LIFESTYLE
'Potong perut' atau bariatrik bukan untuk cantik semata-mata...

Bariatrik terbukti selamat dari segi perubatan melibatkan kesihatan individu yang melakukannya terutamanya mereka yang sukar mengawal berat badan dan kadar gula di dalam badan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Pembedahan bariatrik yang dianggap sebagai pembedahan kosmetik, semakin menjadi pilihan sebagai kaedah klinikal untuk mengatasi masalah berat badan berlebihan atau obesiti.
Ringkasan AI
- Pembedahan bariatrik bukan sekadar untuk kecantikan, tetapi membantu mengurangkan berat badan dan risiko penyakit seperti kencing manis serta darah tinggi.
- Prosedur ini melibatkan pembuangan sebahagian perut atau pintasan usus untuk mengurangkan pengambilan dan penyerapan makanan.
- Bariatrik terbukti selamat secara perubatan dan bermanfaat bagi individu obes atau sukar mengawal kadar gula dalam badan.
Menurut Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Dietetik Fakulti Sains Kesihatan UiTM, Nazrul Hadi Ismail, bariatrik merupakan proses pembedahan untuk membuang sebahagian perut Atau kebih dikenali dengan pintasan usus.
"Bariatric sugery (pembedahan bariatrik) adalah satu proses di mana seseorang itu melakukan prosedur membuang sebahagian perut dan atau melakukan pintasan usus .
“Selain itu tujuan utamanya adalah untuk seseorang itu mengurangkan pengambilan makananan.
“Jadi apabila pengambilan makanan seseorang itu kurang, maka penyerapan makanan terutama zat yang menghasilkan tenaga kabohidrat, protein, lemak akan dapat kita kurangkan,” katanya ketika ditemui di Pusat Pengajian Dietetik Fakulti Sains Kesihatan UITM,di sini.
Jelas Nazrul lagi, tanggapan umum bahawa pembedahan potong perut hanya ingin kelihatan cantik semata-mata adalah tidak tepat.
Tegasnya, bariatrik terbukti selamat dari segi perubatan melibatkan kesihatan individu yang melakukannya terutamanya mereka yang sukar mengawal berat badan dan kadar gula di dalam badan.
“Seperti yang saya jelaskan, prosedur ini adalah untuk mengurangkan pengambilan makanan. Apabila individu itu dapat mengurangkan kadar makanan, mereka maka penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi juga dapat membantu kita mengurangkan risiko penyakit-penyakit lain juga.
“Mengapa ia boeh berlaku? Kerana penyakit kencing manis dan darah tinggi memang ada kaitan dengan pengawalan berat badan.
“Secara dasarnya mana-mana individu yang mengalami berat badan berlebihan atau obesiti memang mempunyai risiko dapat kencing manis dan darah tinggi ,” jelasnya lagi.
Katanya, pengurangan berat badan akan membentuk stuktur badan yang cantik selain dapat mengurangkan beban pada badan terutama dibahagian sendi kaki.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami