Penggunaan telefon bimbit bukan lagi dianggap sebagai barang asas ewah tetapi ia satu keperluan dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Ia bukan sahaja digunakan secara meluas di kalangan orang dewasa namun kanak-kanak turut tidak ketinggalan.

Jika dilihat melalui pemerhatian kanak-kanak semuda tujuh tahun sudah mampu memiliki telefon pintar sendiri.

Meskipun wujud perdebatan berhubung penggunaan telefon pada usia muda, pengaruh teknologi ini tidak dapat dielakkan.

Namun, persoalan timbul tentang usia yang paling sesuai untuk ibu bapa membelikan telefon untuk anak-anak mereka.

Astro AWANI mengadakan satu undian di Twitter (@501Awani) mulai semalam.

Berikut ialah soalan yang diajukan dalam undian itu.

Apa umur paling sesuai untuk ibu bapa belikan telefon bimbit untuk anak-anak mereka?

Ketika undian ditutup pada jam 12 tengah hari, Selasa sejumlah 7,565 undian diterima.

Sejumlah 88 peratus pengundi berpendapat umur yang bersesuaian ialah 13 tahun ke atas merupakan umur yang sesuai untuk memiliki telefon bimbit.

Manakala, lapan peratus pengundi memilih kategori usia 11 hingga 12 tahun.

Bagi kategori usia lapan hingga 10 tahun dan lapan tahun ke bawah menerima udian sebanyak dua peratus, masing-masing.

Namun, undian tersebut turut mengundang pendapat berbeza termasuk ibu bapa sepatutnya membenarkan anak-anak mereka memiliki telefon bimbit pada usia 17 tahun.