SYARIKAT teknologi Apple dilapor terpaksa mengurangkan pengeluaran iPhone 13 di pasaran ekoran bekalan cip pemprosesan yang terjejas.
Memetik laporan agensi Bloomberg, situasi itu menyebabkan pengeluaran telefon pintar berkenaan berkurangan sebanyak 10 juta unit bagi tahun 2021.
Dagangan saham Apple turut jatuh sebanyak 1 peratus susulan laporan.
Masalah berkenaan disebabkan kegagalan pembekal cip Broadcom dan Texas Instruments yang gagal menyediakan kuantiti komponen secukupnya.
Ia sekali gus memaksa Apple untuk mengurangkan pengeluaran.
“Apple telah memberi makluman awal kepada pelaburnya, masalah rantaian bekalan itu boleh memberi impak kepada pembekalan iPhone untuk suku tahun ini.
“Kekurangan cip global sejak lebih setahun telah memberi kesan kepada semua syarikat global.
"Ketersediaan silikon yang terhad secara keseluruhan memberi impak kepada industri automobil, apabila penghasilan kereta turut terjejas ekoran pengeluar tidak mempunyai bekalan cip yang mencukupi,” menurut laporan itu lagi.
Bloomberg berkata, Apple akan membuat pengumuman mengenai pendapatannya pada 28 Oktober ini, termasuk pemakluman situasi semasa mengenai Apple 13 dalam pasaran.
Agensi
Wed Oct 13 2021

CEO Apple Tim Cook memegang iPhone 13 Pro Max pada acara khas di Apple Park, Cupertino, California, 14 September 2021. Apple dilapor terpaksa mengurangkan pengeluaran iPhone 13 di pasaran ekoran bekalan cip pemprosesan yang terjejas. -Reuters

10 Berita Pilihan - (28 Mei 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 28 Mei 2022.

Kilang tilam terbakar di Seremban
Sebuah kilang tilam musnah 80 peratus dalam kebakaran di Jalan Jelebu di sini petang tadi.

Banduan terakhir lari dari Penjara Jelebu diberkas
Seorang lagi banduan yang melarikan diri dari Penjara Jelebu bulan lepas berjaya ditahan di sebuah bengkel kenderaan di Assam Jawa, Kuala Selangor, Khamis lalu.

AWANI Ringkas: Wanita maut ketika selam skuba
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Jenazah Datin Seri Feona selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Jangan jadikan Malaysia 'syok sendiri' - Rafidah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mesyuarat Kabinet akan bincang isu harga siling ayam - Alexander
Persatuan mengemukakan cadangan, mewakili pihak industri untuk diketengahkan dalam mesyuarat di peringkat kerajaan.

Bekalan ikan negara mencukupi - Jabatan Perikanan
Bekalan ikan bagi keperluan dalam negara adalah mencukupi, namun apa yang berlaku pada masa ini disebabkan peningkatan permintaan akibat pembelian panik susulan laporan mengenai krisis makanan.

Remaja Thailand hilang dihanyut arus ditemui lemas
Mayat Kunabella Tuantue-ngoh, 15, ditemui sekitar jam 6.15 petang, kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang, semalam.

Saudi Aramco atasi Apple sebagai firma paling bernilai di dunia
Sejak awal tahun ini, Apple menyaksikan penurunan harga sahamnya kira-kira 20 peratus, manakala saham Aramco melonjak hampir 28 peratus.

Drama tebusan di kedai Apple berakhir, suspek ditahan
Lelaki berkenaan ditahan ketika cuba melarikan diri daripada bangunan tersebut.

Perkhidmatan iCloud Apple alami masalah, tidak boleh diakses
Mengikut laporan pengguna di laman web Downdetector, 89 peratus laporan berkait masalah untuk mengakses masuk ke perkhidmatan tersebut.

Apple padam aplikasi Quran Majeed di App Store China
Aplikasi itu dipadam setelah didakwa menganjurkan teks agama secara haram.

Pengeluaran iPhone 13 terjejas akibat kekurangan bekalan cip
Situasi itu menyebabkan pengeluaran telefon pintar berkenaan berkurangan sebanyak 10 juta unit bagi tahun 2021.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Apple dedah spesifikasi penuh model terbaharu iPhone 13
iPhone 13 dilengkapi cip A15 Bionic yang didakwa Apple lebih pantas dan cekap kuasa berbanding cip A14 Bionic tahun lalu.

MIDF lancar aplikasi MIDF Invest, peluang rakyat melabur di pasaran AS
Rakyat Malaysia kini boleh melabur secara dalam talian yang lebih selamat menerusi MIDF Invest yang dilancarkan hari ini.

Samsung lancar UI terbaharu Galaxy Watch
Antara muka pengguna One UI Watch dengan sistem operasi yang dibangunkan bersama Google untuk pengalaman yang lebih lancar di antara jam tangan Galaxy Watch dan telefon pintar Android.

Kenakan hukuman lebih berat terhadap mereka yang mengeksploitasi kanak-kanak - Rina
Rina menyeru ibu bapa untuk memainkan peranan penting memastikan pengawasan dan kawalan terhadap kanak kanak terutamanya terhadap penggunaan gajet.