awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
Pemandu maut lori simen jatuh dalam tapak pembinaan
Jeneral kanan Rusia kritikal selepas ditembak di Moscow
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekurang-kurangnya 15 maut, lapan hilang dalam banjir di Tanah Tinggi Papua, Indonesia

Bernama
Bernama
04/11/2025
21:40 MYT
Sekurang-kurangnya 15 maut, lapan hilang dalam banjir di Tanah Tinggi Papua, Indonesia
Hujan berterusan dijangka dalam beberapa hari akan datang, dengan amaran cuaca masih berkuat kuasa di Tanah Tinggi Papua sehingga Khamis. - Foto BERNAMA
JAKARTA: Sekurang-kurangnya 15 orang disahkan maut manakala lapan lagi masih hilang selepas banjir melanda dua daerah di Tanah Tinggi Papua, Indonesia, menurut pegawai pada Selasa malam.
Agensi Pengurangan Bencana Negara (BNPB) memaklumkan semua 15 mangsa ditemukan di Daerah Dal, Wilayah Nduga, manakala pasukan mencari dan menyelamat masih berusaha mengesan lapan lagi mangsa di Kampung Yuguru, Daerah Meborok.
"Banjir yang berpunca daripada hujan lebat melanda kedua-dua daerah itu pada Sabtu malam," kata jurucakap BNPB Abdul Muhari dalam satu kenyataan.
Beliau memberi amaran mengenai kemungkinan hujan berterusan dalam beberapa hari akan datang, dengan amaran cuaca masih berkuat kuasa di Tanah Tinggi Papua sehingga Khamis.
Agensi itu turut menggesa penduduk, khususnya mereka yang tinggal berhampiran sungai, supaya berpindah ke kawasan lebih tinggi sekiranya hujan berterusan lebih sejam dan mematuhi arahan pemindahan rasmi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#Tanah Tinggi Papua
#angka korban
#hujan lebat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan