turut menegaskan pentingnya semua pihak berpadu tenaga menghentikan amalan pengambilan makanan tinggi kandungan gula dan kurang nutrisi tersebut bagi membina generasi Keluarga Malaysia yang lebih sihat dan bebas penyakit NCD seperti diabetes.
SISIPAN
Penyakit diabetes atau kencing manis berlaku apabila paras gula dalam darah menjadi tinggi yang disebabkan oleh badan tidak dapat menghasilkan insulin mencukupi atau tidak dapat menggunakan insulin dengan betul.
Data terkini Persekutuan Diabetes Antarabangsa (IDF) menunjukkan hampir 537 juta orang dewasa di seluruh dunia (10.5 peratus daripada keseluruhan populasi orang dewasa) hidup dengan diabetes, dan angka itu diramal meningkat kepada 643 juta (11.3 peratus) menjelang 2030 dan 783 juta (12.2 peratus) menjelang 2045.
Diabetes terbahagi kepada dua jenis yang biasa. Jenis 1 berlaku apabila pankreas tidak berupaya menghasilkan insulin kerana sel-sel yang menghasilkan insulin telah dirosakkan oleh sistem imun tubuh sendiri, dan ini biasanya memerlukan rawatan suntikan insulin.
Jenis 2 pula merujuk kepada insulin tidak sensitif yang sedia ada dalam badan pesakit dan biasanya terjadi kepada mereka yang mempunyai sejarah kencing manis dalam keluarga. Ini boleh dirawat dengan ubat-ubatan dalam bentuk pil ataupun gabungan bersama rawatan insulin.
Antara tanda dan gejala utama diabetes ialah dahaga keterlaluan, kerap kencing, cepat letih, luka lambat sembuh serta rasa kebas atau mencucuk di kaki atau tangan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 09 2021
Ini perlu diperbaiki melalui gaya hidup aktif dengan melakukan pergerakan fizikal setiap 30 hingga 60 minit setiap hari. - Gambar hiasan
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
AWANI Tonight: Astro's turnaround, new TV packs, and Premier League rights
Astro Malaysia Holdings Bhd reported a net profit of RM46.94 million for Q3 2024, introduced new TV packs, and renewed Premier League and FA Cup broadcasting rights through 2028.
AWANI Tonight: Govt probes alleged mishandling of deceased baby’s body
The Health Ministry has launched an investigation into the claim that a private hospital stored a newborn’s body in a freezer for two weeks, due to the father’s inability to pay the medical bills.
PM Anwar mahu semua pihak ambil serius isu diabetes
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Malaysia juga merupakan antara negara yang memiliki rakyat menghidap diabetes pada jumlah yang amat tinggi.
24,000 warga emas di Terengganu disahkan hidap diabetes
Sebanyak 24,000 atau kira-kira 20 peratus daripada 115,000 warga emas di Terengganu disahkan menghidap penyakit diabetes atau kencing manis setakat hari ini.
RM87.1 juta bagi pembelian ubat SGLT2i, manfaatkan 280,231 pesakit diabetes - Dr Dzulkefly
Dzulkefly berkata penyakit kardiovaskular, kanser, diabetes dan penyakit pernafasan kronik, adalah pembunuh senyap dan ia menyumbang kepada 72 peratus daripada jumlah kematian pramatang di Malaysia.
Pemanis tanpa kalori dari tebu 'shugaZERO' untuk gaya hidup lebih sihat
ShugaZERO, pemanis tanpa kalori daripada tebu keluaran BaseFood tampil sebagai penyelesaian inovatif menggantikan gula biasa, sambil mengekalkan rasa manis yang digemari pengguna.
Bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Ahmad Mohd Don meninggal dunia
Bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Ahmad Mohd Don meninggal dunia di kediaman keluarganya di Johor Bahru awal pagi tadi.
Jualan Rahmah: Barangan bergula tidak lagi diberi diskaun bermula 1 Oktober
Bermula 1 Okt ini, semua produk makanan dan minuman yang mengandungi gula akan dikeluarkan daripada senarai barangan yang diberikan potongan harga dalam Program Jualan Rahmah MADANI.
PM Anwar ingatkan rakyat lebih celik kesihatan, kurangkan pengambilan gula
Beliau berkata, ini kerana, bilangan penghidap kencing manis atau diabetes di Malaysia adalah yang tertinggi di Asia Tenggara.
Pasangan dipenjara, denda curi Milo dakwa untuk tampung kos dialisis ibu tidak benar - MAIM
Dakwaan seorang lelaki yang dikenakan hukuman penjara dan denda oleh Mahkamah Majistret di sini dua hari lepas kerana mencuri Milo bagi menampung kos dialisis ibunya adalah tidak benar.
Pantau secara berkala minuman manis di acara anjuran kerajaan - Ahli akademik
Pemantauan berkala perlu dilakukan ke atas minuman yang disediakan di semua acara anjuran kerajaan bagi memastikan keberkesanan langkah pengurangan gula dalam minuman, kata ahli akademik.
Diabetes: Jangan tunggu usia 40-an, lakukan pemeriksaan seawal mungkin
Walaupun usaha untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan gaya hidup lebih sihat terus dilakukan, kelaziman diabetes di Malaysia terus meningkat.