MEMORI dan kenangan Hari Raya dahulu dan kini sudah tentu berbeza dan berubah mengikut peredaran zaman dan semasa.
Namun dari kenangan yang lalu ia pasti membuat kita rindu untuk mengimbau memori itu terutama bila bersama orang-orang yang tersayang.
Banyak kenangan raya yang menggamit memori masih kekal di sanubari sehingga ke hari ini.
Lebih-lebih lagi sudah dua tahun warga kota tidak pulang ke kampung halaman dek pandemik COVID-19.
Mari kita imbau kenangan raya dulu-dulu yang mungkin telah ‘hilang’ pada hari ini.
#1 Memori Kad Raya
Kenangan yang paling tidak dapat dilupakan waktu kecil dahulu adalah kad Raya. Memori membaca kad raya sesuatu yang amat dirindui setiap kali Raya.
Kad Raya digunakan sebagai pengganti diri untuk memohon maaf sekiranya ada melakukan kesilapan sebelum diakhiri dengan ucapan ‘Selamat Hari Raya’.
Namun pemberian kad ucapan ini semakin dilupakan selepas kewujudan media sosial yang menghubungkan seseorang tanpa batas.
#2 Berkunjung Rumah Ke Rumah Serta Hadiri Rumah Terbuka
Memori waktu kecil paling menggembirakan adalah apabila setiap kali tibanya Hari Raya sudah pasti mak ayah akan bawa anak-anaknya pergi ziarah rumah sanak saudara, jiran mahupun kenalan.
Ini kerana, hari tersebutlah semua orang dapat berkumpul dan bersembang bersama-sama.
Selain itu, paling dinantikan adalah rumah terbuka selain dapat menjamu selera pelbagai juadah tetapi yang penting dapat berkumpul bersama saudara dan rakan-rakan.
#3 Kumpul Duit Raya
Ini memori sewaktu kecil terutama bila beraya di kampung. Kalau tak pusing satu kampung cari duit raya dengan kawan-kawan memang tak sah bila tibanya musim perayaan.
Meskipun duit raya dahulu amatlah sedikit berbanding kini namun keseronokkannya berjalan bersama kawan-kawan untuk mengumpul duit raya adalah sesuatu yang kenangan yang menyeronokkan.
#4 Main Meriam Buluh
Bermain bunga api atau mercun antara kenangan paling indah terutama zaman kanak-kanak.
Jika berkunjung ke bazar Ramadan, kalau nampak saja bunga api dan mercun tak sah kalau tak minta untuk dibelikan.
Siap buat mercun sendiri pun ada sekiranya tak dapat.
Selain itu, bila di kampung tak sah rasanya jika tiada bunyi meriam buluh bergema seperti berlawan-lawan dari kampung-kampung bersebelahan.
Meriah rasanya bila sehari sebelum raya dengar sahut-menyahut bunyi meriam.
#5 Kenangan Tolong Mak Buat Kuih Raya
Ini memori dan kenangan paling dirindui apabila dapat buat buat kuih raya bersama mak dan nenek terutama di malam raya.
Seronok sangat memang terasa kehangatan Syawal keesokannya. Antara kuih tradisional yang dibuat adalah putu kacang, suji, batang buruk dan banyak lagi.
Ketika inilah digunakan untuk beramah mesra dan bergurau senda bersama ahli keluarga.
Syukur kerana kita masih diberi ingatan untuk memgimbau memori yang lalu.
*Petikan daripada artikel asal di Gempak
Gempak
Fri May 06 2022

Banyak kenangan raya yang menggamit memori masih kekal di sanubari sehingga ke hari ini. -Gambar fail

Hubungan Bilateral | Joe Biden mula lawatan rasmi ke Asia
Presiden Joe Biden memulakan lawatan rasmi enam hari ke Asia. Ini merupakan lawatan pertama beliau ke Asia, yang dipercayai membawa mesej penting kepada China.

Perubahan Iklim | Mesir lancar strategi baharu
Mesir melancarkan strategi kebangsaan baharu bagi menangani isu perubahan iklim. Perdana Menterinya, Mustafa Madbouly berkata, Mesir adalah antara negara paling terdedah kepada perubahan iklim.

Keanggotaan NATO | Stoltenberg yakin kata putus dicapai
Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg optimis pertubuhan itu akan mencapai kata putus mengenai keanggotaan Sweden dan Finland dalam masa terdekat. Menurutnya, di sebalik bantahan Turki, NATO akan duduk berbincang mencari asas persamaan bagi menangani kebimbangan yang dibangkitkan negara tersebut.

Vaksin Global | CDC gesa beri dos penggalak kepada 5-11 tahun
Penasihat Kesihatan Amerika Syarikat menggesa pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 Pfizer untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun. Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) akan mempertimbangkan nasihat tersebut.

UMT bangunkan penyelidikan pertama akuakultur di Qatar
Projek penyelidikan akuakultur pertama di Qatar berkenaan akan diketuai Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan (AKUATROP) UMT.

Petronas Gas catat keuntungan lebih rendah disebabkan cukai kemakmuran
Prestasi kewangan PGB pada suku pertama 2022 mencerminkan komitmennya terhadap kecemerlangan operasi serta pengurusan kos walaupun dengan keadaan pasaran yang tidak menentu.

Pertama kali dalam sejarah, Piala Dunia FIFA Qatar 2022 bakal dikendali pengadil wanita
Tiga pengadil wanita serta tiga pembantu pengadil wanita akan ditugaskan sepanjang acara dari 21 November hingga 18 Disember 2022.

Datakraf Solution lebarkan sayap ke Asia Tenggara, jalin kerjasama dengan AT&T Cybersecurity
Kerjasama itu melibatkan sistem keselamatan siber bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh rantau Asia Tenggara.

Mansuh AP bahan makanan satu solusi cetek - Berjasa
Lukman Al Hakim berkata keputusan itu hanya mampu menyelesaikan salah satu faktor kenaikan harga bahan makanan di Malaysia kerana dimonopoli kartel tertentu yang dilindungi kepentingannya.

AWANI Ringkas: SRIKANDI Bersatu sudah siap-sedia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Rindulah... ini 5 kenangan raya dulu-dulu yang tidak dapat dilupakan
Mari kita imbau kenangan raya dulu-dulu yang mungkin telah hilang pada hari ini.