CHUKAI: Keadaan cuaca yang semakin baik di Terengganu memberi kelegaan kepada pengusaha keropok keping ikan, di sini apabila membolehkan mereka kembali menjalankan rutin harian termasuk menjemur kepingan makanan ringan kegemaran ramai itu.
Mohd Bukhori Zainal Abidin, 50, berkata bekalan keropok keping di kedainya semakin berkurang akibat hujan sejak awal bulan ini.
"Berbanding tahun lepas, teruk lagi tahun ini sebab hujan dari awal bulan (Disember). Banyak keropok rosak sebab bila kita jemur, berlaku hujan. Baru hari ini boleh jemur.
"Mujur kita ada buat stok sejak awal untuk jualan musim cuti ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Menurut Mohd Bukhori satu hamparan jemuran melibatkan sebanyak 50 kilogram (kg) keropok keping ikan mampu menjana pendapatan sebanyak RM900 dan mendapat permintaan tinggi terutama daripada penduduk tempatan serta pelancong.
"Alhamdulillah, harapnya panas sampai ke petang, musim cuti ni pun bekalan hampir tak cukup. Hari ini dapat jemur... esok kita boleh jual lah," katanya.
Terdahulu, Bernama melaporkan banjir gelombang ketiga yang melanda Terengganu bermula 23 Dis lepas kini pulih sepenuhnya.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) memaklumkan pusat pemindahan sementara terakhir di negeri itu iaitu Dewan Serbaguna Taman Perumahan Wakaf Tengah di Kuala Nerus yang menempatkan enam orang daripada satu keluarga ditutup pada 2 petang tadi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 31 2023
Mohd Bukhori Zainal Abidin, 50, menjemur keropok keping ikan selepas cuaca kembali cerah ketika tinjauan Bernama di Kampung Geliga. - Bernama
Pesawah dituduh buat kenyataan menghasut di WhatsApp
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan membuat kenyataan menghasut di menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.
Venue Piala Thomas, Uber di Chengdu dilanda 'demam' panda
Yang paling mencuri perhatian ialah magnet peti sejuk yang menampilkan Yu Rong Rong bermain badminton.
Houthi Yaman serang dua kapal pemusnah AS
Houthi berjaya menyasarkan serangan terhadap dua kapal pemusnah AS dan kapal CYCLADES di Laut Merah serta MSC Orion di Lautan Hindi pada awal Selasa.
Ringgit rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7665/7710 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7700 semalam.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Pendakwa raya ICC temu bual kakitangan hospital di Gaza
Pendakwa raya dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah menemu bual kakitangan dari dua hospital terbesar di Gaza.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Israel menyuarakan kebimbangan bahawa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bersiap sedia untuk mengeluarkan waran tangkap bagi pegawainya atas tuduhan berkaitan dengan pengendalian perang terhadap Hamas.
Liputan Haji: Bakal fokus kepada cabaran dan kebajikan jemaah wanita
Bagi petugas media mewakili Astro AWANI, untuk tahun ini, musim 1445 hijrah, yang terpilih ialah Editor dan Penerbit Astro AWANI, Dr Azlinariah Abdullah dan Azlinda Salim bersama 12 yang lain daripada agensi media.
Che'gubard mengaku tidak bersalah pertuduhan Akta Hasutan 1948
Dia didakwa membuat penerbitan menghasut di akaun Facebook atas nama Che'GuBard di Mutiara Villa, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada jam 6.30 petang 26 April lalu.
Pengusaha 'kepok' lega cuaca semakin baik di Terengganu
Mohd Bukhori Zainal Abidin, 50, berkata bekalan keropok keping di kedainya semakin berkurang akibat hujan sejak awal bulan ini.