ISU plagiat bukan suatu yang baharu, dan ia boleh berlaku walaupun di pentas antarabangsa.
Kali ini, jenama fesyen terkemuka Ralph Lauren turut terpalit dengan kontroversi tersebut selepas didakwa meniru rekaan pereka fesyen Malaysia, Datuk Zang Toi.
Insiden dipercayai berlaku selepas penyanyi Hollywood, Alicia Keys menggayakan busana memaparkan rekaan bangunan pencakar langit New York pada acara gemerlapan Met Gala baru-baru ini.
Tindakan tersebut mencetuskan perdebatan dalam kalangan warganet yang rata-rata tidak berpuas hati dengan tindakan Ralph Lauren merobek idea pereka fesyen ikonik negara.
Difahamkan, Zang Toi, 60, yang berasal dari Kelantan membuat penampilan sulung jubah berona hitam-putih dengan rekaan bandar New York adalah pada koleksi Musim Bunga pada 2009.
Persalinan tersebut kemudian digayakan oleh model Malaysia, Tan Mang Ling pada Anugerah Fesyen CFDA 2010.
Mengulas mengenai perkara itu, Zang Toi seperti dilapor The Post menyifatkan idea menghasilkan jubah tersebut diilhamkan atas rasa cintanya terhadap kota angkatnya, New York City.
"Saya memutuskan untuk mengeluarkan jubah ikonik, New York daripada koleksi simpanan - keindahan abadi yang tidak pernah ketinggalan zaman bagi memberi penghormatan kepada bandar kegemaran saya pada pertunjukan fesyen 'New York, New York 2020," katanya memetik laporan tersebut.
Sementara itu, Zang Toi yang turut mereka pakaian untuk bintang dan selebriti Hollywood seperti Farrah Fawcett, menzahirkan rasa gembira kerana rekaannya kini mendapat perhatian orang ramai.
Bagaimanapun, beliau mengakui ia bukan insiden pertama di mana hasil kerjayanya ditiru oleh pereka lain.
“Untuk satu jenama besar seperti Ralph Lauren untuk meniru rekaan seorang pereka dari sebuah pekan kecil di Malaysia adalah satu bentuk sanjungan. Ia adalah bukti jika kamu bagus, orang lain akan meniru anda,” kata Zang Toi memetik The Star.
Astro Awani
Sat May 07 2022
Rekaan yang dihasilkan oleh Datuk Zang Toi (kiri), sementara kanan, busana yang digayakan oleh Alicia Keys. - Foto: Zang Toi, Met Gala
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
PBB lulus resolusi desak gencatan senjata segera di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi yang menyeru gencatan senjata segera, tanpa syarat, di Gaza walaupun ditolak oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
Ralph Lauren dituduh ciplak idea rekaan pereka fesyen tersohor Malaysia
Tindakan tersebut mencetuskan perdebatan dalam kalangan warganet yang rata-rata tidak berpuas hati dengan tindakan Ralph Lauren.