awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rokok, vape berpotensi penyebab mati pucuk

Farhan Hakimi
Farhan Hakimi
12/06/2024
04:13 MYT
Rokok, vape berpotensi penyebab mati pucuk
Rokok dan vape mempunyai bahan nikotin yang boleh menyebabkan salur darah menjadi keras atau 'Atherosclerosis.' - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Perbuatan merokok atau 'vaping' turut berpotensi kepada masalah mati pucuk, tegas Dr Ahmad Samhan Awang.
Doktor kesihatan lelaki dari Him Wellness itu berkata, ini adalah kerana rokok dan vape mempunyai bahan nikotin yang boleh menyebabkan salur darah menjadi keras atau 'Atherosclerosis.'
"Keadaan ini terjadi apabila salur darah sukar untuk mengembang dan menyebabkan darah sukar untuk mengalir dengan baik.
"Ini turut menyebabkan kesukaran mengalami ketegangan di bahagian zakar.
"Jadi inilah punca mengapa 40 peratus daripada mereka yang merokok atau 'vaping' terdedah kepada risiko mati pucuk," kata Dr Ahmad Samhan dalam wawancara bersama program AWANI Pagi pada Rabu.
AWANI Pagi: Kaitan Merokok dan Mati Pucuk
Menurut beliau, antara penyelidikan yang pernah dijalankan bagi mengkaji keabsahan perkara tersebut ialah kajian terbitan 'American Journal of Preventive Medicine'.
Ia dilakukan sekumpulan penyelidik dari Universiti New York yang mendapati bahawa tabiat menghisap vape atau rokok elektronik boleh meningkatkan risiko mati pucuk sehingga dua kali ganda.
Kajian itu turut mendedahkan, lebih dua kali ganda lelaki sihat yang berusia antara 20 hingga 65 tahun yang menghisap vape setiap hari melaporkan mengalami masalah mati pucuk.
Topic Berkaitan
#mati pucuk
#merokok dan vape
#tonton video lucah
#Him Wellness
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan