awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP: Trend membaca bahan dalam talian meningkat

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
20/04/2020
08:01 MYT
PKP: Trend membaca bahan dalam talian meningkat
Hasil tinjauan menerusi media sosial mendapati, jualan bahan bacaan dalam talian terus mendapat sambutan hangat banyak pihak. - Gambar facebook@Hafiz Latiff / Bangpis
Trend membaca dalam kalangan masyarakat dilaporkan meningkat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu.
Penerbit dan Ketua Pegawai Eksekutif Kuras Buku, Hafiz Latiff berkata, hasil tinjauan menerusi media sosial mendapati, jualan bahan bacaan dalam talian terus mendapat sambutan hangat banyak pihak.
"Ini bermakna tabiat membaca dalam kalangan masyarakat menyaksikan peningkatan mendadak terutamanya bagi langganan buku dalam talian atau e-Book yang disediakan pihak penerbit.
"Saya berpendapat, peningkatan trend ini disebabkan ramai yang hanya duduk di rumah ketika tempoh PKP dan manghabiskan masa dengan membaca buku secara dalam talian.
"Perkara sama turut disokong Perpustakaan Negara dengan menyediakan kira-kira 13 juta judul bahan bacaan dalam talian secara percuma untuk diakses dalam tempoh ini," katanya menerusi temubual dalam Astro AWANI pada Isnin.
Mengulas lanjut, Hafiz berkata, selain penyediaan bahan bacaan secara dalam talian, kandungan digital lain turut disediakan dalam tempoh PKP seperti bengkel dan kuliah yang dilaksanakan menerusi persidangan video ataupun menggunakan aplikasi secara langsung.
"Ini merupakan medium tambahan untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan dan dengan cara ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka untuk mendapatkan bahan bacaan ataupun pendidikan," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Hafiz berkata, program Kuala Lumpur Ibu Kota Buku Dunia yang sepatutnya berlangsung bermula 23 April ini hanya dilakukan secara dalam talian dengan menggunakan platform media sosial.
"Setahu saya saat ini sangat banyak aktiviti dilakukan secara dalam talian seperti pertandingan penulisan, puisi, sajak dan sambutan sangat menggalakkan daripada semua pihak," katanya.
Topic Berkaitan
#Buku
#COVID-19
#Kuala Lumpur
#Media
#media sosial
#pendidikan
#penerbit buku
#penulis buku
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#trend membaca
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan