BALING: Menjamu selera sambil kaki terendam dalam kedinginan air sungai yang jerih dan dingin pasti mengujakan.
Ditambah pula, menu masakan makanan Melayu ala kampung serta ulam-ulaman bersama pelbagai sambal sudah tentu mengiurkan.
Itulah tarikan istimewa ke Rimba Cafe Kuala Kedua yang terletak di sini, sehingga berjaya menggamit pengunjung dari dalam dan luar negara.
Idea dan konsep luar biasa kafe terletak kira-kira 10 kilometer dari pekan Baling itu ternyata menarik minat ramai, terutama pelancong 'backpacker' dan pencinta alam yang menginginkan kelainan dalam pengembaraan makanan.
Pemiliknya, Sharifah Aini Maulan, 45, berkata, idea untuk mengusahakan kafe di dalam air ini tercetus pada 2019.
Cafe yang diushakan bersama suami Khalid Zulkifli, 48, mempunyai keunikan flora dan fauna yang semestinya dapat mengamit orang untuk datang.
“Konsep kami nak tonjolkan makan dalam air memang untuk pelanggan menjamu selera sambil menghirup udara segar yang semestinya memberi ketenangan.
“Datang makan di sini tidak perlu pakai baju cantik-cantik memang akan basah sebab kita duduk makan dalam sungai.
“Ada yang datang berkeluarga bawa anak kecil sambil makan anak boleh mandi tak perlu bimbang air paras betis sahaja,” katanya ketika ditemui.
Kafe ini mampu memuatkan 200 pengunjung pada satu masa dan sekiranya tidak mahu basah kerusi dan meja di darat juga disediakan.
Menurut Sharifah Aini, menu hidangan yang popular adalah gulai daging batang pisang, masak lemak ikan baung, masak lemak udang galah, ikan siakap bakar, lengkap dengan ulaman, sambal belacan dan air asam sebagai pelengkap rasa.
Tidak ketinggalan hidangan ikan pekasam juga sering menarik perhatian pengunjung di Rimba Cafe Kuala Kedua.
Kata Sharifah Aini, setiap perniagaan ada risikonya, namun di sini dia berdepan dengan cabaran keadaan cuaca yang tidak menentu.
Justeru, bagi menjamin keselamatan pengunjung dia akan mengeluarkan amaran untuk naik ke darat jika terlihat awan bertukar gelap di bahagian hulu.
Pengunjung Noor Azlina Muhd Sobri berkata, sebaik melangkahkan kaki ke dalam air terasa ketenangan dan pasti tak sabar untuk makan dalam air.
Katanya, makan di sini satu cabaran baharu kerana kerika sedang enak suap nasi ada ikan berenang mengelilingi kaki.
“Tenang tempat macam ini, boleh makan atas air. Makanan pun sedap tambah pula bawa anak-anak datang sini sambil kita makan boleh anak-anak mandi,” katanya.
Seorang lagi pengunjung, Norliza Abdullah berkata, dia amat teruja sebaik menjejakkan kaki di sini.
Norliza berkata, lokasi seperti ini sebaiknya perlu dikormesilkan menjadi ekopelancongan yang semestinya dapat menarik pelancong luar negara dan tempatan untuk datang merasai suasana di sini.
“Sungai sekarang ini banyak yang dikorek dan di dalamkan tetapi apabila kita sampai ke sini ia menimbulkan kembali nostalgia lama kenangan zaman kanak-kanak sememangnya menyeronokan," ujarnya.
Adie Sufian Zulkefli
Sat Jan 20 2024
Menjamu selera sambil kaki terendam dalam kedinginan air sungai yang jerih dan dingin pasti mengujakan di Rimba Cafe Kuala Kedua, Baling. - Gambar Astro AWANI
Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.
Tiada tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar dibenarkan - KKM
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi paras yang dibenarkan di bawah undang-undang.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Menurut Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright, pihaknya akan memaklumkan perkembangan terbaharu kepada semua delegasi terlibat sekiranya tarikh akhir pelayaran ditetapkan.
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Cegah jenayah: Kerjasama komuniti kekang jenayah secara holistik
Jelasnya, program seumpama ini diharap dapat memberikan pendedahan tentang pencegahan jenayah dan menzahirkan aspirasi PDRM untuk penglibatan aktif warga komuniti dalam memerangi aktiviti jenayah.
PRK Kuala Kubu Baharu: Boon Lai tarik diri saat akhir
Hasrat Chng Boon Lai menjadi salah seorang calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu tidak kesampaian.
PRK N06 KKB: Kerajaan Perpaduan akan dibebani dengan isu semasa - Muhyiddin
Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kali ini akan menyaksikan Kerajaan Perpaduan ‘dibebani’ dengan isu-isu semasa yang dilihat membebankan rakyat, tegas bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
PRK N06 KKB: UMNO, BN dukung calon PH demi Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional berpegang kepada prinsip mendukung calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan, iaitu Pang Sock Tao, biarpun beliau berasal daripada parti DAP yang pernah menjadi seteru mereka satu ketika dulu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
"Rimba Cafe" pengalaman makan sambil kaki terendam dalam air
Rimba Cafe Kuala Kedua di Baling menarik minat ramai, terutama pelancong 'backpacker' dan pencinta alam.