KUALA LUMPUR: Seorang pesara guru membuktikan dengan semangat kental segalanya dapat direalisasikan termasuk menjelajah di tujuh negara sejauh 30,000 kilometer (km) dengan menunggang motosikal secara solo.
Ekspedisi menggunakan skuter Yamaha NMAX 155 itu mengambil masa hampir empat tahun untuk ditamatkan, bermula dari Kota Bharu, Kelantan pada Dis 2019 merentasi Thailand, Myanmar, India, Nepal, China dan Laos, sebelum kembali ke tanah air pada Jun lepas.
Berkongsi pengalamannya, Mohammad Lasim Deraman, 57, berkata ekspedisi tersebut mengambil tempoh lama lantaran wabak COVID-19 yang melanda dunia, selain sebahagian laluan di pergunungan Himalaya terpaksa ditutup beberapa bulan akibat salji tebal.
Katanya selepas tiga bulan menunggang dan sampai di Mumbai, India, beliau membuat keputusan untuk mengambil penerbangan pulang ke Malaysia dengan hasrat membawa isterinya mengikuti kembara itu namun, COVID-19 melanda dunia menyebabkan ekspedisi tersebut terhenti seketika.
"Pada Mei 2022 apabila sempadan dibuka, saya kembali ke Mumbai untuk menyambung ekspedisi yang tertangguh. Namun, tidak sampai sebulan, sekali lagi saya terpaksa pulang ke Malaysia kerana laluan Zojila Pass, yang menghubungkan Ladakh dan Kashmir ditutup untuk semua kenderaan.
"Meskipun dua kali tertangguh, saya kuatkan semangat untuk bawa balik motosikal saya yang ditinggalkan di sana kembali ke tanah air. Jadi, sekitar April lalu, saya ambil tiket penerbangan ke New Delhi dan menyambungnya (ekspedisi) semula. Akhirnya, tiga hari sebelum menyambut Hari Raya Aidiladha lepas, saya selamat tiba di sempadan Rantau Panjang-Sungai Golok, Kelantan," katanya kepada Bernama.
Mohammad Lasim berkata pelbagai cabaran diharungi untuk menamatkan ekspedisi itu, antaranya kerosakan enjin skuter, laluan berbatu, berlumpur, sempit dan bercerum di utara pergunungan India dan Nepal, serta cuaca sejuk hingga - 20 darjah celsius yang boleh menyebabkan risiko Acute Mountain Sickness (AMS) atau akut gunung.
"Antara momen yang tidak dilupakan ialah ketika menunggang skuter di laluan Zojila Pass. Laluan ini yang berketinggian kira-kira 3,528 meter dari aras laut, disifatkan antara jalan berbahaya di dunia kerana fizikal jalan yang licin, berbatu, gaung yang dalam dan tidak berpagar boleh membahayakan sekiranya kita tidak berhati-hati.
"Meskipun ia bagaikan satu penyeksaan dan perlu menunggang dengan perlahan sejauh 50 km di laluan itu lebih tiga jam, namun dengan kepelbagaian topografi yang dihiasi panorama yang memukau dan menakjubkan, segala penat lelah dan pengorbanan dilalui berbaloi," katanya yang turut menunjukkan gambar, video serta cop masuk dan keluar negara-negara tersebut pada pasportnya.
Mohammad Lasim yang juga bekas guru pendidikan khas di Sekolah Menengah Kebangsaan Kolombong, Kota Kinabalu, Sabah berkata beliau mula melakukan ekspedisi menunggang pelbagai jenis motosikal sejak 2008 dan antara negara pernah dikunjunginya ialah Sumatera dan Kalimantan di Indonesia, Laos, Vietnam, Thailand dan benua Afrika.
Menurutnya mengembara ke luar negara dengan motosikal memberikan peluang kepada dirinya untuk mengenal lebih dekat budaya sesuatu komuniti berbanding yang diceritakan di televisyen atau media sosial.
Sementara itu, pengembara tegar Azman Baharuddin menyifatkan pencapaian Mohammad Lasim yang menunggang skuter pada jarak jauh itu adalah sesuatu yang luar biasa dan menyifatkan beliau mungkin rakyat Malaysia yang pertama berjaya melakukannya.
Azman yang berpengalaman menunggang motosikal hingga ke luar negara, termasuk empat kali ke Tanah Suci, Makkah bagi menunaikan umrah dan haji, berkata menunggang skuter mempunyai limitnya tersendiri dan mekanikalnya lebih kompleks berbanding motosikal biasa.
"Skuter secara umumnya popular untuk tunggangan jarak dekat seperti di bandar raya yang trafiknya sesak kerana ia mudah, tiada gear dan selesa, tapi dari segi penyelenggaraan lebih tinggi daripada motosikal biasa.
"Berbeza sekiranya ia ditunggang di laluan yang tidak berturap, berbukit, tunggangannya tidak akan selesa dan sukar untuk mengawal kerana roda skuter yang kecil. Begitu juga risiko untuk rosak lebih tinggi dan untuk mencari alat gantinya mungkin sukar jika berada di kawasan terpencil," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 17 2023
Penjelajahan secara solo dengan motosikal memberi peluang kepada Mohammad Lasim untuk mengenal lebih dekat budaya sesuatu komuniti dan juga melawat tempat menarik di negara luar. --fotoBERNAMA
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
AWANI-RareTV: Negara paling aman terletak di 'hujung' dunia
"Kamu sekarang berada di kampung Iceland, tiada jenayah di sini dan anda tidak perlukan kunci."
AWANI-RareTV: Mengembara ke perut glasier terbesar di Eropah
Suasana yang luar biasa menakjubkan! Tapi untuk masuk ke alam air batu ini, persediaan harus cukup.
AWANI-RareTV: Melawat pintu sempadan negara tertinggi di dunia
Lebih tinggi daripada puncak Kinabalu, pintu sempadan negara tertinggi di dunia terletak di Pakistan.
AWANI-RareTV: Kampung bunian di Switzerland
Penulis J.R.R Tolkien menjadikan Lauterbrunnen sebagai latar dan insipirasi kepada penghasilan kampung 'Rivendell'.
AWANI-RareTV: Terbangkan pesawat tanpa enjin di Cunderdin, Australia Barat
Sukar dipercayai, rupa-rupanya pesawat tanpa enjin masih boleh mendaki sehingga ketinggian 10,000 kaki dari aras laut.
AWANI-RareTV: Amasya kota Putera Uthmaniah yang dilupakan
Dapat dilihat peninggalan dinasti empayar Uthmaniah sehinggalah binaan-binaan legasi kerajaan Pontus yang masih terpelihara.
Pesara guru jelajah tujuh negara dengan skuter
Ekspedisi menggunakan skuter Yamaha NMAX 155 itu mengambil masa hampir empat tahun untuk ditamatkan.
AWANI-RareTV: Permata tersembunyi di rel lama Bukit Berapit
Siapa kata di Malaysia tiada destinasi bertaraf dunia? Ikuti perjalanan kru RareTV ini ke destinasi yang jarang dikunjungi.
Hotel Ibis Styles Kota Bharu berlatarkan Sungai Kelantan yang mengimbau nostalgia
Hotel berlatarkan Sungai Kelantan dan Jambatan Sultan Yahya Petra ini menawarkan harga penginapan yang berpatutan.
AWANI-RareTV: Berjalan ke Artik berteman ribuan burung puffin di pulau tersepi Iceland
Perjalanan selama hampir satu jam sambil merakam foto dan video bersama biri-biri dan puffin buat kami tak terasa penat berjalan kaki.