Kajian mendapati kebanyakan orang mengambil lebih banyak garam dalam diet mereka, dengan peserta satu kaji selidik didapati mengambil lebih 33 peratus garam daripada yang mereka sangkakan, sekaligus meningkatkan risiko berlakunya penyakit kardiovaskular, lapor agensi berita China Xinhua.
Profesor Madya Dr. Jacqui Webster dari Institut George untuk Kesihatan Global memberitahu Xinhua, kajian dibuat di bandar Lithgow, Australia dengan 400 peserta kaji selidik diperiksa selepas mengambil makanan dalam jangka masa 24 jam.
Menurut Webster, selepas melakukan ujian air kencing terhadap peserta, pihaknya mendapati mereka mengambil sembilan gram garam setiap hari, sedangkan mereka menyangkakan hanya mengambil sebanyak 6.8 gram garam, dan data ini juga selari dengan keputusan kaji selidik yang dilakukan di tempat lain.
"Itu yang menarik tentang kajian ini, kaji selidiknya dilakukan di Lithgow namun kami juga membandingkan data yang diperolehi dengan data Tinjauan Kesihatan Australia.
"Berdasarkan kaji selidik pemakanan yang dilakukan di Lithgow dan Tinjauan Kesihatan Australia, keputusan yang diperolehi hampir sama," katanya.
Perkara ini berlaku mungkin disebabkan garam dilabel sebagai sodium di beberapa negara, termasuk di Australia, dan menurut Yayasan Jantung Australia, bagi memperolehi jumlah sebenar garam dalam makanan ialah dengan menggandakan jumlah sodium sebanyak 2.5, yang mewakili jumlah garam yang terdapat dalam makanan.
Menurut Webster, hal itu mungkin mengelirukan pengguna namun di beberapa tempat seperti di United Kingdom, label garam turut ditandakan dalam produk makanan mereka.
"Ada hujah yang menyatakan di United Kingdom, mereka turut melabel garam kerana kebanyakan orang lebih mengenali garam berbanding sodium," kata Webster.
Di Australia, sistem 'Rating Kesihatan' digunakan, dan ia perlu dilekat pada bahagian hadapan bungkusan, namun jelas Webster, walaupun sistem ini membantu mendidik pengguna tentang paras garam dalam makanan, ia turut terikat dengan aspek nutrisi lain komposisi makanan.
"Saya fikir ia boleh diperbaiki. Secara keseluruhannya ia skim yang berguna, tetapi kita perlu memastikan bahawa sebahagian daripada unsur luaran ini ditangani. Ia sangat mencabar kerana makanan itu sendiri adalah rumit," kata Webster.
Bagi mengurangkan tekanan darah dan mengurangkan risiko serangan penyakit jantung, Yayasan Jantung mencadangkan orang dewasa mengambil kurang daripada enam gram (2,400 mg sodium) setiap hari, dan menurut Webster, ia memerlukan kepada penyelarasan strategi ke atas industri makanan secara keseluruhan.
"Fokus utama ialah memastikan industri pemakanan mengurangkan garam dalam makanan, dan juga dalam setiap hidangan memandangkan lebih ramai yang memilih untuk makan di luar.
Sebagai tambahan, kita perlu memberi perhatian kepada kempen pemasaran bagi meningkatkan kesedaran pengguna dalam menyampaikan mesej iaitu garam memberi kesan buruk kepada kesihatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 17 2017
Ada hujah yang menyatakan di United Kingdom, mereka turut melabel garam kerana kebanyakan orang lebih mengenali garam berbanding sodium. - Gambar hiasan
'Harga purata pangsapuri baharu Malaysia cecah RM582,887 pada suku pertama'
Harga purata bagi pangsapuri baharu di Malaysia mencecah RM582,887 pada suku pertama 2024 manakala purata harga jualan bagi kediaman sekunder bernilai RM521,614.
AWANI Borneo [30/04/2024] – Kerugian RM28.6 Juta | tertembak diri sendiri | Elak kerugian
AWANI Borneo Isnin, 30 April 2025 bersama Nickyson Nyambar.
> Sarawak rekod purata 6.7 kes penipuan sehari
> Polis tunggu laporan forensik telefon bimbit anak KPD maut tertembak.
> 130,000 penduduk setinggan Sabah bakal dapat penempatan baharu.
> Sarawak rekod purata 6.7 kes penipuan sehari
> Polis tunggu laporan forensik telefon bimbit anak KPD maut tertembak.
> 130,000 penduduk setinggan Sabah bakal dapat penempatan baharu.
Negara Barat cadang henti penjualan senjata dan sekat pemindahan teknologi ke Israel
Perbincangan itu bertujuan untuk melibatkan sebanyak mungkin negara dalam pakej "elemen tekanan" yang mengandungi cadangan mengenai sekatan ruang udara.
KP SPRM sahkan MB Perlis dibebas dengan jaminan
SPRM mengesahkan Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli dibebaskan dengan jaminan selepas memberi keterangan di ibu pejabat agensi itu di sini pada Selasa.
PRN17: Pendirian UMNO Sabah ketengahkan calon
Temu bual bersama Pensyarah Kanan, Pembangunan Manusia dan Politik Identiti UMS, Prof Madya Dr Romzi Ationg mengenai pendirian UMNO Sabah dalam mengetengahkan calon pada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17.
Syarikat Sweden mahu jadikan Sarawak pusat pengedaran di Asia Pasifik
Syarikat perindustrian berasaskan perniagaan hutan serta pulpa dan kertas dari Sweden, Holmen AB, berhasrat menjadikan Sarawak sebagai pusat pengedaran untuk meluaskan pasaran mereka di rantau Asia Pasifik.
SUEF kumpul RM3.57 juta bantu anak Sarawak
Dana Pendidikan Perpaduan Sarawak (SUEF) berjaya mengumpul RM3.57 juta daripada sektor korporat bagi membantu anak sarawak daripada keluarga B40 untuk melanjutkan pelajaran ke pendidikan tinggi.
ECRL: Kerja alih, pindah kubur di Selat Klang ditangguh seminggu - Amirudin
Kerja penggalian dan pemindahan 90 kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang bagi memberi laluan kepada pembangunan projek ECRL yang dijadualkan esok, ditangguhkan seminggu.
KKTP Sabah kenalpasti lokasi sesuai memindahkan penduduk
KKTP Sabah kenalpasti lokasi sesuai untuk dipindahkan bagi menempatkan lebih 130,000 penduduk yang menetap di kawasan setinggan.
Sarawak rekod purata 6.7 kes penipuan sehari, kerugian RM28.6 juta
Sarawak merekodkan purata 6.7 kes penipuan sehari sejak 1 Januari hingga 31 Mac tahun ini.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata memberitahu, jumlah kerugian yang direkodkan akibat jenayah komersial ini telah menjangkau RM28.6 juta.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata memberitahu, jumlah kerugian yang direkodkan akibat jenayah komersial ini telah menjangkau RM28.6 juta.
Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan Indonesia mudah mematahkan serangan demi serangan.
Paderi terkemuka Australia ditikam ketika 'live streaming'
Pemimpin gereja itu dilihat rebah ke lantai dan kedengaran suara jeritan para pengikutnya yang kemudiannya menerpa ke arahnya untuk membantunya.
Beratus dipindahkan susulan banjir di Australia
Perintah supaya berpindah dikekalkan di beberapa pekan selepas hujan lebat dan angin kencang yang menggemparkan komuniti di barat Sydney.
Lawatan rasmi ke Australia dan Jerman turut jana potensi jualan eksport produk Malaysia - PM Anwar
Lawatan rasmi ke Australia dan Jerman baru-baru ini, selain mendatangkan keberhasilan yang positif dengan potensi pelaburan, ia juga telah menjana potensi jualan eksport produk Malaysia.
KESUMA anjur forum, pameran kerjaya berasaskan pekerjaan hijau
Forum bertujuan menggalakkan perkembangan pekerjaan hijau selari dengan keperluan pembangunan ekonomi yang terangkum dan persekitaran mapan.
Kabinet bincang tawaran anjur Sukan Komanwel esok
Kerajaan akan memperincikan mengenai cadangan penganjuran sukan Komanwel 2026 dalam mesyuarat Jemaah Menteri, esok.
'Dua tahun tak cukup buat persiapan Sukan Komanwel'
Katanya, tempoh dua tahun merupakan satu masa yang singkat buat negara untuk membuat persiapan menganjurkan temasya besar tersebut.
Majoriti pelaburan diluluskan dalam sektor pembuatan disumbang pengembangan operasi sedia ada - Tengku Zafrul
Majoriti pelaburan diluluskan dalam sektor pembuatan tahun lepas disumbang daripada pengembangan operasi perniagaan sedia ada.
Lihat Malaysia sebagai pelaburan paling utama, destinasi modal - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru komuniti pelaburan antarabangsa supaya melihat Malaysia sebagai pelaburan paling utama dan sebuah destinasi modal.
Malaysia, Australia jalin hubungan ekonomi lebih kukuh menerusi empat kerangka utama - Anwar
Anwar berkata hubungan ekonomi antara Australia dan Malaysia berkembang kukuh sejak beberapa tahun kebelakangan ini berdasarkan kepentingan geoekonomi bersama dan usaha memakmurkan serantau.