awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
Kekurangan air meruncing di Bandaraya Gaza meskipun saluran bekalan utama dibuka semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Restoran makanan segera sindir ayam rendang 'crispy'

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
04/04/2018
03:20 MYT
Restoran makanan segera sindir ayam rendang 'crispy'
Dengan apa yang terjadi, restoran makanan segera nampaknya tidak melepaskan peluang untuk menggunakan ayam crispy bagi mempromosikan produk makanan mereka. Foto: Facebook/KFC, Twitter/@myBurgerLab
Kecoh di laman media sosial sejak semalam apabila kisah ayam rendang perlu rangup tular sehingga mendapat perhatian netizen seluruh dunia.
Ini semua bermula apabila kisah tukang masak, Zaleha Kadir Olpin yang tersingkir daripada pertandingan MasterChef UK kerana ayam rendangnya dikatakan tidak rangup dan garing.
Selepas kedua-dua juri pertandingan masakan itu kena 'troll' netizen, kini giliran restoran makanan segera pula menggunakan kesempatan itu untuk mempromosikan produk makanan mereka.
KFC Malaysia menerusi Facebooknya memuat naik sekeping gambar tertera "bukan rendang" merujuk kepada ayam gorengnya yang rangup tidak harus dikelirukan dengan rendang.
“Satu-satunya makanan yang sepatutnya rangup adalah ayam goreng kami. Tahniah Masterchef Zaleha!" menurut kapsyen dimuat naik bersama gambar itu.
Netizen rata-rata membuat spekulasi bahawa restoran ayam goreng ini akan mengeluarkan menu baharu berdasarkan insiden tidak sengaja ini.
Selain KFC, satu lagi restoran makanan segara, myBurgerLab juga menggunakan platform media sosial di Twitter.
Sambil memuat naik produknya, iaitu burger ayam goreng dengan kuah dan nada kapsyen nakalnya berbunyi "Kami ada ayam rendang yang anda mahu! Boleh kami masuk Masterchef sekarang?"
Hey @JohnTorode1 , we got the right Chicken Rendang for you. No rice, 100% Fried Chicken with Rendang Sauce topping. Can we be on Masterchef now? pic.twitter.com/2pKeH913GC
— myBurgerLab (@myBurgerLab) April 3, 2018
Apa yang nyata, ayam rendang Zaleha berjaya 'satukan' Malaysia apabila ia mendapat sokongan bukan hanya rakyat Malaysia, malah ahli-ahli politik dari kerajaan mahupun pembangkang!
BACA: Ayam rendang Zaleha berjaya 'satukan' Malaysia
BACA: Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia 'sekolahkan' juri Masterchef UK
BACA: Ayam rendang 'crispy': Minta maaf sajalah, jangan ego - Chef Wan
Topic Berkaitan
#ayam crispy
#Ayam Goreng
#KFC
#Mahathir Mohamad
#My Burger Lab
#Najib Razak
#rangup
#Tersingkir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan