SAYA suka ke pulau. Tetapi seumur hidup saya, pulau yang satu ini tidak pernah saya jejaki. Walaupun hakikatnya dari segi geografi, pulau ini antara yang paling mudah dikunjungi kerana faktor kedudukan dengan negeri kelahiran saya, Kelantan.
Hanya baru-baru ini, peluang cuti ke pulau kunjung tiba. Sambil-sambil jenguk orang tua di kampung, cuti tahunan masih berbaki. Rakan cadangkan saya jenguk negeri jiran. Ok lah. ‘Sis cuba’.
Benar kata orang, kita selalu ‘take for granted’ apa yang ada. Saya yakin sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 18 Mac lalu, Pulau Perhentian tiada dalam senarai destinasi percutian yang dituju.
Lazimnya bagi saya dan rakan-rakan kalau sebut cuti di pulau, kami cenderung mahu ke Thailand – Krabi, Phuket, atau Koh Samui, mungkin kalau naik pesawat, barulah dinamakan bercuti.
Maaf.
Ini silapnya. Apabila datang pandemik, kita tiada banyak pilihan. Tiada lagi perjalanan ke luar negara. Maka selepas perjalanan rentas negeri dibenarkan, ramai yang mula nampak ‘hidden gems’ di negara sendiri.
Saya juga tidak terkecuali. Dah bertahun pelancong luar negara bercakap-cakap mengenai Pulau Perhentian. Antara pulau dengan terumbu karang tercantik di dunia. Kasihan Pulau Perhentian, istimewanya hanya orang luar yang tahu.
Ok. Ini kisahnya.
Kalau perjalanan dari Kota Bharu, anda boleh naik kereta sewa dengan harga antara RM45 ke RM60 untuk ke jeti Kuala Besut. Perjalanan dari Kota Bharu ke jeti adalah lebih dekat berbanding dari Kuala Terengganu.
Sebahagian besar pelancong asing akan transit di Kota Bharu, sebelum melalui jalan darat ke jeti. Hanya ambil masa 45 minit ke sejam. Perjalanan akan menyusuri jalan tepi pantai di Bachok, dan beberapa perkampungan lain.
Yang paling saya suka, perjalanan dengan bot ke Pulau Perhentian dari jeti hanya 30 minit (bergantung kepada cuaca). Untuk orang yang tidak betah lama-lama di dalam bot, masih boleh bertolak ansur dengan perjalanan ini.
Pulau Perhentian ada dua bahagian. Perhentian Kecil dan Perhentian Besar. Yang mahu sunyi, pilih hotel di Perhentian Kecil, dan kalau yang gemar hiruk pikuk, boleh menginap di Perhentian Besar. Ada jeti berbeza untuk setiap bahagian. Tetapi, kedua-dua pulau ini bersambung dengan jalan darat.
Namanya pun bercuti dan mahukan ketenangan. Kumpulan saya dan rakan-rakan menginap di bahagian sunyi yakni Perhentian Kecil. Dari hotel penginapan kami, boleh nampak pandangan matahari terbenam. Nyaman.
Tak banyak dapat diperkatakan. Alasan saya, keindahan dan keistimewaan Pulau Perhentian tidak boleh digambarkan menerusi tulisan, atau the picture does not do justice. Mata saya merakam pemandangan yang elok-elok, tetapi ia tidak boleh diterjemahkan dalam bentuk kata-kata.
Benar. Pulau Perhentian syurga buat penyelam skuba. Saya akuinya selepas saya sendiri melakukan aktiviti itu. Cantik. Cantik. Cantik sangat. Exaggerate ke? Tidak. Ini memang ikhlas. Padanlah pelancong asing berulangkali datang ke Perhentian. Barulah faham kan?
Aktiviti malam?
Selain makan, ada juga aktiviti-aktiviti lain untuk mengisi masa. Paling utama, persembahan api yang diadakan di Pulau Perhentian Besar. Berjalan kaki sekitar 15 -20 minit, anda akan tiba di tepi pantai yang ada deretan kedai makan. Sambil-sambil tonton persembahan api menjulang tinggi, boleh bersidai minum kopi dan makan keropok lekor.
Menurut pengusaha hotel, pengendali bot, serta pengusaha aktiviti laut, sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Pulau Perhentian semakin menggamit pelancong tempatan. Hotel penuh ditempah pada hujung minggu, sementara hari biasa, tempahan melebihi 50%.
Ini melegakan pengendali yang pegun tiada hasil selepas PKP dilaksanakan. Syukur. Sedikit demi sedikit semangat pengendali pelancongan pulih selepas termenung mengenangkan bagaimana mahu merancakkan semula ekonomi di pulau itu.
Pesan saya, hargai permata pelancongan ini sebelum terlewat. Jangan hanya nama Pulau Perhentian gagah meniti bibir pelancong asing. Sebaliknya kita juga ada peranan membantu memasarkan keindahan dan keistimewaan yang terdapat di pulau peranginan ini.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Marlina Manaf
Sat Aug 08 2020
Air jernih yang membias rona biru langit serta latar landskap menghijau mempesona pandangan mata. - Astro AWANI
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Dua maut, lima hilang bot dan kapal bertembung
Lapan orang dewasa berada di atas bot bermotor kecil itu ketika berlaku perlanggaran.
Elon Musk mungkin kenakan caj untuk pengguna X baharu, sebelum boleh lakukan perkongsian
Ia dikatakan mungkin adalah satu-satunya cara mengatasi masalah bot spam, apatah lagi dengan pelbagai kebolehan teknologi AI.
Penduduk baik pulih bot, sedia hadapi banjir di Tumpat
Persiapan penduduk dengan bot sangat penting dalam menempuh sebarang kemungkinan lebih buruk pada musim tengkujuh.
Pengotor antara punca Aceh enggan terima etnik Rohingya
Kehadiran pelarian Rohingya didakwa mengganggu kehidupan seharian penduduk, selain muak dengan sikap mereka yang gagal berasimilasi.
Kapal pengangkut selamatkan 68 pendatang di Laut Aegean
Kesemua penumpang tidak cedera dan mereka dipindahkan ke kapal pengangkut oleh pengawal pantai.
Penduduk mula sediakan bot, rak tinggi sebagai persediaan hadapi banjir
Kawasan kampung itu antara 'hotspot' banjir justeru penduduk sudah mula mengambil inisiatif membuat persiapan awal.
Bot terbalik langgar ikan paus, lima maut
Bot yang membawa 11 penumpang itu terbalik di perairan Goose Bay, kira-kira 15 kilometer selatan Kaikoura.
40 bot nelayan asing dilupuskan jadi tukun tiruan
Kaedah penenggelaman bot-bot nelayan asing sebagai tukun tiruan merupakan inisiatif dalam memulihara dan menggalakkan biodiversiti marin.
Anggota APMM Sabah didakwa terima rasuah
Tertuduh didakwa menerima wang itu sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan ke atas bot yang mempunyai lesen bot tamat tempoh.
1.03 tan daun ketum tidak sempat keluar muara Kuala Kedah
Bot tersebut dikesan menuju keluar dari muara Kuala Kedah dalam keadaan gelap dan mencurigakan sekitar jam 6.30 pagi.