Penggunaan dadah sintetik kini berada pada tahap membimbangkan dan pihak hospital memandang perkara ini sebagai amat serius menurut laporan PBB , yang meminta kerjasama antarabangsa untuk membandung isu ini.

"Beberapa tahun kebelakangan ini mendapati kesan buruk telah dijumpai terhadap bahan psikoaktif ini yang turut dipanggil dadah sintetik," menurut laporan Lembaga Kawalan Narkotik Antarabangsa (INCB) yang berpusat di Vienna.

"Di Eropah sahaja terdapat satu dadah sintetik yang akan muncul setiap minggu. Sebelum itu dari tahun 2000 hingga 2005, terdapat lima dadah sintetik baru dijumpai setiap tahun.

“Pakar menjangkakan ribuan dadah sintetik kini boleh didapati menurut laporan itu.

"Memandangkan penambahan dadah sintetik di pasaran, pengguna yang menggunakannya turut mengalami kesan sampingan malah berdepan maut. Ianya menunjukkan peningkatan pesakit yang direkodkan di hospital dan diklasifikasikan sebagai racun sintetik.”

Masalah yang semakin berlarutan ini disebabkan tiada kawalan di peringkat antarabangsa dan bahan tersebut mudah didapati di Internet. Pengawalan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa perlu bagi mengenalpasti pengedar dan menghentikan pengedarannya, menurut PBB.

Masalah lain yang timbul berhubung pada preskripsi ubat terkawal seperti ubat penghilang kesakitan, ubat penenang, ubat epilepsi, ubat darah tinggi dan sakit mental.

Kes-kes utama yang dilaporkan di Amerika Utara, Asia Tenggara dan selatan Asia, mengambil dadah melalui suntikan terutamanya di kebanyakan negara di selatan Asia yang berisiko menghidap HIV, Hepatitis B dan Hepatitis C.

Di Amerika Latin, "Lebih enam peratus pelajar sekolah menengah terlibat dalam salah guna ubat penenang," menurut sumber PBB.

Ianya turut mengecam dadah yang mudah didapati dan polisi preskripsi yang lemah di Amerika Utara.

Di California, Amerika Syarikat terdapat kebimbangan terhadap kaedah perubatan yang menggunakan kanabis menurut INCB.

Laporan itu turut meminta Washington agar tampil dengan kerjasama polis yang lebih baik dalam sidang antarabangsa dan memastikan dadah tidak mudah didapati kepada golongan awam.

Lembaga itu juga tampil dengan beberapa cadangan polisi narkotik kepada Amerika Syarikat, institusi antarabangsa dan PBB.