PENDAKWAH bebas, Ustaz Azhar Idris (UAI) baru sahaja menerima cahaya mata ke-12 baru-baru ini.

Berita itu dikongsi oleh SALAM Specialist Hospital Kuala Terengganu menerusi akaun Facebook rasmi mereka beberapa hari lalu dan posting itu mula menjadi viral pada Ahad.

“Tahniah buat Ustaz Azhar Idrus dan Puan Izyan atas kelahiran anak.

“Semoga Allah memberkahi anak ini untukmu dan menjadikannya orang berbakti dan bertaqwa. Terima kasih memilih kami, Ustaz Azhar Idrus,” tulis kenyataan tersebut.

Bagaimanapun, satu video tular di platform TikTok menjadi perhatian netizen apabila melihat gelagat mencuit hati Ustaz Azhar sewaktu bertemu bayinya yang baru dilahirkan.


Selain itu, ramai juga yang memuji Ustaz Azhar kerana tidak menyembunyikan wajah bayinya. Tindakan Ustaz yang mengusap muka anaknya terasa begitu sayu sekali.

“Tahniah UAI, dapat anak yang ke-12.”



“Anak ulamak, beruntung anak ni, moga jadi anak yang soleh penganti ustaz satu hari nanti.”

“Alhamdulillah…rezeki bertambah lagi..Tahniah UAI…

Apa-apa pun tahniah Ustaz Azhar Idrus. Moga anak ini akan membesar menjadi anak soleh dan hebat seperti bapanya. Difahamkan, anak ke-12 Ustaz Azhar ini adalah bayi lelaki. - Majalah Pa&Ma